"KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan IJAZAH Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Sekarang beliau merupakan penggiat seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengarah muda yang sangat berbakat yang telah mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pihak, antaranya, ASWARA telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi menjadi pengarah teater muzikal berkenaan tokoh besar negara ‘MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK (2008) – di Panggung Eksperimental Aswara’, manakala pengarah filem popular yang hebat dan terkenal, Erma Fatima juga memberikan berkali-kali kepercayaan kepada beliau dengan melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada pengarahnya, Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dengan pementasan ‘TEATER SIRAH JUNJUNGAN’, ‘SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA’ dan ‘TEATER NATRAH’. Khairunazwan Rodzy juga merupakan seorang pendidik yang baik, beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan reality tv ‘PILIH KASIH 1 dan 2’- RTM. Rasa kepercayaan kepada beliau layak diberi, ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater, antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘PEGAWAI KHALWAT (ASWARA)’ , ‘TEATER EKSPERIMENTAL – MANUSIA HINA (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (aswara)’, ‘No Exit (aswara)’, ‘Romeo dan Juliet (Aswara)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (Aswara)’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka(mtc)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (aswara. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASAWARA)’ , ‘Projek koken – pokok kelapa sayang (stor dbp)’, ‘projek koken – tanda – ikan paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (stor Dbp)' , ‘POKOK KELAPA SAYANG (UM, SOLARIS, ASWARA)’ , ‘MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam teater, beliau juga merupakan guru teater, serta jurulatih lakonan di sekitar Kuala Lumpur."

-garapan PeTA-

Khamis, 3 Julai 2008

3 HaRi..... UsaHa!!!

sudah tiga hari aku jalani eksperimen ke atas diri aku dan juga sudah tiga hari cuba kawal diri aku, kawal pemikiran, kawal disiplin, kawal energy, kawal pantang permakanan... aku lupa nak bagitahu... dalam membina energy dalam badan kita kita perlu pantang makan... pantang makan daging merah(lembu, kambing)-sebab daging merah banyak darah dan susah nak dihadamkan, pantang makanan sejuk (sayur pucuk ubi,kangkung,rebung, taugeh, pucuk manis), pantang makanan yang tak suci(ditakankan makanan halal yang suci, bukan makanan halal semata, pastikan suci, pantang air berkabonat,minuman keras,berais,teh,kopi. rokok pun pantang. segala pantang ini boleh diteruskan seumur hidup ataupun cuma dilakukan selama 21 hari bersama pernafasan pernambahan energy yang aku kata sebelum ini...

cara untuk memperkuatkan energy dalam badan kita, perlu melkukan pernafasan... tarik nafas kiraan 8, tahan angin dalam perut selama 7 kiraan atau satu ayat al-fatihah, hembus selama 8 kiraan juga... semasa menrik nafas, bayangkan cahaya putih masuk melalui hidung berkumpul dalam perut semasa menahan dan kemudian hembus dengan berfikir segala penyakit serta unsur2 negatif akan keluar dari badan... ulang penafasan sebanyak 7 kali atau pun sepuluh minit. selama 21 hari serentak pantang permakanan serta fous untuk pemikiran dan otak. sekiranya tertinggal satu hari lakukan semula kepada hari yang pertama...

cara untuk memfokuskan otak ataupun minda adalah menggunakan lilin sebagai bantuan... fokus pada cahaya lilin selama 10 minit juga...kurangkan kelip dan kalau boleh cuba jangan kelip mata....

Sudah tiga hari berlalu keputusannya-gagal-… aku terpaksa memulakan dari mula…

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nazwan,
usaha! usaha! usaha!

PemBaCa SeTia