"KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan IJAZAH Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Sekarang beliau merupakan penggiat seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengarah muda yang sangat berbakat yang telah mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pihak, antaranya, ASWARA telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi menjadi pengarah teater muzikal berkenaan tokoh besar negara ‘MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK (2008) – di Panggung Eksperimental Aswara’, manakala pengarah filem popular yang hebat dan terkenal, Erma Fatima juga memberikan berkali-kali kepercayaan kepada beliau dengan melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada pengarahnya, Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dengan pementasan ‘TEATER SIRAH JUNJUNGAN’, ‘SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA’ dan ‘TEATER NATRAH’. Khairunazwan Rodzy juga merupakan seorang pendidik yang baik, beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan reality tv ‘PILIH KASIH 1 dan 2’- RTM. Rasa kepercayaan kepada beliau layak diberi, ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater, antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘PEGAWAI KHALWAT (ASWARA)’ , ‘TEATER EKSPERIMENTAL – MANUSIA HINA (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (aswara)’, ‘No Exit (aswara)’, ‘Romeo dan Juliet (Aswara)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (Aswara)’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka(mtc)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (aswara. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASAWARA)’ , ‘Projek koken – pokok kelapa sayang (stor dbp)’, ‘projek koken – tanda – ikan paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (stor Dbp)' , ‘POKOK KELAPA SAYANG (UM, SOLARIS, ASWARA)’ , ‘MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam teater, beliau juga merupakan guru teater, serta jurulatih lakonan di sekitar Kuala Lumpur."

-garapan PeTA-

Sabtu, 27 Disember 2008

terBang ke daLam kemuDian terBang ke LuaR!

tanggal 24 hari bulan aku bersama sherryfah telah pergi ke pulau mutiara untuk persembahan festival monodrama. satu perkerjaan aku telah selesai dari pada lima itu. Allamdulillah perjalanan pergi dan proses aktiviti di sana berlaku dengan tenang dan santai...

Pada mulanya a kami hanya tahu itu adalah satu festival dimana kami hanya perlu pergi kesana untuk membuat persembahan tetapi apabila sampai kami diberitahu ia adalah pertandingan...huh terkedu dan terkejut. hati aku jadi gelisah. tak tahu kenapa gelisah. aku tak gemar sangat mempertandingkan seni ni...

lalu aku cakap pada sherryfah "mau menang ka?" Sherry kata "tak kot". kemudian aku kembali tenang..

keadaan angin di sana memang satu kurniaan tuhan yang aku sangat syukuri.. melembutkan hati yang runsing, menenangkan jiwa yang parah...Allah aku bersyukur padamu kerana aku semakin tenang.

selepas tamat aktiviti kat sana, aku dan sherryfah terus terbang ke Padang, Indonesia. kami naik flight kembali ke kl dulu kemudian terbang ke padang pula. semasa mendarat sampai di kl aku mengalami satu kejadian dimana kepala aku macam nak pecah... (macam kena ketuk dengan batu berulang kali) berdoa dan memohon ketenangan dan aku dapat menahan sebentar kesakitan itu dari terjerit keluar. air mata sebelah kiri aku sudah mengalir terus dan terus... aduh sakitnya...!!! kemudian semakin lama semakin beransur kurang.....

P/s: aku akan pergi check doktor apa masalah dalam kepala otak aku sebelah kiri ini... doakan aku sihat...

Rabu, 24 Disember 2008

diBunuh Lagi JiWa aku!

mulanya kau datang dan kemudian kau pergi
kemudian kau datang dan bahagia tetiba kau pergi pula selepas itu
akhirnya dengan tangisan kau datang dan sekarang aku menangis sebab kau pergi.

aku harus tegas dan perlu kasihankan jiwa aku yang diperolok-olokkan dari mulanya kau datang dan pergi.

jiwaku
kasihan jiwa
aku mengerti jiwaku sakit dan bernanah
tangisnya membawa diri yang sepi

jiwaku
kuatkan, kentalkan diriku
biar dia tinggalkan jiwaku
biar dia hilang permata
kerana tertipu dengan kiluan sementara kaca.

jiwaku
jangan terimanya lagi
jangan tunggunya lagi
jangan percayanya lagi
jangan cintanya lagi
jangan cemburukannya lagi
jangan fikirnya lagi
jangan simpan kenangannya lagi
jangan simpan wajahnya lagi
jangan mengharap lagi
jangan bunuh diri sendiri lagi.

jiwaku
aku tahu jiwa sepi
aku tahu jiwa sunyi
aku tahu jiwa kosong
aku tahu jiwa mati
tapi biarkan dia
dia yang berdosa
dia yang berjanji
dia yang mungkiri
dia yang bersumpah
dia dimakan sumpah
kosongkan jiwa
kosongkalah
sudahlah jangan bunuh jiwa aku lagi!!


P/s: tenang...mungkin tenang....senyum... mungkin senyum....apa yang mahu aku buat ini....mungkin berlalu dan mengikut sahaja.....

Isnin, 22 Disember 2008

KesiBukkan!!! WoooOO!!!

Sekarang ini aku merasakan kesibukkan yang amat sangat!!! kisah sedih mungkin bagi aku telah berlalu... aku rasa semakin kuat...dan aku rasa terkejut dan bersyukur apabila tuhan memberi ketenangan pada aku dengan mudah...memang aku menyayangi si dia tapi kalau tiada jodoh apa boleh ku buat...kalau mahu pergi, pergilah aku suka tenang dan mungkin rela...sedih tetap sedih...pasti sedih...

sudahlah... lupakan kisah itu dulu... sejak kebelakangan ini sehingga bulan 3 depan aku amat sibuk dengan perkerjaan yang akan aku muliakan pada orang yang mengkejinya ini.. iaitu Teater. terdapat 5 buah teater yang perlu aku kerjakan... aku tahu ia nampak terlalu tamak untuk melakukan semua dalam satu masa yang sama sedangkan teater itu sendiri perlukan ruang masa untuk prosesnya... selalunya aku menolak semuanya untuk mencari ruang untuk satu itu tetapi sekarang aku ingin merasa bagaimana kalau aku mencari ruang untuk lima. mungkin perkara ini terjadi sebab aku perlukan duit untuk bayar duit pengajian aku sekarang... tapi tidak mengapa kesibukkan ini kerena aku suka akan kesibukkan...kerana ia mungkin juga rezeki...dan mungkin aku akan rindukan saat ini....

sejak kebelakangan ini juga aku amat rindukan mama, abah, adik beradik dan juga orang tersayang itu... rindu untuk ketawa bersama, gurau bersama, berkelah bersama, makan bersama, dan segala perbuatan bersama... aku rasa mereka ini adalah kebahagiaan yang tuhan beri kepada aku...dan aku perlu jaga dan menghargai mereka semua...

YA ALLAH AKU MENSYUKURI NIKMAT YANG KAU BERI... YA ALLAH YA TUHAN KU BAHAGIAKAN LAH MEREKA SEMUA DAN JADIKANLAH AKU ORANG YANG SENTIASA MENGHARGAI DAN MEMBAHAGIAKAN MEREKA!!! TUHAN KEMBALIKAN NAJWA KEPADA AKU! AMIN!

Khamis, 18 Disember 2008

SESAT-kata ORanG ItU pada AKu...SAUdara TERIMAlah semua manusia dan perBETULkan jangan BUANGnya...

SAUDARA SEAGAMA DENGANKU....
apabila kita menerima ujian daripada NYA maka kita perlu menerimanya dengan tabah dan berserah kepadanya...ya itu adalah benar....tetapi sebagai manusia yang dikurniakan perasaan kita jua merasa sakit atas ujian yang diberikan...jika tiada rasa kesakitan itu maka mungkin tiada kesedaran yang akan berlaku pada diri kita....
meletakkan SESAT atas apa yang terjadi padaku adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab....kerana dikau terus menghukum dan melabelkan itu tanpa menanya dan mengambil tahu menahu didalam kejadian dan kisah. lau dikau telah menyatakan sesat padaku....dan meninggalkan aku dengan gelaran SESAT yang kau gelarkan pada aku.. tanpa mengajak untuk berbuat baik dan kembali kepadanya....???..jika aku benar bersalah......???

SAUDARA SEAGAMA DENGANKU...
terimalah setiap insan didunia dengan cara yang betul... sedangkan ISLAM itu sendiri mengajar kita supaya berbuat baik sesama manusia walaupun bukan seagama dengan kita kecuali mereka cuba untuk merosakkan serta meruntuhkan agama ALLAH. akan tetapi jika kau bercita-cita ingin menjadi semulia MUHAMMAD maka berdepanlah dengan mereka dan perbetulkan haluan hidup mereka walaupun kau diancam, dipukul, dihina....

SAUDARA SEDaRAH SEAGAMA DENGANKU...
lihatlah lebih mendalam tentang keindahan tuhan dan agama yang dikurniakannya...
kita dilahirkan sebagai KHALIFAH di muka bumi untuk memimpin, menjaga, menghormati, memanfaatkan sesama sendiri.... kita bukan sebagai seorang yang boleh meletakkan hukum pada orang lain... HUKUM ALLAH sudah TETAPKAN cuma kita perlaksanya sahaja...
JADI SAUDARA SEAGAMA DENGANKU
sesiapa sahaja boleh menjadi baik jika mereka mahu menjadi baik... jadi bimbinglah mereka bukan menjauhkan mereka....

P/S : JANGAN JADI BODOH SOMBONG SAUDARA...DAN JANGAN JADI PANDAI YANG KEDEKUT...JANGAN HANYA MENJAGA KESELAMATAN KELUARGAMU SAHAJA, TAPI KAU TERLUPA AKU JUGA TERGOLONG DALAM KELUARGAMU YANG BESAR....
DARIKU IKHLAS MENEGUR...
WAN

kaCAU Lagi....dan AKU mahu KEMbaLI...

petang tadi dia call aku... pakai no hp baru... aku angkat dan dengar suara.....terkejut...dia... letak telefon... aku sakit sebentar... call lagi...kali ini aku tenang menjawab... betul ke aku tenang...ntah aku tak tahu macam mana nak buat lenggok bahasa percakapan... aku jadi dungu... katanya mahu jumpa aku......eeeeeemmmmmmm..... aku seolah berat mahu katakan ya sedangkan hati aku meronta mahu.... jadi ya jawapan aku... sedar tak sedar aku rupa2nya menunggu kehadirannya... mungkin mengharap dapat berjumpa lagi... rindu mungkin yang memaksa aku.... kemudian setelah beberapa jam dia call lagi....suara aku masih aku tidak tahu bagaimana mahu lenggokkan... aku rindu...aku sayang... tapi suara lain yang keluar.... kemudian dia letak setelah pastikan aku mahu jumpanya dimana....... 2minit kemudian aku mendapat mesej yang menyatakan bahawa... perjumpaan itu tidak ditunaikan lagi....katanya aku seolah tidak mahu berjumpanya.... apa dia tak kenal aku yang tak sabar mahu jumpa dia selama ini...mungkin dia dah lupa aku... aku jadi marah pada diri sendiri... kenapa aku mahu membunuh jiwa aku... kenapa aku masih menunggu kehadirannya ketika itu.... kenapa aku mahu berjumpa dengannya lagi...kenapa jiwa aku tak dapat lupakan nya...

malam tadi aku ada persembahan makyong....apabila selesai persembahan... secara tidak sengaja mata aku mencari seseorang yang tiada disitu.... jiwa aku menjadi kacau oleh perbuatan aku tadi... aku tidak sengaja tetapi mungkin sudah biasa.....

DULU... kebiasaannya apabila aku habis sesuatu persembahan mata aku akan menilau mencari seseorang yang aku sayang... dan aku jumpa lalu aku akan lemparkan senyuman padanya dahulu... dan aku akan pergi padanya dengan manjaku yang kepenatan setelah berlakon di pentas.....kemudian kasihmanjaku akan berbalas....

TADI... adalah persembahan pertama yang aku terkena pada diri sendiri...sakit atas perbuatan sendiri....rindu pada kenangan....rindu pada seseorang....mungkin dia tidak tahu kasih aku masih melimpah....lepas kecewa atas perbuatan sendiri yang mahu mencari kenangan tadi... aku turun pentas dan menuju kebelakang dan aku merasa sunyi walaupun dalam keadaan ramai...

AKU MAHU DIA KEMBALI PADA AKU!!!!TUHAN!!!

Rabu, 17 Disember 2008

TeLeFon BerDering Yang Tak Dijawab...dan Aku Fikir....

lagu yesterday-The Beatles sebagai ringtone aku sering berbunyi seolah-olah dia memanggil aku dengan penuh manja.... dulu bila terdengar lagu yesterday, aku akan tersenyum untuk menjawab dan mencari telifon bimbit aku untuk menjawab dengan mesra walaupun kadang-kadang salamku disambut kemarahan olehnya...tapi sekarang ini bila bunyi lagu tu kat telefon aku.... aku jadi bodoh...jadi dungu.....jadi tak faham dengan diri sendiri....jadi semacam bahalol.... seperti aku berjumpa dengan orang yang tetiba nak bagi duit 50juta tapi aku diam tak mau menerima walaupun aku mau.... aku fikir..... kenapa... mengapa.... kenapa dan mengapa masih ada panggilan manja itu memanggil ku....aku fikir..... aku fikir... tetapi aku tak mendapat jawapan.... apa sebabnya.... berulang kali berdering menyanyikan lagu itu..... sekali...duakali....5kali... 6...7...sehari...2hari.... 3...4hari berlanjutan... aku tak faham... aku tak mahu fikir kenapa..... biarlah....mungkin jiwa aku tak mau sakit bila mendengar suara manjanya yang sebelum ini aku idam-idamkan dan aku percaya aku masih idamkannya....biarlah... cuma aku mau cakap... JAGALAH MARUAH DIRI DAN MARUAH KELUAGAMU....AKU PERNAH MERASAINYA DULU DAN IA SAKIT....JANGAN BIARKAN MAHKOTAMU DAN KULIT SUCIMU DISENTUH LAGI....KALAU KAU BIARKAN LAGI...... BODAH!!!!!

P/S : aku masih berfikir tentangnya dan aku rasa masih rasa kosong di ruang hati aku....sakit juga masih....sayang juga masih... aku tak mengerti...

Ahad, 14 Disember 2008

sambungan Hancur Dan Rosak Jiwa

setelah jiwa aku terlihat itu dengan kesakitan... sakit melihat ruang atau gelombang yang aku jaga agar tidak tembus dengan asap rokok yang menyebabkan perempuan aku lelah, telah dicabulnya sendiri dengan merelakan jantan itu menghembus asap itu sesuka hati ketika bersamanya.... maka aku menghantar sms yang berbunyi..."terima kasih sebab tipu" dan "tuhan dah tunjuk segalanya pada aku". maka meliarlah mata perempuan yang dulu aku sanjung itu mencari sesuatu.... bila dia terlihat aku, aku terus bergerak dengan sisa-sisa roh yang masih tinggal untuk tinggalkan tempat itu... sampai sahaja pada motor Kriss 2nd hand yang baru aku ambil, aku dengar suara yang panggil aku dengan nada yang tiada langsung kesalahan... aku pekakkan telinga dan aku kunci segala deria sentuhan agar aku dapat bergerak terus dan terus dan terus tinggalkan tempat itu...

setiap panggilan telefonnya aku biarkan tanpa berjawap.... lama...berulangkali....tetap deringan yang tidak berjawap....biar....

pada malam aku telah call dia untuk mintak penjelasan.... dia datang dan aku marah.... tanya aku beritahu sejujurnya pada aku.... jawabnya ya.... ada orang lain dan menyayanginya....dan ada lagi.....dan ada lagi......dan ada lagi rahsia yang dipecahkan...aku balik....dia balik....

5 dicember 2008, pagi, 1.30am.... aku dapat panggilan dari dia.... mintak aku supaya terimanya kembali kerana dia takut dengan jantan tersebut yang telah melakukan sesuatu yang kononnya yang perempuan itu tidak suka...... aku.....fikir...bertanya.....fikir...tanya.....fikir...tanya... aku pergi padanya dan terima kembali(bodoh tindakkan aku kauorang fikir)....aku terima...aku terima...aku terima...masih terima...

12 dicember 2008, malam, katanya mahu jumpa aku....katanya 8 malam.... kononnya ingin membuat keputusan semula kerana keputusan ingin kembali dulu dilakukan dengan paksaan aku.... FUCKOFFFFF!!!!!!....ASTAGA!!!
8 malam tunggu aku dibawah rumahnya yang mana ada keretanya tetapi tiada orang di rumah... maka aku tahu dengan siapakah dia......tindakkan aku?...aku tunggu.....tunggu....tunggu....tunggu....sebatang rokok.... 2 batang....3...4....8....10....14....16....sekotak rokok habis masih tak muncul.....nasib baik kedai surat khabar depan itu buka lagi.... boleh aku beli rokok.... merokok lagi.... dan lagi..... lagi.....muncul kereta Myvi warna hitam....dalam hati aku...oooo dia ada kereta Myvi, patutlah....aku ada Kriss 2nd hand sahaja.... nampak aku dia mencium tangan lelaki itu.... dan keluar dari kereta itu.... kereta pergi.... dia naik rumah...dan aku.... naik tangga yang satu lagi dan tunggu di depan rumahnya dahulu...dia sampai....nampak aku...dia senyum...FUCKOFFFF!!!!!
selepas itu biarlah antara aku dan dia sahaja yang tahu....tapi aku yang dengan tenang tinggalkan dia keseorangan yang sedang manangis....tak tahu sebab apa menangis... aku tidak mengasarinya... langsung tidak menyentuh tubuhnya...malah aku mintak dia jauh dari aku....mungkin aku sudah memukul kuat jiwanya, hatinya, perasaannya sehingga berdarah.... biarlah....
biarlah dia tahu bahawa jiwa aku sudah hancur dan rosak sebab perbuatan dia....
kau baru berdarah hati saja beb!!!(untuk perempuan itu)

P/S: kejujuran adalah penting bagi aku... biarlah apa yang kau mahu lakukan... baik... jahat.... haruslah berlaku dengan jujur....

Khamis, 11 Disember 2008

Hancur dan Rosak Jiwa

aku kembali kali ini membawa satu kegagalan yang menghancur jiwa dan merosak jiwa. kejadian pada 3 disember 2008. pukul 12.30 pm. jalan Yap Kwan Seng.


kawan, orang tua, cikgu, saudara, motivator, dan manusia lain berkata:
jangan kau menyanyangi orang yang kau cinta sepenuh hati, jangan kau mencintai orang yang kau sayang sepenuh hati, jangan kau memberi seluruh hati cinta sayang kau padanya. sebab kalau dia tinggalkan kau, kau akan kecewa teramat dan merana.

aku berkata:
pembohong. penipu. pembelit. mana ada sesuatu yang seperti itu..... teori kehidupan ada 2. ya.. ataupun tidak.. itu sahaja. mana ada cinta yang tak diberi sepenuh jiwa, ia mesti berlaku dengan sepenuh jiwa. kalau tidak berlaku dengan sepenuh jiwa dan hati, itu bukan cinta namanya...

pada waktu itu. saat itu. tempat itu. cahaya itu. angin itu. bunyi itu. keadaan itu. mata ini. mulut ini. otak ini. jiwa ini. hati ini. jasad ini. semangat ini. perasaan ini. dan situasi detik itu aku terhenti seperti mati. seperti mati yang ditembak di kepala ketika aku sedang ketawa dan letupan kuat tiba-tiba singgah di kepala aku dan tak sempat berkata apa-apa aku mati....kerana..
jiwa aku terlihat jiwa perempuan aku bersama dengan jiwa jantan lain seolah bercumbu, berpelukkan, meraba, nafsu rakus, merelakkan satu sama lain, di depan jiwa aku yang termati sejak tadi...

p/s :aku akan kembali sambung kisah ini....
maaf aku sakit ketika menulis ini jadi aku perlu berhenti...
aku akan kembali.

PemBaCa SeTia