"KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan IJAZAH Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Sekarang beliau merupakan penggiat seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengarah muda yang sangat berbakat yang telah mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pihak, antaranya, ASWARA telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi menjadi pengarah teater muzikal berkenaan tokoh besar negara ‘MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK (2008) – di Panggung Eksperimental Aswara’, manakala pengarah filem popular yang hebat dan terkenal, Erma Fatima juga memberikan berkali-kali kepercayaan kepada beliau dengan melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada pengarahnya, Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dengan pementasan ‘TEATER SIRAH JUNJUNGAN’, ‘SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA’ dan ‘TEATER NATRAH’. Khairunazwan Rodzy juga merupakan seorang pendidik yang baik, beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan reality tv ‘PILIH KASIH 1 dan 2’- RTM. Rasa kepercayaan kepada beliau layak diberi, ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater, antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘PEGAWAI KHALWAT (ASWARA)’ , ‘TEATER EKSPERIMENTAL – MANUSIA HINA (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (aswara)’, ‘No Exit (aswara)’, ‘Romeo dan Juliet (Aswara)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (Aswara)’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka(mtc)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (aswara. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASAWARA)’ , ‘Projek koken – pokok kelapa sayang (stor dbp)’, ‘projek koken – tanda – ikan paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (stor Dbp)' , ‘POKOK KELAPA SAYANG (UM, SOLARIS, ASWARA)’ , ‘MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam teater, beliau juga merupakan guru teater, serta jurulatih lakonan di sekitar Kuala Lumpur."

-garapan PeTA-

Ahad, 1 Ogos 2010

TerLintas Kembali

Assalamualaikum sekalian yang aku hormati.... setelah separuh menikmati umurku yang ke 25 ini, terlintas kembali untuk membaca tulisan yang tertulis oleh aku yang lepas-lepas. merenung jauh kedalam pergerrakkan hidup aku yang mana jatuhnya, yang mana bangunnya, yang mana sukanya, yang mana kecewanya, yang mana tawanya, yang mana nangisnya, dan banyak yang sudah aku rakamkan.

Namun, kembali itu membuatkan aku tersedar yang mana tulisan yang tertulis itu tidak pernah aku taipkan tentang keluarga aku yang sangat aku sayangi. yang banyaknya aku peduli mengenai orang luar, kawan-kawan, kenalan-kenalan, musuh, kekaseh, semuanya orang asing bagi keluarga aku, tapi langsung tak peduli mengenai keluarga sendiri..... bukan begitu, pintas akalku yang cuba mencipta alasan, berpusing ketika itu aku mencari sebab, mengapa begitu, sehingga aku sedar yang sekarang aku sudah menganggap bahawa KUALA LUMPUR adalah tempat tinggal aku, tempat yang tetap untuk aku dan kampung sudah menjadi tempat kedua dan itu telah menjadikan aku kurang balik ke kampung Kedah, seolah segala kebaikkan di sana dikosongkan terus.....!!! Panas pipi secara tiba-tiba dengan airmata yang mengalir deras bila terfikir mengenai perbahan aku mengenai tempat tinggal aku dan kekejaman yang aku wujudkan terhadap keluarga.

Dalam sudut hati dan dalam kotak fikir kini, keluhan dan tangisan rindu pada keluarga menerjah kuat, berebut-rebut mahu melintasi kenangan seolah-olah telah lama menahan waktu untuk pecah, bagaikan laluan pantas menghiasi pemikiran, memaksa tangis yang membeku terus cair oleh pelbagai peristiwa yang telah menjadi kenangan dalam diri ini bersama keluarga. Saat ini aku rindukan mama, abah, kak Tasya, Mimi, bang chik, dik Aina. YA ALLAH Aku rindu kalian. kali ini aku nangis kerana terlalu rindukan kalian!!!!

InsyaAllah, kehadiran tulisan yang mendatang, aku ingin menulis mengenai kalian, seorang demi seorang.... rakaman mindaku sedari kecil sehingga kini.... akan aku abadikan diruangan tulisku ini, aku mahu semua kenalan aku mengetahui kesemua Ahli Keluargaku.

sekian.
dengan janji,
KhairuNazWan Rodzy

Tiada ulasan:

PemBaCa SeTia