"KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan IJAZAH Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Sekarang beliau merupakan penggiat seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengarah muda yang sangat berbakat yang telah mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pihak, antaranya, ASWARA telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi menjadi pengarah teater muzikal berkenaan tokoh besar negara ‘MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK (2008) – di Panggung Eksperimental Aswara’, manakala pengarah filem popular yang hebat dan terkenal, Erma Fatima juga memberikan berkali-kali kepercayaan kepada beliau dengan melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada pengarahnya, Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dengan pementasan ‘TEATER SIRAH JUNJUNGAN’, ‘SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA’ dan ‘TEATER NATRAH’. Khairunazwan Rodzy juga merupakan seorang pendidik yang baik, beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan reality tv ‘PILIH KASIH 1 dan 2’- RTM. Rasa kepercayaan kepada beliau layak diberi, ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater, antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘PEGAWAI KHALWAT (ASWARA)’ , ‘TEATER EKSPERIMENTAL – MANUSIA HINA (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (aswara)’, ‘No Exit (aswara)’, ‘Romeo dan Juliet (Aswara)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (Aswara)’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka(mtc)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (aswara. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASAWARA)’ , ‘Projek koken – pokok kelapa sayang (stor dbp)’, ‘projek koken – tanda – ikan paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (stor Dbp)' , ‘POKOK KELAPA SAYANG (UM, SOLARIS, ASWARA)’ , ‘MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam teater, beliau juga merupakan guru teater, serta jurulatih lakonan di sekitar Kuala Lumpur."
-garapan PeTA-
Selasa, 7 September 2010
OyBaT SyaKit CyinTa
rasa ini ada pada kita,
yang dasarnya indah,
yang layannya mersa,
yang bisa buat senyum,
cinta... segala rasa yang terbaik...
yang pernah ada di dunia,
yang pernah wujud,
yang kekal selama,
yang obat jiwa,
yang kekaseh ingin berkhalwat,
yang semuanya, pasti ada dalam cinta.
segala kekasih itu mengejar,
tak mahu cicir dari bersatu,
bersuluk diam tangis tak sedar,
pintanya cinta kekasehnya,
melamar satu persatu dalamnya,
kerana cinta juga idamnya,
berpisah dunia, fikir, dan nafsu,
demi nur putih memelukinya.
andai terhenti disuatu lamaran,
dirimu usah keliruan,
yang benar seolah benaran,
jgn tertipu cinta impian,
akibat disitu saja cinta dinilaikan,
sedangkan gerudimu belum tembus,
terus rugi untuk cinta yang sebenarnya,
lepaskan satu persatu,
lepaskanlah walaupun ia seoalah benar,
kerana cinta yang benar hadir..
bersama kalbu bukan fikir,
lepaskan dan lepaskan,
agar kita bergerak untuk cinta yang itu.
jika tiba cinta kalbu,
kekaseh merintih kembali mulia,
merintih cintanya yang maha indah,
tiada lagi tandingan rasa,
tiada lagi fikir curiga,
hilang sudah logik dunia,
dunia ini milik cinta,
maka nikmati segalanya,
moga angin dari syurga..
menjadi pengkhabar gembira,
sehingga masa itu tiba,
pergilah dikau kahweni cintanya,
yang ciptanya asal mula untuknya,
kembali menemuinya,
untuk apa? segalanya untuk CINTA.
1 ulasan:
hati mula gembira dgn kata ini..
Catat Ulasan