"KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan IJAZAH Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Sekarang beliau merupakan penggiat seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengarah muda yang sangat berbakat yang telah mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pihak, antaranya, ASWARA telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi menjadi pengarah teater muzikal berkenaan tokoh besar negara ‘MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK (2008) – di Panggung Eksperimental Aswara’, manakala pengarah filem popular yang hebat dan terkenal, Erma Fatima juga memberikan berkali-kali kepercayaan kepada beliau dengan melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada pengarahnya, Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dengan pementasan ‘TEATER SIRAH JUNJUNGAN’, ‘SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA’ dan ‘TEATER NATRAH’. Khairunazwan Rodzy juga merupakan seorang pendidik yang baik, beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan reality tv ‘PILIH KASIH 1 dan 2’- RTM. Rasa kepercayaan kepada beliau layak diberi, ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater, antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘PEGAWAI KHALWAT (ASWARA)’ , ‘TEATER EKSPERIMENTAL – MANUSIA HINA (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (aswara)’, ‘No Exit (aswara)’, ‘Romeo dan Juliet (Aswara)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (Aswara)’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka(mtc)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (aswara. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASAWARA)’ , ‘Projek koken – pokok kelapa sayang (stor dbp)’, ‘projek koken – tanda – ikan paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (stor Dbp)' , ‘POKOK KELAPA SAYANG (UM, SOLARIS, ASWARA)’ , ‘MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam teater, beliau juga merupakan guru teater, serta jurulatih lakonan di sekitar Kuala Lumpur."
-garapan PeTA-
Isnin, 5 Januari 2009
Elok yanG Tak Elok!!!
laut, lembutmu masih ada ganasnya
angin, nyamanmu masih ada kalutnya
mentari, cerahmu masih ada panasnya
manusia, sempurnamu masih ada cacatnya
Alam, dunia, kehidupanku...
kau adil ada semua perkara...
kau buktikan keseimbangannya...
habis apa yang aku cari lagi??kesempurnaan yang sempurna??
hulusmu pasir aku tahu kasarmu
lembutmu laut aku tahu ganasmu
nyamanmu angin aku tahu kalutmu
cerahmu mentari aku tahu panasmu
sempurnamu insan aku tahu kita cacat,jijik,kotor, dan hamba yang abadi.
:-port dickson,hari itu.
keesokkannya aku bunuh jiwa aku lagi!
P/s : jgn harapkan apa-apa penerimaan yang semulia jiwa yang pernah diberikan pada peluang yang lepas.... mungkin telah tiada. jika kau perlu kemuliaan itu mungkin akan dapat tetapi itu usahamu, bukan lagi usahaku.
NANTI AKU CERITAKAN PENERBANGAN JIWA KU KELUAR DAN KE DALAM.
2 ulasan:
hip tah tih!!! yyooouuup!!! kenal aku ka?
woit!!! moga kau tabah!
Tahniah atifnya saudara...Tolong tanya bahagian penulisan, bila keputusan Menulis Puisi Gema Merdeka Keluar? Atau senyap gitu-gitu je. Atau tak jadi buat pengumuman & senyap-senyap sahaja.
Catat Ulasan