"KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan IJAZAH Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Sekarang beliau merupakan penggiat seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengarah muda yang sangat berbakat yang telah mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pihak, antaranya, ASWARA telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi menjadi pengarah teater muzikal berkenaan tokoh besar negara ‘MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK (2008) – di Panggung Eksperimental Aswara’, manakala pengarah filem popular yang hebat dan terkenal, Erma Fatima juga memberikan berkali-kali kepercayaan kepada beliau dengan melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada pengarahnya, Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dengan pementasan ‘TEATER SIRAH JUNJUNGAN’, ‘SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA’ dan ‘TEATER NATRAH’. Khairunazwan Rodzy juga merupakan seorang pendidik yang baik, beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan reality tv ‘PILIH KASIH 1 dan 2’- RTM. Rasa kepercayaan kepada beliau layak diberi, ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater, antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘PEGAWAI KHALWAT (ASWARA)’ , ‘TEATER EKSPERIMENTAL – MANUSIA HINA (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (aswara)’, ‘No Exit (aswara)’, ‘Romeo dan Juliet (Aswara)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (Aswara)’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka(mtc)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (aswara. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASAWARA)’ , ‘Projek koken – pokok kelapa sayang (stor dbp)’, ‘projek koken – tanda – ikan paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (stor Dbp)' , ‘POKOK KELAPA SAYANG (UM, SOLARIS, ASWARA)’ , ‘MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam teater, beliau juga merupakan guru teater, serta jurulatih lakonan di sekitar Kuala Lumpur."

-garapan PeTA-

Sabtu, 19 Mac 2011

MeReNunG-ReNunG MaLaM...

rindu menilai dalaman jiwa,
kesan terusik terhalang asmara,
pisah yang sengaja dipisahkan,
balik bertemu bersatu semula,

terletakku di sini di malam,
bagi menghitung seberapa dalam,
yang terucap zikir oleh alam,
bagi ubat jiwaku yang kelam,

hilang diri hilang berzaman,
buat temu jua cinta aman,
rindu usung rindu keramat,
bikin musnahlah dunia selamat,

yang menimbul satu ya kamu,
yang menyatu satu ya kamu,
yang merasa satu ya kamu,
yang mengaku aku ya kamu,

kamu kamu lah,
satu-satu lah,
aku akui,
kamu- kamu lah,

tiada tiada lah,
satu satu lah,
hilang hilang lah,
aku tiada lah.

Rabu, 2 Mac 2011

TyIcKooUnS : SeBuAh PenTas kE MeDiuM LaiN.

Sebuah kampung Samseng. Sepekan masyarakat daif. Seorang budi Tycoon pergi. Seorang bangsat Tycoon Pengganti. Seorang cuma cikgu berjasa. Sebuah harapan dari tiga impian. Hanya seorang sahaja boleh kurang ajar!!

Demi pengorbanan dari sejarah asal yang celaka, terlahirlah juga pengulangan sejarah yang pernah diagungkan AMOKKANnya!!

satu orang bodoh, lebih ramai akan diperbodohkan. satu orang mengamok, lebih ramai mati diamokkan!!

jika seekor tikus kau nampak di sini, itu tandanya sejuta lagi tikus sedang bersembunyi. jadi engkau pilih diri sendiri atau tikus.

NANTIKAN KEHADIRAN TEATER TyIcKooUnS PADA BULAN MEI 2011
KASI GEGAR!!!

PemBaCa SeTia