"KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan IJAZAH Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Sekarang beliau merupakan penggiat seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengarah muda yang sangat berbakat yang telah mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pihak, antaranya, ASWARA telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi menjadi pengarah teater muzikal berkenaan tokoh besar negara ‘MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK (2008) – di Panggung Eksperimental Aswara’, manakala pengarah filem popular yang hebat dan terkenal, Erma Fatima juga memberikan berkali-kali kepercayaan kepada beliau dengan melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada pengarahnya, Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dengan pementasan ‘TEATER SIRAH JUNJUNGAN’, ‘SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA’ dan ‘TEATER NATRAH’. Khairunazwan Rodzy juga merupakan seorang pendidik yang baik, beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan reality tv ‘PILIH KASIH 1 dan 2’- RTM. Rasa kepercayaan kepada beliau layak diberi, ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater, antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘PEGAWAI KHALWAT (ASWARA)’ , ‘TEATER EKSPERIMENTAL – MANUSIA HINA (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (aswara)’, ‘No Exit (aswara)’, ‘Romeo dan Juliet (Aswara)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (Aswara)’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka(mtc)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (aswara. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASAWARA)’ , ‘Projek koken – pokok kelapa sayang (stor dbp)’, ‘projek koken – tanda – ikan paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (stor Dbp)' , ‘POKOK KELAPA SAYANG (UM, SOLARIS, ASWARA)’ , ‘MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam teater, beliau juga merupakan guru teater, serta jurulatih lakonan di sekitar Kuala Lumpur."
-garapan PeTA-
Selasa, 17 November 2009
masa perangcangan masanya
mengharap sebenarnya luar dari biasa itu...
kerapnya yang terakhir itu diharapkan yang terselamat...
namun bila sisa-sisa itu dapat diselesaikan maka meraikan juga tanpa periksa...
lewat kata memang sebati di rongga dada pada diri sendiri...
namun dalam adanya yang tertinggal dicuba segala jerih...
bila tibanya waktu akan merubah segala yang termati tadi...
cuba namun banyak pula cubaan untuk itu...
letih apa yang tidak penat bagi badan menaggung penantian yang menjengah sekali kepuasan....
pusat timbul pada tidak keseimbangan perancangan yang mungkin akan tibetulkan nanti tapi bila...
bila pula akan bangun untuk berlari dengan berfikir itu adalah duduk diam...
senyum mahu terjadi bila kepayahan paling dahsyat mengeletek luka-luka perit hidup memilih...
sudahlah yang lama itu tukar saja dengan kehadapan yang mendatang tibanya nanti...
tak risau tak pula risaukan tak juga minta dirisaukan maka bebas saja aturan panah...
jadi keputusan yang tiba mungkin akan memihak membelakang menjelma atau mengangkal...
mudahnya yakin saja yang berlaku itu akan dilakukan juga oleh semuanya...
1 ulasan:
saya sokong...
Catat Ulasan