"KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan IJAZAH Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Sekarang beliau merupakan penggiat seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengarah muda yang sangat berbakat yang telah mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pihak, antaranya, ASWARA telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi menjadi pengarah teater muzikal berkenaan tokoh besar negara ‘MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK (2008) – di Panggung Eksperimental Aswara’, manakala pengarah filem popular yang hebat dan terkenal, Erma Fatima juga memberikan berkali-kali kepercayaan kepada beliau dengan melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada pengarahnya, Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dengan pementasan ‘TEATER SIRAH JUNJUNGAN’, ‘SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA’ dan ‘TEATER NATRAH’. Khairunazwan Rodzy juga merupakan seorang pendidik yang baik, beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan reality tv ‘PILIH KASIH 1 dan 2’- RTM. Rasa kepercayaan kepada beliau layak diberi, ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater, antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘PEGAWAI KHALWAT (ASWARA)’ , ‘TEATER EKSPERIMENTAL – MANUSIA HINA (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (aswara)’, ‘No Exit (aswara)’, ‘Romeo dan Juliet (Aswara)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (Aswara)’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka(mtc)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (aswara. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASAWARA)’ , ‘Projek koken – pokok kelapa sayang (stor dbp)’, ‘projek koken – tanda – ikan paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (stor Dbp)' , ‘POKOK KELAPA SAYANG (UM, SOLARIS, ASWARA)’ , ‘MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam teater, beliau juga merupakan guru teater, serta jurulatih lakonan di sekitar Kuala Lumpur."

-garapan PeTA-

Ahad, 11 Oktober 2009

Abang Sayang Nafsu....

pusi untuk remaja yang terlupa....mungkin terbebas dasar....

Kebodohan Abang, Sayang dan Nafsu......
sebenarnya Abang cinta Sayang.....
sebenarnya juga Sayang cinta Abang....
dengan itu Nafsu datang meng'indah'kan lagi....
Nafsu tidak bermasalah....
yang bermasalah adalah Abang dan Sayang....
kerana Abang Nafsukan Sayang secara haram....
kalau Abang dan Sayang bernafsukan halal....
ia akan menjadi sesuatu keindahan perjalanan Abang Sayang Nafsu....

Abang bodoh...
Sayang bodoh...
Nafsu mungkin bodoh atau tak bodoh...
sebab Nafsukan halal dilihat murni....
namun Nafsukan haram dilaknati....
Abang dan Sayang sudah kenal Nafsu....
Sama ada Nafsukan halal atau Nafsukan haram....
sebab kebodohan Abang dan Sayang....
telah meminta Nafsukan haram yang bodoh....
maka abang bodoh....
sayang bodoh...
pada nafsu yang bodoh....

Abang, Sayang dan Nafsu tahu....
Abang Sayang Nafsu...
Sayang Sayang Nafu...
Nafsu sayang Abang dan Sayang....
maka jalan untuk kebijakkan...
dengan halalkan terdahulu Abang dan Sayang...
halalkan Abang Sayang Nafsu.....


dalam dunia seperti kita menduduki peperiksaan.... namun peperiksaan di dunia jawapan bocor telah tersebar... namun banyak kita maseh menjawab dengan salah.... kenapa? terlampau bodoh dan pekak bisu tuli!!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Itu adalah untuk abang dan bukan sayang..

PemBaCa SeTia