"KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan IJAZAH Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Sekarang beliau merupakan penggiat seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengarah muda yang sangat berbakat yang telah mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pihak, antaranya, ASWARA telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi menjadi pengarah teater muzikal berkenaan tokoh besar negara ‘MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK (2008) – di Panggung Eksperimental Aswara’, manakala pengarah filem popular yang hebat dan terkenal, Erma Fatima juga memberikan berkali-kali kepercayaan kepada beliau dengan melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada pengarahnya, Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dengan pementasan ‘TEATER SIRAH JUNJUNGAN’, ‘SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA’ dan ‘TEATER NATRAH’. Khairunazwan Rodzy juga merupakan seorang pendidik yang baik, beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan reality tv ‘PILIH KASIH 1 dan 2’- RTM. Rasa kepercayaan kepada beliau layak diberi, ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater, antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘PEGAWAI KHALWAT (ASWARA)’ , ‘TEATER EKSPERIMENTAL – MANUSIA HINA (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (aswara)’, ‘No Exit (aswara)’, ‘Romeo dan Juliet (Aswara)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (Aswara)’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka(mtc)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (aswara. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASAWARA)’ , ‘Projek koken – pokok kelapa sayang (stor dbp)’, ‘projek koken – tanda – ikan paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (stor Dbp)' , ‘POKOK KELAPA SAYANG (UM, SOLARIS, ASWARA)’ , ‘MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam teater, beliau juga merupakan guru teater, serta jurulatih lakonan di sekitar Kuala Lumpur."

-garapan PeTA-

Selasa, 1 Julai 2008

TiTiK TeLaH BerMuLa MenJaDi GaRiSaNnnn......

Tarikh 22 Jun, Ahad……Aku telah mendapat satu Rahsia bagaimana hendak mengubah cara hidup dengan satu kuasa dalam tubuh manusia yang telah dikurniakan oleh Allah ke atas semua ciptaannya…. Seluruh semesta, planet-planet serta segala isinya telah dijadikan daripada satu tenaga dari Allah yang kita kenal sebagai zat Allah.. Aku nak bercakap pasal agama pun takut terpesong (tapi aku percaya Allah wujud dan tuhan aku) jadi aku cuba bercakap dalam bahasa saintifik…. Zat Allah cuba aku bahasakan sebagai energy, energy yang dicipta ini adalah berbentuk voltex (kalau nak bentuk voltex tu nanti aku sertakan gambar dalam next post aku). Tapi kita boleh bayangkan voltex ini berbentuk Puting Beliung Kecil yang memenuhi serta mewujudkan seluruh semesta ini…. Segala komunikasi serta kejadian dalam dunia ini menggunakan energy ini… Segala ilmu persilatan atau ilmu batin, cara untuk berubat, bomoh, doa, dejavu, rasuk, semangat, sihir, ramalan dan banyak lagi perkara yang tak boleh nampak dengan mata kasar cuma boleh dirasakan ini dapat aku simpulkan menjadi satu perkara hanya menggunakan rahsia ini… SATU CARA!! Kita dapat mengubah seluruh cara hidup kita hanya dengan berfikir serta percaya dan lakukan. Apa saja yang kau atau aku mahu akan terlaksana dengan sempurna jika sanggup kau mengikuti rahsia ini. Aku masih panggil ini rahsia sebab aku belum membukanya dengan sepenuhnya, tapi aku akan bukanya satu demi satu dengan mengEKSPERIMENkannya keatas diri aku supaya dapat korang semua melihat kesan yang tejadi keatas diri aku…..(biasalah orang kita kalau suruh usaha taknak, nak tunggu orang tolong usahakan lepas tu nak tau result... tak kental lah!!!)

Titik telah bergerak menjadi garisan yang terus tanpa henti mulai pada tarikh 01/07/2008 hari ini…. dengan langkah yang PERTAMA iaitu membina energy dalam badan dengan kuat serta memfokuskan otak. Otak atau pemikiran perlu diubah terlebih dahulu supaya apa yang kita percaya tidak diganggu oleh otak kita sendiri ataupun otak orang lain…. Otak ada dua bahagian, yang mengawal luar sedar tubuh kita serta kawalan ketika sedar… otak bertugas sebagai enjen ataupun orang tengah antara kita dan apa yang kita mahu(result)... Pembinaan energy pula dilakukan dengan pernafasan… jika kita sedar pada pengamal ilmu batin atau silat atau kungfu atau sami atau yoga banyak menggunakan pernafasan adalah kerana untuk menambah kekuatan energy dalam badan… dimana melalui energy itulah satu kuasa luar biasa akan kita gunakan bersenjatakan otak pemikiran kita untuk menghantar power of mind ke univers… dengar macam menarik … pernah aku bertanya pada penceramah tu… “mcm ni boleh jadi superman lah…” dia menjawap ya… kalau aku mahu….

Hari ini adalah hari pertama aku membuat perkasa keatas energy aku serta focus pada pemikiran yang sudah banyak bocor ni… segala proses melakukan langkah pertama ini akan aku beritahu pada post depan. Doakan aku selamat berjaya dalam eksperimen ke revolusi jiwa…..SUPERMAN!!

Tiada ulasan:

PemBaCa SeTia