"KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan IJAZAH Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Sekarang beliau merupakan penggiat seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengarah muda yang sangat berbakat yang telah mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pihak, antaranya, ASWARA telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi menjadi pengarah teater muzikal berkenaan tokoh besar negara ‘MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK (2008) – di Panggung Eksperimental Aswara’, manakala pengarah filem popular yang hebat dan terkenal, Erma Fatima juga memberikan berkali-kali kepercayaan kepada beliau dengan melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada pengarahnya, Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dengan pementasan ‘TEATER SIRAH JUNJUNGAN’, ‘SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA’ dan ‘TEATER NATRAH’. Khairunazwan Rodzy juga merupakan seorang pendidik yang baik, beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan reality tv ‘PILIH KASIH 1 dan 2’- RTM. Rasa kepercayaan kepada beliau layak diberi, ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater, antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘PEGAWAI KHALWAT (ASWARA)’ , ‘TEATER EKSPERIMENTAL – MANUSIA HINA (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (aswara)’, ‘No Exit (aswara)’, ‘Romeo dan Juliet (Aswara)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (Aswara)’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka(mtc)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (aswara. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASAWARA)’ , ‘Projek koken – pokok kelapa sayang (stor dbp)’, ‘projek koken – tanda – ikan paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (stor Dbp)' , ‘POKOK KELAPA SAYANG (UM, SOLARIS, ASWARA)’ , ‘MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam teater, beliau juga merupakan guru teater, serta jurulatih lakonan di sekitar Kuala Lumpur."

-garapan PeTA-

Jumaat, 9 Oktober 2009

kau tahu apa kau nak?


bila kita tahu apa yang kita nak.... jadi terus dapatkan... jangan tunggu..... kejar sampai kita meraihnya..... mungkin ia akan berjaya bila mana apa yang kita nak itu berkaitan dengan benda fizikal dan mungkin hanya berkaitan diri kita tanpa melibatkan orang lain... sebab minda kita akan fikirkan tentang kita sahaja... bertindak dengan rasional untuk mendapatkannya untuk diri kita sahaja tanpa pembabitan orang lain....
tapi menjadi masalah kalau ianya berkaitan dengan hati dan perasaan serta jiwa... sebab bila berkait dengan itu manusia menjadi lemah untuk memikirkan apa yang kita nak.... kerana perasaan, hati, dan jiwa perlu mempunyai jalinan antara diri kita dan orang lain untuk memuaskannya....
ia boleh membuatkan kita tak tahu apa yang kita nak... jadi segalanya tertangguh dan tak tahu mcm mana mahu mula dan tak tahu mcm mana kita nak merancang bagi mendapatnya..... kemudian terjadilah suatu sikap yang hanya melepaskan dari rasa tanggungjawab terhadap perasaan sendiri, kehendak hati sendiri, dan runtunan jiwa sendiri.... bila kita sudah tidak memperdulikan diri sendiri maka orang lain juga tidak mempedulikan kita kerana kelakuan kita akan menjadi buruk dan tiada kawalan atas sebab hati,perasaan dan jiwa dah rosak.....
tiada ketenangan hidup setelah rasa tanggungjawab terhadap hati, perasaan, jiwa kita abaikan....
orang yang seperti ini selalunya akan memikirkan tentang hati, perasaan dan jiwa orang lain dari memikirkan kepunyaannya sendiri..... maka apa yang dilakukan akan merosakkan keindahan keinginannya terhadap hati, perasaan dan jiwa sendiri.....

JADI APA YANG KAU NAK!!!!??? TANYA HATI, PERASAAN DAN JIWA KEMUDIAN ANALISA DENGAN MINDA AKAL BAGI MENDAPATKAN KEINDAHANNYA..... DAPATKANNYA DARI KAU MENZALIMI KEHENDAK KAU YANG MURNI..... FAHAM KAN ORANG LAIN YANG TERLIBAT DALAM MENGHALANG KEHENDAK HATI, PERASAAN DAN JIWA KAU TU..... LAWAN!!!! JGN SIA-SIAKAN HARAPAN HATI, PERASAAN DAN JIWA KAU!!!!! SELALUNYA KEHENDAK HATI, PERASAAN, DAN JIWA ADALAH KEBAHAGIAAN....

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kau tahu apa kau nak????

Tanpa Nama berkata...

aik aku pulak yang kena???-wan.
tahu tahu...

Tanpa Nama berkata...

Yang aku hendak itu bukan menjadi satu bebanan untuk kamu..Dan bukan menjadi satu yang amat-amat perlu untuk aku..Apa yang aku hendak ialah hatinya..Dan aku bukan lemah kerana lemah itu telah terjadi sewaktu aku kamu tinggalkan..Dan yang aku mahu sekarang ialah jika Allah kabulkan maka dia pengganti kamu.Jika bukan dia pun, aku tetap redha.

Kamu tidak akan pertahankan seperti mana kamu tinggalkan!Kamu tak akan tahu erti kehilangan kerana kamu yang hilangkan..Terima kasih nazwan..

Tanpa Nama berkata...

aik...!!! aku kena lagi.... teruskan kemahuan itu.... aku juga pernah merasakan kehilangan yang perit.... kau tak tahu.... kau tahu apa kau nak???-wan-

PemBaCa SeTia