"KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan IJAZAH Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Sekarang beliau merupakan penggiat seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengarah muda yang sangat berbakat yang telah mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pihak, antaranya, ASWARA telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi menjadi pengarah teater muzikal berkenaan tokoh besar negara ‘MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK (2008) – di Panggung Eksperimental Aswara’, manakala pengarah filem popular yang hebat dan terkenal, Erma Fatima juga memberikan berkali-kali kepercayaan kepada beliau dengan melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada pengarahnya, Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dengan pementasan ‘TEATER SIRAH JUNJUNGAN’, ‘SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA’ dan ‘TEATER NATRAH’. Khairunazwan Rodzy juga merupakan seorang pendidik yang baik, beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan reality tv ‘PILIH KASIH 1 dan 2’- RTM. Rasa kepercayaan kepada beliau layak diberi, ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater, antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘PEGAWAI KHALWAT (ASWARA)’ , ‘TEATER EKSPERIMENTAL – MANUSIA HINA (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (aswara)’, ‘No Exit (aswara)’, ‘Romeo dan Juliet (Aswara)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (Aswara)’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka(mtc)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (aswara. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASAWARA)’ , ‘Projek koken – pokok kelapa sayang (stor dbp)’, ‘projek koken – tanda – ikan paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (stor Dbp)' , ‘POKOK KELAPA SAYANG (UM, SOLARIS, ASWARA)’ , ‘MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam teater, beliau juga merupakan guru teater, serta jurulatih lakonan di sekitar Kuala Lumpur."
-garapan PeTA-
Sabtu, 31 Januari 2009
LaWaN!!
pinjam kuasa untuk buang seksa
pinjam hikmat untuk capai nikmat
pinjam kuat untuk buang lemah
pinjam semangat untuk capai sehat
pinjam restu untuk rasa satu.
AMIN!!!
Khamis, 29 Januari 2009
TeRiMa KAsEh - PeNuH KeRusi.
terima kaseh kerana sudi
membuka mata meringankan kaki
datang mehirupi jus kami
harap sempurna niat hari ini
kahadiran lain kami menanti
Rabu, 28 Januari 2009
HiLanG LamBaiaN, Ku PuLa MelAmBai.
ku pula melambai rela
lambaian korbannya
untuk setia pada bunga
mencari hiduan semula
biar pohon selalu merana
air adalah sekata
bila bentuknya tersedia
ke arah udara hilangnya
menuntut alam lumrah biasa
membantu insan nafas dahaga
adil untuk segala rongga.
permata pecah sifat tercela
hanya mulia pada sisetia
rabun kecil digagah juga
fikirnya julang samakan syurga
berinya bukan untuk terima
berinya dari seikhlas jiwa.
P/S : JUS KEMANISAN DALAM KESENIAN KURANG DI FIKIRKAN ATAU DI LIHAT, HANYA KEPEDIHAN RASA MASAM DIiNGATI HINGGA KE PANGKAL TULANG.
Selasa, 27 Januari 2009
HamPir dan MaKin HaMpiR.
MAKA DATANGLAH MENIKMATI JUS SEGAR DARI CIPTAAN ANAK MUDA INI.
P/S : KEHADIRAN GOLONGAN REMAJA SANGAT DIALU-ALUKAN BAGI SAMA-SAMA SAKSIKAN KUPASAN DARI KAUM SEGOLONGAN YANG TELAH BERUSAHA! KEINDAHAN SENI TENANGKAN JIWA DAN LEMBUT HALUSKAN KEKERASAN HATI.
Jumaat, 23 Januari 2009
CeRiA SaNa SiNi.!
patutlah bila orang yang mengalami kesakitan dalam hidupnya, dia akan menulis. kerana itu akan melepaskan segalanya di hujung jari. pilihan dan keputusan yang kita cipta sendiri.
P/S: DATANG JANGAN TAK DATANG SHOW INI. HUH KETENANGAN MELENGKAPI HIDUPKU KINI.
Isnin, 19 Januari 2009
TeRhaD.
diperlukan,diharapkan,dan didoakan aku mendapat kekuatan dalam menempuhi segala keperitan semasa menghasilkan skrip 'pokok kelapa sayang' dengan keadaan aku yang kurang daya ini.
punggah otak dan minda
mencari secebis kuasa
terpaksa membunuh jiwa
andai itulah rahsianya
jual kepada kertas buta
segala maruah yang ada
biar pecah sesak di dada.
P/S: DOAKAN KESIHATAN MINDA DAN JIWA AKU! TQ
Sabtu, 17 Januari 2009
OrAnG KuaT DaLaM GenG KoKeN - 4 Kes 1 MoTif
ZAHIRIL ADZIM adalah graduan dari ASWARA (Diploma Teater). Pengarahan beliau sebelum ini ialah kolaborasi Teater Eksperimen TANDA dan FATIHAH. Antara lakonan pentas beliau ialah AIRCON, INSTANT CAFE KURANG MANIS, PENTAS OPERA, UDA dan DARA, NATURALISASI, SI YATIM CHAO, GEMA MERDEKA. Selain itu, beliau juga bergiat dengan lakonan filem dan TV. Filem lakonan beliau ialah KAMI The Movie dan KARAOKE, sementara lakonan TV pula ialah Ghost 2 (siri), Merah Putih (siri), KAMI The Series (siri), Seandainya Aku Siti (telemovie) dan GADOH.
Beliau juga seorang penulis bersama Fared Ayam untuk ruangan Living Culture di laman web www.thenutgraph.com
FARED AYAM
PENGARAH "Stabil"
FARED AYAM adalah teruna berambut ikal mayang yang sentiasa penuh dengan cinta dan kemarahan dan pernah berkali kali gagal dalam percintaan. juga sering tertanya tanya tentang siapa dia di mata masyarakatnya lalu menjadikan teater, puisi dan segala macam cabang seni sebagai laman luahan ketidakpuashatian. antara pementasan hasil pengarahan dan lakonannya termasuk kolaborasi teater eksperimen TANDA, WAKTU eksperimental merdeka, NATURALISASI, SHORT EYES, BREAKING /JI PO/ KASI-PE-CAH, INSTANT CAFE KURANG MANIS serta UDA dan DARA.
Juga penulis bersama Zahiril Adzim untuk ruangan Living Culture di website www.thenutgraph.com.
KHAIRUNAZWAN RODZY
PENGARAH "Pokok Kelapa Sayang"
KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan Diploma Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Antara teater yang pernah di arahkan oleh beliau ialah ‘Gema Merdeka – perjuangan belum selesai’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak’, ‘Muzikal Uda dan Dara’, ‘No Exit’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka’, ‘Romeo dan Juliet’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam ASWARA, beliau juga membuat persembahan di sekitar Kuala Lumpur seperti di Annexe, MTC dan banyak lagi. Sekarang beliau merupakan pelajar Ijazah dalam Fakulti Teater di ASWARA.
KHARIL RIDZUAN
PENGARAH "Tambat Kaki"
KHAIRIL RIDZUAN anak kelahiran Pulau Langkawi ini lebih selesa di panggil KN. Graduan Diploma ASWARA ini mula bergiat secara serius seawal tahun 2004 lagi. Antara produksi yang pernah beliau terlibat seperti Atap Genting Atap Rumbia, Percakapan Seorang Oedipus, Bilik Sulit, Dua Bulatan Pukul Enam dan banyak lagi. Pernah bekerja dengan Suhaimi Baba dalam filem 1957 : Hati Malaya dan siri Anak Pontianak. Sekarang beliau menjadi pelakon sepenuh masa.
SHARIFFAH MARIAM - Pelakon
SHARIFFAH MARIAM bte Syed Abdullah atau nama pentasnya Sherry Abdullah mula berkenalan dengan dunia teater pada awal tahun 2003. Pemegang Diploma Teater ASWARA ini mula berlakon di bawah arahan Marlia Musa iaitu ‘Atap Genting Atap Rumbia’. Semasa menuntut di ASWARA, beliau banyak terlibat dalam produksi teater seperti ‘Meneachmi’ arahan Rohani Yousuff, ‘Dua Bulatan Pukul Enam’ arahan Namron, ‘The Maids’ arahan Roselina Khir Johari dan banyak lagi. Selain ASWARA, beliau pernah berlakon di KLpac iaitu ‘Race’ ,‘Kisah gadis- Gadis Jalan Burmah’ dan di Istana Budaya iaitu ‘Muzikal Ibu Zain’
INTAN DIYANA - Pelakon
INTAN DIYANA binti Zainal Abidin atau nama gelarannya dynna, pemegang Diploma Teater Di ASWARA dalam bidang lakonan. Antara persembahan yang pernah beliau lakonkan ialah Pentas Opera dan Tanda arahan Namron, Opera China Arahan Rohani Yusoff, Tok Perak arahan Syed Alwi, Ibu Zain arahan Rosminah Tahir dan banyak lagi.
AMERUL AFFENDI - Pelakon
AMERUL AFFENDI adalah graduan diploma Akademi Seni Kebangsaan (ASK) yang sekarang di kenali ASWARA dalam teater. Sekarang menyambung pelajarannya peringkat ijazah di Universiti Malaya. Banyak berlakon dalam teater, filem pendek, filem dan televisyen. Teater, Pentas Opera, Si Yatim Chao, Tanda, Waktu experimental Merdeka, Air Con, Uda dan Dara. Filem pendek, Aman dan kenapa ayah tak tanam pisang, Gadoh. Filem, Karaoke dan Jimbo. Televisyen, Rona Roni makaroni, Rembat dan Misteri Penarik Becha.
YUSMAN MOKHTAR - Sinografer
INDRA ZAABA - Pengarah Muzik
Moizzis R.Cong - Dramaturge
MuKtaMaD. Dan TeRbanG deNgan TenANg.
kini aku bebas dengan membebaskan ingatanku dari mengingati dia.
kini aku bebas dengan membebaskan kenangan lalu bersama dia.
kini aku bebas dengan membebaskan kesedihan bodoh yang pernah ku rasa.
kini aku bebas dengan membebaskan kehidupan aku daripada belenggu perhubungan.
kini aku bebas dengan membebaskan halangan kepada cita-cita ku.
kini aku bebas dengan membebaskan pemikiranku daripada dibahagi separuh kepada dia.
kini aku bebas dengan membebaskan tanggungjawabku daripada dia.
kini aku bebas dengan membebaskan rasa bersalahku kalaulah dia rosak. bukan salahku tapi pilihan dia. aku sudah cuba ingatkan tapi dia yang bodoh.(abe jago adik mu tu abe. bahayo abe, takut dio sesat! mu tok suko oghe sesat ke?)
Selasa, 13 Januari 2009
Projek KoKEN - Diskripsi Projek
CinTa LAmA dAn BaRu AkU DaN PeNgaraHan TerBaru AkU dI dALami ini - TEATER KOMPILASI VOL: 1
Projek KoKEN - Teater Kompilasi Vol 1
Tag Line : 4 Kes – 1 Motif
Tarikh : 28 JAN – 1 FEB 2009
Masa : 8.30 malam (28 Jan – 31 Jan)
3 petang dan 8.30 malam (1 Feb)
Tempat : Stor Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur
Tiket : Melalui sumbangan minimum RM 20.00.
KONSEP
Teater Kompilasi Vol. 1 adalah sebuah kerja kolaborasi 4 orang pengarah. Dengan menggunakan tag line 4 kes satu motif, teater ini akan dibahagikan kepada 4 cerita yang dihasilkan melalui proses devised di antara pengarah dengan pelakon dan proses ini diikatkan dengan satu tema iaitu Kuasa. Ke empat-empat cerita ini akan dipersembahkan selama 30 minit setiap satu secara berterusan selama 2 jam.
TEMA
Tema bagi projek ini adalah Kuasa. Melalui tema ini ke empat-empat pengarah bersama pelakon akan menjelajahi isu-isu berkaitan dengannya seperti penindasan, dendam, cinta, pembunuhan dan sebagainya.
AnTarA KhaYaLan dan ReALiti...
tidak aku tidak bodoh tetapi siapa yang berkata bodoh itu sendiri adalah bodoh. kau semua tidak pernah melakukan kesilapan? aku tahu ini adalah kesilapan pertama dan titik hitam pertama perempuan aku dalam hidupnya dan dalam hubunganya dengan aku.
pulangnya sudah mengubat hatiku.
walaupun aku masih kau sakitkan dengan kenanganmu
aku tetap sayang kau.
walaupun aku masih kau sakitkan dengan ingatanmu
aku tetap sayang kau
walaupun aku masih kau sakitkan dengan rahsiamu
aku tetap sayang kau
dan sekarang adakah kau sedar kau memang sedang sakitkan aku
sedarku yang kau kurang manjamu,sayangmu, rayumu,kasihmu,rindumu,cintamu padaku
tetap aku sayangkan kau.
dan sekarang kau buat lah, teruslah sakitkan aku dengan kenangan, ingatan, rahsiamu yang kau agung itu.
karana aku tetap sayangkan kau.
jika kau masih begitu,
sedarkah kau bertapa kau hina kelakianku
sedarkah kau bertapa kau ludah maruahku
sedarkah kau bertapa kau pijak pemikiranku
sedarkah kau bertapa kau murtadkan kepercayaanku padamu.
apa yang kau fikir? kau mempunyai suami dan kau lakukan kecurangan kasar padanya.
aku tetap sayangkan kau
soalan aku adakah kau sayangkan aku?
sanggupkah kau berkorban untuk aku?
akukah insan pertama yang kau fikirkan?
jujurkah cinta dan perasaan pada aku?
mahukah kau bersamaku dimasa depan?
dan dia bukan baik untuk kau.
dia lelaki yang pandai mengguna peluang ketika iman kau kosong.
lelaki yang pandai bisikan kesempatan hingga sempat merobek maruah kau.
aku tahu aku pernah takut dulu kau diperlakukan seperti ini oleh lelaki seperti dia.
SEDARLAH OTAK YANG BODOH YANG BUTA PADA KEBURUKKAN DAN HANYA CELIK PADA KEBAIKKAN.
SEDARLAH.
Khamis, 8 Januari 2009
tuLiSan Dari KeIndaHan..
Aku berkata bergini pula bukan untuk mengutuk masyarakat kita, Malaysia, tetapi dimana sikap berdikari kita dan sikap survivor yang mana kita punya suatu masa dahulu.. bukankah kita mempunyai sikap yang lembut dan keras kita sendiri. oooHH sayang tersangat sayang! Jangan jadikan alasan bahawa kita yang memegang kepimpinan maka hilang sikap yang hebat itu… jika itu dijadikan alasan maka kita telah memilih untuk memanjakan diri sendiri dan memupuk sifat meminta dan menunggu kelebihan tanpa berusaha untuk mendapatkannya. AAAHH!! Sayang keperwiraan melayu yang pantang dicabar.. pantang menyerah telah dicabul oleh melayu sendiri…
Aku bukan mahu mempersoalkan hanya pada bangsa melayu sahaja tetapi bangsa aku inilah yang telah hilang keperibadian hebat.
Di Padang ini masih mempunyai jatidiri yang kuat walaupun mereka tidak menyedari ataupun mereka sedar yang hidup mereka tertekan dan ditekan, mungkin, tetapi keperliharaan budaya dan warisan bangsa masih terpelihara yang mana kuat memegang biar mati anak jangan mati adat.. WAU!!!! Randai sangat hidup disini yang mana aku melihat budak kecil dari usia 5,6 tahun pandai melangkah pendekar dan pandai tarikan silat pahlawan jantan. Mahu aku katakan kami yang besar ini di pukul habis dengan kelincahan gerak tangkas tubuh serta gerak pantas ingatan otak.
Malam ini aku menulis yang mana baru sahaja selesai menjerit kekaguman dengan suasana luar biasa spiritualnya… biar pecah kepala aku menerima keindahan kemasyarakatannya dan biar sumbing mulut aku penat puji kekuatan ikatan padu bersama adat, budaya, bangsa, tradisi dan agama!! Penerimaan mereka terhadap orang luar sangat berbudi. Penglibatan dari semua golongan dari yang tua uzur berkopiah jujur untuk akhirat hingga ke ibu-ibu bersama anak yang masih dahagakan putting susu yang berkhasiat. HAH!! Sebuah kejujuran yang aku lihat jernih mengalir dari mata yang hidupnya begitu perih. ALHAMDULILLAH!!!
Contoh yang baik untuk mereka yang fasih mempersoalkan masalah yang bukanlah bergitu masalah, yang miskin yang tak begitu fakir, yang meminta dan petah menyalahkan orang yang juga manusia yang sama tahap keadilan pemberian tuhan pada semua manusia. Kita semua manusia… semuanya adalah pilihan dan usaha keyakinan.
P/S: selagi ada yang kita harapkan usahalah kalau ia yang kita paling mahukan. jangan merungut, jangan putus asa, buktikkanlah apa yang kau mahu. semua adalah usahamu untuk mengubah hidupmu.
Isnin, 5 Januari 2009
Elok yanG Tak Elok!!!
laut, lembutmu masih ada ganasnya
angin, nyamanmu masih ada kalutnya
mentari, cerahmu masih ada panasnya
manusia, sempurnamu masih ada cacatnya
Alam, dunia, kehidupanku...
kau adil ada semua perkara...
kau buktikan keseimbangannya...
habis apa yang aku cari lagi??kesempurnaan yang sempurna??
hulusmu pasir aku tahu kasarmu
lembutmu laut aku tahu ganasmu
nyamanmu angin aku tahu kalutmu
cerahmu mentari aku tahu panasmu
sempurnamu insan aku tahu kita cacat,jijik,kotor, dan hamba yang abadi.
:-port dickson,hari itu.
keesokkannya aku bunuh jiwa aku lagi!
P/s : jgn harapkan apa-apa penerimaan yang semulia jiwa yang pernah diberikan pada peluang yang lepas.... mungkin telah tiada. jika kau perlu kemuliaan itu mungkin akan dapat tetapi itu usahamu, bukan lagi usahaku.
NANTI AKU CERITAKAN PENERBANGAN JIWA KU KELUAR DAN KE DALAM.