"KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan IJAZAH Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Sekarang beliau merupakan penggiat seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengarah muda yang sangat berbakat yang telah mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pihak, antaranya, ASWARA telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi menjadi pengarah teater muzikal berkenaan tokoh besar negara ‘MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK (2008) – di Panggung Eksperimental Aswara’, manakala pengarah filem popular yang hebat dan terkenal, Erma Fatima juga memberikan berkali-kali kepercayaan kepada beliau dengan melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada pengarahnya, Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dengan pementasan ‘TEATER SIRAH JUNJUNGAN’, ‘SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA’ dan ‘TEATER NATRAH’. Khairunazwan Rodzy juga merupakan seorang pendidik yang baik, beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan reality tv ‘PILIH KASIH 1 dan 2’- RTM. Rasa kepercayaan kepada beliau layak diberi, ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater, antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘PEGAWAI KHALWAT (ASWARA)’ , ‘TEATER EKSPERIMENTAL – MANUSIA HINA (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (aswara)’, ‘No Exit (aswara)’, ‘Romeo dan Juliet (Aswara)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (Aswara)’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka(mtc)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (aswara. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASAWARA)’ , ‘Projek koken – pokok kelapa sayang (stor dbp)’, ‘projek koken – tanda – ikan paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (stor Dbp)' , ‘POKOK KELAPA SAYANG (UM, SOLARIS, ASWARA)’ , ‘MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam teater, beliau juga merupakan guru teater, serta jurulatih lakonan di sekitar Kuala Lumpur."

-garapan PeTA-

Selasa, 27 Januari 2009

HamPir dan MaKin HaMpiR.

segalanya persiapan yang berlaku semasa berkerja dengan konsep limitation, kami sudah semakin hampir pada hari persembahan yang dulu hanya dalam otak pemikiran kami sahaja. kehadiran dan sambutan penonton sangat diharapkan bagi menikmati sebuah pementasan anak muda yang segar ini dimana dapat menjadi titik tolak cetusan generasi baru dlam industri. banyak pengorbanan yang berlaku semasa proses ini yang aku rasa makin menguatkan ikatan perhubungan sesama kami dan memerahkan lagi jus-jus kreatif yang mempunyai asidnya tersendiri.
MAKA DATANGLAH MENIKMATI JUS SEGAR DARI CIPTAAN ANAK MUDA INI.


P/S : KEHADIRAN GOLONGAN REMAJA SANGAT DIALU-ALUKAN BAGI SAMA-SAMA SAKSIKAN KUPASAN DARI KAUM SEGOLONGAN YANG TELAH BERUSAHA! KEINDAHAN SENI TENANGKAN JIWA DAN LEMBUT HALUSKAN KEKERASAN HATI.

Tiada ulasan:

PemBaCa SeTia