"KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan IJAZAH Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Sekarang beliau merupakan penggiat seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengarah muda yang sangat berbakat yang telah mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pihak, antaranya, ASWARA telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi menjadi pengarah teater muzikal berkenaan tokoh besar negara ‘MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK (2008) – di Panggung Eksperimental Aswara’, manakala pengarah filem popular yang hebat dan terkenal, Erma Fatima juga memberikan berkali-kali kepercayaan kepada beliau dengan melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada pengarahnya, Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dengan pementasan ‘TEATER SIRAH JUNJUNGAN’, ‘SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA’ dan ‘TEATER NATRAH’. Khairunazwan Rodzy juga merupakan seorang pendidik yang baik, beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan reality tv ‘PILIH KASIH 1 dan 2’- RTM. Rasa kepercayaan kepada beliau layak diberi, ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater, antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘PEGAWAI KHALWAT (ASWARA)’ , ‘TEATER EKSPERIMENTAL – MANUSIA HINA (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (aswara)’, ‘No Exit (aswara)’, ‘Romeo dan Juliet (Aswara)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (Aswara)’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka(mtc)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (aswara. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASAWARA)’ , ‘Projek koken – pokok kelapa sayang (stor dbp)’, ‘projek koken – tanda – ikan paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (stor Dbp)' , ‘POKOK KELAPA SAYANG (UM, SOLARIS, ASWARA)’ , ‘MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam teater, beliau juga merupakan guru teater, serta jurulatih lakonan di sekitar Kuala Lumpur."

-garapan PeTA-

Isnin, 12 Oktober 2009

bila tiada yang mahu...

dalam kekacauan... dalam kegelisahan... dalam kesunyian...dalam tiada yang mahu... dalam maseh tidak bertemu... dalam maseh tidak yakin.... dalam maseh tidak percaya..... dan dalam tiada siapa yang mahu... dalam maseh tidak berjumpa............. dalam kesemuanya tadi, jika itulah sebabnya kau memilih untuk kembali, aku pasti akan melihat kau insan yang paling hina dalam muka bumi ini kerana tidak tahu apa yang kau mahukan....

jangan nanti bila hilang kekacauan..... bila hilang kegelisahan.... bila hilang kesunyian.... bila ada yang mahu.... bila sudah bertemu...bila sudah yakin... bila sudah percaya.... bila ada seseorang yang mahu... bila sudah berjumpa............... bila mana semuanya tadi sudah kau dapatkan kerana atas wujudnya seseorang lain, kau akan kembali menjadi sifat asal yang pergi meninggalkan, aku lah manusia yang paling kejam untuk membunuh dan memastikan kau akan menderita seumur hidup......

ini bukan kata-kata ugut yang zalim bagi mendapat kepuasanku..... cuma meminta kau lakukanlah keputusan yang kau sangat suka dengan segera..... kerana bila masa sudah dimakan musim, bila jiwa sudah bersulam rapat maka itulah yang akan aku laksanakan buat hukuman kau yang menyusahkan orang lain.....

segerakan fikirmu.... jangan lagi lari dari berfikir....., jangan lari dari merancang...., jangan lari dari berazam....., jangan lari dari berjanji...., jangan lari dari percaya....., dan jangan lari dari setia yang semuanya berkenaan apa yang kau mahu...... supaya aku tidak menghina, supaya aku tidak kejam, supaya kau tidak menerima hukuman dari aku dan diri-NYA......

masa sedang berlalu..... jika kau ingin masa memakan musim, mahu jarum saat berpusing bertahun.... teruskan.... aku tetap menunggu bagi mendengar apa yang kau mahu sebenarnya.....

jangan lakukan itu bila sudah tiada siapa yang mahu.....
aku bukan tidak ada jiwa manusia... tapi juga punya jiwa binatang!!!

Ahad, 11 Oktober 2009

Abang Sayang Nafsu....

pusi untuk remaja yang terlupa....mungkin terbebas dasar....

Kebodohan Abang, Sayang dan Nafsu......
sebenarnya Abang cinta Sayang.....
sebenarnya juga Sayang cinta Abang....
dengan itu Nafsu datang meng'indah'kan lagi....
Nafsu tidak bermasalah....
yang bermasalah adalah Abang dan Sayang....
kerana Abang Nafsukan Sayang secara haram....
kalau Abang dan Sayang bernafsukan halal....
ia akan menjadi sesuatu keindahan perjalanan Abang Sayang Nafsu....

Abang bodoh...
Sayang bodoh...
Nafsu mungkin bodoh atau tak bodoh...
sebab Nafsukan halal dilihat murni....
namun Nafsukan haram dilaknati....
Abang dan Sayang sudah kenal Nafsu....
Sama ada Nafsukan halal atau Nafsukan haram....
sebab kebodohan Abang dan Sayang....
telah meminta Nafsukan haram yang bodoh....
maka abang bodoh....
sayang bodoh...
pada nafsu yang bodoh....

Abang, Sayang dan Nafsu tahu....
Abang Sayang Nafsu...
Sayang Sayang Nafu...
Nafsu sayang Abang dan Sayang....
maka jalan untuk kebijakkan...
dengan halalkan terdahulu Abang dan Sayang...
halalkan Abang Sayang Nafsu.....


dalam dunia seperti kita menduduki peperiksaan.... namun peperiksaan di dunia jawapan bocor telah tersebar... namun banyak kita maseh menjawab dengan salah.... kenapa? terlampau bodoh dan pekak bisu tuli!!!

Jumaat, 9 Oktober 2009

kau tahu apa kau nak?


bila kita tahu apa yang kita nak.... jadi terus dapatkan... jangan tunggu..... kejar sampai kita meraihnya..... mungkin ia akan berjaya bila mana apa yang kita nak itu berkaitan dengan benda fizikal dan mungkin hanya berkaitan diri kita tanpa melibatkan orang lain... sebab minda kita akan fikirkan tentang kita sahaja... bertindak dengan rasional untuk mendapatkannya untuk diri kita sahaja tanpa pembabitan orang lain....
tapi menjadi masalah kalau ianya berkaitan dengan hati dan perasaan serta jiwa... sebab bila berkait dengan itu manusia menjadi lemah untuk memikirkan apa yang kita nak.... kerana perasaan, hati, dan jiwa perlu mempunyai jalinan antara diri kita dan orang lain untuk memuaskannya....
ia boleh membuatkan kita tak tahu apa yang kita nak... jadi segalanya tertangguh dan tak tahu mcm mana mahu mula dan tak tahu mcm mana kita nak merancang bagi mendapatnya..... kemudian terjadilah suatu sikap yang hanya melepaskan dari rasa tanggungjawab terhadap perasaan sendiri, kehendak hati sendiri, dan runtunan jiwa sendiri.... bila kita sudah tidak memperdulikan diri sendiri maka orang lain juga tidak mempedulikan kita kerana kelakuan kita akan menjadi buruk dan tiada kawalan atas sebab hati,perasaan dan jiwa dah rosak.....
tiada ketenangan hidup setelah rasa tanggungjawab terhadap hati, perasaan, jiwa kita abaikan....
orang yang seperti ini selalunya akan memikirkan tentang hati, perasaan dan jiwa orang lain dari memikirkan kepunyaannya sendiri..... maka apa yang dilakukan akan merosakkan keindahan keinginannya terhadap hati, perasaan dan jiwa sendiri.....

JADI APA YANG KAU NAK!!!!??? TANYA HATI, PERASAAN DAN JIWA KEMUDIAN ANALISA DENGAN MINDA AKAL BAGI MENDAPATKAN KEINDAHANNYA..... DAPATKANNYA DARI KAU MENZALIMI KEHENDAK KAU YANG MURNI..... FAHAM KAN ORANG LAIN YANG TERLIBAT DALAM MENGHALANG KEHENDAK HATI, PERASAAN DAN JIWA KAU TU..... LAWAN!!!! JGN SIA-SIAKAN HARAPAN HATI, PERASAAN DAN JIWA KAU!!!!! SELALUNYA KEHENDAK HATI, PERASAAN, DAN JIWA ADALAH KEBAHAGIAAN....

Rabu, 30 September 2009

sederhana....hhmm...

mungkin aku ni dah nak mati rasanya.... entah lah aku rasa macam tu... semenjak kebelakang ini aku tak rasa apa-apa....
raya hari tu... tak happy sgt, tak pulak sedeh, tenang... hanya tenang... hhmm.... syukur di julang pada-Nya.... hhmm...
orang kata kalau takde masalah, itu bukan manusia... tapi aku rasa kosong... tak de nak digembirakan dan takde nak disedehkan.... hhmm....
mungkin itulah masalahnya kot, ya.. aku kena akui itulah masalahnya sebab aku masih mahu gelaran manusia itu.... walaupun pada aku, aku rasa tiada masalah.... hhmm...
fikir aku mungkin masa depan aku akan melalui sebuah kehidupan yang besar dan hebat, yang bakal aku lalui nanti.... hhmm... mungkin.... hhmm...
aku dikategorikan- energi alpha- ketenangan..... hhmm....
getaran setiap zat-zat- yang aku pinjam dari Allah seolah-olah tiada hanya untuk kehidupan.... tapi hanya kepada Universe.... hanya menjulang kesyukuran....hhmm....
jasad aku aku tenang sebab roh aku senang....hhmm...
roh aku senang sebab semangat aku sihat...hhmm...
semangat aku sehat sebab jiwa aku santai...hhmm....
jiwa aku santai sebab minda aku bersinar....hhmm....
minda aku bersinar sebab energi aku hebat...hhmm...
energi aku hebat sebab aura aku mega....hhmm....
aura aku mega sebab aku tahu cara mahu hidup dengan tenang.....hhmm.... aku tahu....
seimbang.....

Selasa, 15 September 2009

RaMaDhAn YanG nAk HaBis..

Pada saat- saat kehilanganmu,
baru menjelma keindahanmu di hatiku,
baru muncul ketenanganmu di jiwaku,
baru terbit kenikmatanmu di kalbuku,
baru jengah kesedaranku didalam mu,
baru ku sedar mahu kehilanganmu.
ramadhan2pu7
Pada saat-saat kehilanganmu,
patutnya sedih bergenang insan,
patutnya sayu berdendang nada,
patutnya hening meniti pagi,
patutnya rindu kehadiranmu yabf baru,
tapi aku berasa gembira dan suka.

Bahagia kerana mendapat,
suka kerana dirahmat
syukur kerana ternikmat,
gembira kerana terlihat,
alangkah syukur yang tertinggi pada Ar Rahman!!!

Isnin, 14 September 2009

PoKoK KeLaPa SaYaNg di AsWaRa - KeLaM


sebagai penulis dan pengarah karya ini... aku rasa sudah cukup dulu karya ini dipentaskan.... kalau dikirakan sudah 4 kali karya ini sudah dipentaskan... pertama di stor dbp sebagai kompilasi vol 1, kedua di Universiti Malaya sebagai pemenang tempat kedua dalam feseni, ketiga di aswara sebagai xam pengarahan dan ke empat di Aswara juga diangkat sebagai karyawan muda.... tetapi karya pokok kelapa sayang ini di paksa tukar tajuknya atas alasan aku pernah buat di um.... APAKEJADAH!! jadi kerana akur sebagai orang yang di pimpin oleh DIKTATOR kejam.... terpaksa namanya ditukar menjadi 'kelam'.... hahaha kelakar nama yang dipilih... aku tahu ramai yang pernah tengok pokok kelapa sayang... jadi di sini aku mau bagi tahu bahawa aku bukan penipu.... ianya terjadi ada sebabnya.....

Selasa, 2 Jun 2009

MuDaH!!! SeBeNaRnYa MuDaH!!!

masa sedang berjalan meng'tua'kan nombor diriku. padaku, nombor setiap manusia adalah jangka masa yang memberitahu sudah lama mana diri manusia itu telah berada di dalam tempoh ujian tuhan sebelum merasai satu keindahan abadi nanti.
sudah berapa kali ujian di hadapkan dan sudah beberapa kali kita gagal dan sudah berapa kali kita ulang ujian dengan kegagalan.
manusia hanyalah manusia. kesedaran bukan satu perkara yang setiap manusia dapat rasakan tapi kesedaran adalah milik semua insan.
fikirkan pasal ujian yang aku lalui sebelum-sebelum ini, setiap ujian aku harungi dan aku tempuh dengan berjalan dan melepasinya telah mengtafsirkan tentang satu istilah 'mudah' dalam menjalani kehidupan.
hidup ini mudah, aku yang kata. aku yakin. aku sangat pasti. setiap ujian yang datang adalah kerana kita masih mampu menghadapi ujian itu. maka ujian kita tempuhi. samada gagal atau berjaya atau kita larikan diri, itu terpulang pada kesedaran yang aku katakan tadi.
aku pernah bermimpi, yang mana diberitahu aku bagaimana untuk menghadapi kehidupan. aku terjaga dari tidur dengan gembira dan berkata, mudah. gembira aku untuk meneruskan hidup. hidup ini mudah, kita mampu dapatkan apa yang kita mahukan, pokoknya semuanya pada kita. dengan usaha, perwatakkan kita, perhubungan kita, kepercayaan kita, keyakinan kita, kesungguhan kita dan kesedaran tentang apa yang kita buat sekarang. ya sekarang ini apa yang anda sedang buat? cuba sedar, apa sedang anda buat skarang? ya sekarang ini... tangan anda sedang buat apa, mata sedang buat apa, mulut? kaki, perut, telinga, seluruh anggota..... setiap masa kena sedar tentang semua yang ada pada badan kita..... cuba bawak sedar sikit. cubalah... mudah sebenarnya....

PemBaCa SeTia