"KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan IJAZAH Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Sekarang beliau merupakan penggiat seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengarah muda yang sangat berbakat yang telah mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pihak, antaranya, ASWARA telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi menjadi pengarah teater muzikal berkenaan tokoh besar negara ‘MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK (2008) – di Panggung Eksperimental Aswara’, manakala pengarah filem popular yang hebat dan terkenal, Erma Fatima juga memberikan berkali-kali kepercayaan kepada beliau dengan melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada pengarahnya, Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dengan pementasan ‘TEATER SIRAH JUNJUNGAN’, ‘SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA’ dan ‘TEATER NATRAH’. Khairunazwan Rodzy juga merupakan seorang pendidik yang baik, beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan reality tv ‘PILIH KASIH 1 dan 2’- RTM. Rasa kepercayaan kepada beliau layak diberi, ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater, antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘PEGAWAI KHALWAT (ASWARA)’ , ‘TEATER EKSPERIMENTAL – MANUSIA HINA (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (aswara)’, ‘No Exit (aswara)’, ‘Romeo dan Juliet (Aswara)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (Aswara)’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka(mtc)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (aswara. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASAWARA)’ , ‘Projek koken – pokok kelapa sayang (stor dbp)’, ‘projek koken – tanda – ikan paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (stor Dbp)' , ‘POKOK KELAPA SAYANG (UM, SOLARIS, ASWARA)’ , ‘MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam teater, beliau juga merupakan guru teater, serta jurulatih lakonan di sekitar Kuala Lumpur."

-garapan PeTA-

Khamis, 26 Februari 2009

SiBuK SanGat!!! SyuKuR...

sebuk! sibuk!

pergh!!

sibuknya. pagiku penuh. tengahhariku padat. petangku sendat. malamku ketat. lenaku penat. dalam masa aku sedang fokus pada pembelajaranku di ASWARA, ketika itu juga, dalam masa yang sama aku diperlukan untuk menghasilkan keindahan seni pentas, yang mana banyaknya sebagai pengarah, penolong pengarah, jurulatih lakon, pengurus pentas dan juga ura-ura mahuku berlakon. penuh dan padat hariku.... seperti apa yang aku doakan pada Allah, sibukkanlah diri ini agar aku rasa aku diperlukan didunia ini... Allhamdulillah!! doa dan pinta ku disambut dan dimakbulkan....
sesesak manapun hari-hariku ini aku sedar aku masih punya tanggungjawab yang harus lakukan, tanggungjawabku pada Allah, pada manusia lain, pada diriku sendiri, yang mana tanggungjawab itu untuk masa depan, untuk hari ini, dan untuk hari-hari lepas.
kepercayaan pada kekuatan diri sangat menebal dalam diriku. aku tak mahu kalah dengan malas, penat, masa, kerana aku tahu aku tidak punya banyak waktu untuk aku lakukan sesuatu di dunia Allah ini. hidup ku seolah-olah tidak mencukupi untuk melaksanakan segala janji-janji ku pada Tuhan, pada diri, dan pada manusia lain. yang mana janji itu adalah yang dahulu, yang hari ini atau hari depan....

P/S : DOAKAN KESEHATAN, KEKUATAN, KECEKALAN, KEIMANAN DAN KESUNGGUHAN KU MENJADI KUAT DAN SEMAKIN KUAT!

Tiada ulasan:

PemBaCa SeTia