"KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan IJAZAH Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Sekarang beliau merupakan penggiat seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengarah muda yang sangat berbakat yang telah mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pihak, antaranya, ASWARA telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi menjadi pengarah teater muzikal berkenaan tokoh besar negara ‘MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK (2008) – di Panggung Eksperimental Aswara’, manakala pengarah filem popular yang hebat dan terkenal, Erma Fatima juga memberikan berkali-kali kepercayaan kepada beliau dengan melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada pengarahnya, Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dengan pementasan ‘TEATER SIRAH JUNJUNGAN’, ‘SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA’ dan ‘TEATER NATRAH’. Khairunazwan Rodzy juga merupakan seorang pendidik yang baik, beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan reality tv ‘PILIH KASIH 1 dan 2’- RTM. Rasa kepercayaan kepada beliau layak diberi, ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater, antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘PEGAWAI KHALWAT (ASWARA)’ , ‘TEATER EKSPERIMENTAL – MANUSIA HINA (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (aswara)’, ‘No Exit (aswara)’, ‘Romeo dan Juliet (Aswara)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (Aswara)’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka(mtc)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (aswara. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASAWARA)’ , ‘Projek koken – pokok kelapa sayang (stor dbp)’, ‘projek koken – tanda – ikan paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (stor Dbp)' , ‘POKOK KELAPA SAYANG (UM, SOLARIS, ASWARA)’ , ‘MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam teater, beliau juga merupakan guru teater, serta jurulatih lakonan di sekitar Kuala Lumpur."

-garapan PeTA-

Rabu, 6 Mei 2009

DoAkAn SaHAja KeBaHaGiaN....















berharap permulaan ini akan habis dengan kebahagiaan.
berharap yang terbaru ini punyai rasa keindahan.
berharap dapat doakan kami untuk menempuh segala ujian.
berharap jadikan kami kuat untuk lupakan yang lepas-lepas.
berharap sejarah akan menjadikan kami lebih matang.
berharap berkekal hingga ke sudahnya.















kenangan dulu yang elok disimpanlah.
yang dulu kalau buru buangkanlah.
yang dulu kalau manis nikmatilah.
yang dulu kalau sakit lupakanlah.
yang dulu jika indah kenangilah.
yang dulu kalau sakit akibat yang sekarang maafkanlah.















Sharifah Safliyana moga moleklah dengan jiwaku, maka aku molekkan dengan jiwamu.
moga tenanglah tekananku, maka aku tenangkan tekananmu.
moga bahagiakanlah hidupku, maka aku bahagiakanmu.
moga menjadi kebanggaan ku, maka aku banggakan mu.
moga memahami diriku, maka aku fahami dirimu.
moga kejujuran lengkap padaku, maka aku jujur kataku.
moga sayang padaku sseperti mana akan aku serahkan sayangku padamu!!!
moga sama-sama kita merasa, maka sama-sama kita menikmatinya.

P/S : BERDOALAH MOGA AKU DIMURAHKAN REZEKI DAN DISENANGKAN KEHIDUPAN AGAR AKU BISA TERSENYUM BILA MELANGKAHI SETIAP KEHIDUPAN. MUNGKIN AKU SEKARANG ADALAH YANG BARU, MAKA YANG LAMA AKAN AKU JADIKAN TAULADAN UNTUK BINA HIDUP YANG BARU. AMIN.

3 ulasan:

Admin CCZ berkata...

terima kasihh untuk puisi abg..tak marah pun..cuma ikhlas dari saya..semoga kali ini abg bahagia..

abuyugen berkata...

amboih!!

LavENDer Wind berkata...

apabila seorang laki2 berkata sebegini,menzahirkan batinnya, bererti benarlah maksudnya,begitulah hatinya

bagi wanita dlm tulisannya, jika dia tersentuh, maka benarlah cintanya,selamilah

memang cinta seharusnya menempatkan dua hati yang ingin bersama..

semoga bahagia

**salam singgah
jemput/follow blog aku juga

PemBaCa SeTia