"KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan IJAZAH Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Sekarang beliau merupakan penggiat seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengarah muda yang sangat berbakat yang telah mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pihak, antaranya, ASWARA telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi menjadi pengarah teater muzikal berkenaan tokoh besar negara ‘MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK (2008) – di Panggung Eksperimental Aswara’, manakala pengarah filem popular yang hebat dan terkenal, Erma Fatima juga memberikan berkali-kali kepercayaan kepada beliau dengan melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada pengarahnya, Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dengan pementasan ‘TEATER SIRAH JUNJUNGAN’, ‘SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA’ dan ‘TEATER NATRAH’. Khairunazwan Rodzy juga merupakan seorang pendidik yang baik, beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan reality tv ‘PILIH KASIH 1 dan 2’- RTM. Rasa kepercayaan kepada beliau layak diberi, ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater, antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘PEGAWAI KHALWAT (ASWARA)’ , ‘TEATER EKSPERIMENTAL – MANUSIA HINA (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (aswara)’, ‘No Exit (aswara)’, ‘Romeo dan Juliet (Aswara)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (Aswara)’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka(mtc)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (aswara. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASAWARA)’ , ‘Projek koken – pokok kelapa sayang (stor dbp)’, ‘projek koken – tanda – ikan paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (stor Dbp)' , ‘POKOK KELAPA SAYANG (UM, SOLARIS, ASWARA)’ , ‘MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam teater, beliau juga merupakan guru teater, serta jurulatih lakonan di sekitar Kuala Lumpur."

-garapan PeTA-

Isnin, 1 Ogos 2011

DoA DaRi HaRaPan TaDi..

sudah dua bulan lebih aku begini,
didalam bilikku bersama doa dan harapan, harapan yang ketika itu, harapan yang dijadikan doa, doa ketika itu. banyak dosa yang perlu dihukumkan sebelum doaku yang satu itu dimakbulkan... hanya satu itu.. satu yang terhalang..

bunyi kereta, motor, juga kenderaan, siren bomba, polis, dan yang lain di luar sudah menjadi radio kegemaranku... kadang-kadang ianya menjadi loceng kejutkan tidur ku, kadang-kadang ia menjadi jam penyata waktu-pukul berapa... kerana sudah biasa telinga ini menjadi pendengar setia...

mata, hati, iman dan segala kurnian Allah sudah lama menangis.. menangis lagi, menangis rindu... seluruhnya berzikir lagi.. berzikir dengan kerendahan... kerendahan pada satu harapan yang telah dijadikan doa tadi...

aku ini sering hilang, sering melayang, sering diam... kerna tangis tadi telah membawa perlahan bertemu Tuhan... lari.. kembali lagi.. lari lagi... kemudian hanya meyimpan rindu dalam hati...

rela... aku rela.. jujur aku katakan aku rela mneninggalkan segalanya... namun atas kerana budi mak ayah, manusia lain yang perlu aku budikan memaksa aku terperangkap dalam acara lumba-lumba dunia ini... tapi aku sudah lama rela tadi...

kerna budi yang ingin dibudikan ini.. aku sudah dua bulan lebih duduk berkhalwat dengan angin... bernyanyi harapan tadi.. yang kini sudah menjadi doa yang ditangisi... aku tangisi senyum... sedang mencari damai dihati yg hampir mati.. yang belum mahu mati....

mudah-mudahan ALLAH permudahkan...

Tiada ulasan:

PemBaCa SeTia