aku sedang melaksanakan suatu kajian untuk subjek dalam kuliah aku, mini tesis, metodologi. kami di suruh untuk mencari tajuk dalam kajian kami. jadi tajuk aku 'Penerimaan Islam terhadap teater' dan soalan ciptaan aku. 'pandangan masyarakat Islam terhadap teater?' dan 'bagaimana perlaksaan teater oleh penggiat teater?'.
pilihan tajuk dan soalan kajian aku pilih ini terhasil daripada kecelaruan aku sendiri untuk memahami pelbagai pandangan tentang teater oleh pelbagai ragam masyarakat.
manusia yang mencipta satu budaya ini, iaitu teater, maka manusia patut boleh mengawalnya ke mana hendak manusia tujukan budaya ini, kita yang membuat pilihan. sama ada kebaikkan atau kemudaratan. ini kepercayaan aku terhadap urusan sesuatu yang manusia cipta. ada buruk ada baik terpulang pada kita yang mengurusnya. jadi tanya diri sendiri. jangan gundah dan lemah dengan pandangan orang yang lain yang berbeza daripada pemikiran kita terhadap teater. tak kenal jangan bercakap pasal teater. buat kajian dulu! faham dahulu makna estetika dalam teater maka baru bercakap mengenainya.
kehidupan aku menyatakan teater itu ada keindahannya, keindahan yang membelai rohani, jasmani, jiwa, raga, ketuhanan, keimanan, kejujuran, kesedaran, serta keseluruhan kehidupan manusia. Allah Maha Mengetahui tentang kejujuran rasa keindahan penggiat teater yang juga dituntut-Nya. aku yakin ALLAH Maha Mengetahui.
aku sertakan fatwa, bukti proses pencarian maklumat dan pengumpulan data.
bahan dari:-
http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=index&catid=&topic=15
Apakah pandangan Islam tentang teater? Teater dimaksudkan dengan lakonan di atas pentas untuk mencapai sesuatu tujuan dalam teater.
Hukumnya adalah harus pada asasnya, keharusan itu tertakluk kepada beberapa syarat tertentu seperti berikut:
1. Hendaklah teater itu bertujuan untuk membina syahsiah manusia dan memberi pengajaran yang baik, khususnya membina akidah yang sempuma di samping menanam nilai-nilai murni
2. Hendaklah tidak ada percampuran antara lelaki dengan perempuan dalam teater itu. Sekiranya ada, hendaklah pada sempadan yang diluluskan oleh syarak
3. Tidak mengambarkan pergaulan bebas yang boleh merosakkan nilai-nilai murni
4. Tidak meniru teater-teater barat yang lebih membawa kepada tujuan perleseran dan hiburan yang murah
5. Tidak boleh diadakan teater untuk melakunkan syahsiah yang agong seperti ambiyak dan rasul-rasul
6. Hendaklah senikata senario teater itu membawa kepada kebaikan masyarakat manusia, menanam budi yang luhur dan menjaga keindahan bahasa dengan tidak menyebut perkataan yang lucah atau membawa perkataan-perkataan syirik kepada Allah S.W.T. dan sebagainya
7. Hendaklah pakaian yang dipakai kepada pelaku-pelaku atau pelakun-pelakun dalam teater itu bersopan santun dan mematuhi kaedah-kaedah pakaian dalam hukum syarak.
Negara asal : Malaysia
Negeri : Perlis
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Kerajaan, Negeri Perlis
Tarikh Diisu : 2005
Nota: Jilid 2
1 ulasan:
Hebat persoalan tu...
Doaku agar kau dapat selesai dengan baik untuk jalan ALLAH...
Catat Ulasan