"KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan IJAZAH Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Sekarang beliau merupakan penggiat seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengarah muda yang sangat berbakat yang telah mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pihak, antaranya, ASWARA telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi menjadi pengarah teater muzikal berkenaan tokoh besar negara ‘MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK (2008) – di Panggung Eksperimental Aswara’, manakala pengarah filem popular yang hebat dan terkenal, Erma Fatima juga memberikan berkali-kali kepercayaan kepada beliau dengan melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada pengarahnya, Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dengan pementasan ‘TEATER SIRAH JUNJUNGAN’, ‘SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA’ dan ‘TEATER NATRAH’. Khairunazwan Rodzy juga merupakan seorang pendidik yang baik, beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan reality tv ‘PILIH KASIH 1 dan 2’- RTM. Rasa kepercayaan kepada beliau layak diberi, ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater, antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘PEGAWAI KHALWAT (ASWARA)’ , ‘TEATER EKSPERIMENTAL – MANUSIA HINA (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (aswara)’, ‘No Exit (aswara)’, ‘Romeo dan Juliet (Aswara)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (Aswara)’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka(mtc)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (aswara. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASAWARA)’ , ‘Projek koken – pokok kelapa sayang (stor dbp)’, ‘projek koken – tanda – ikan paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (stor Dbp)' , ‘POKOK KELAPA SAYANG (UM, SOLARIS, ASWARA)’ , ‘MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam teater, beliau juga merupakan guru teater, serta jurulatih lakonan di sekitar Kuala Lumpur."

-garapan PeTA-

Khamis, 18 Disember 2008

kaCAU Lagi....dan AKU mahu KEMbaLI...

petang tadi dia call aku... pakai no hp baru... aku angkat dan dengar suara.....terkejut...dia... letak telefon... aku sakit sebentar... call lagi...kali ini aku tenang menjawab... betul ke aku tenang...ntah aku tak tahu macam mana nak buat lenggok bahasa percakapan... aku jadi dungu... katanya mahu jumpa aku......eeeeeemmmmmmm..... aku seolah berat mahu katakan ya sedangkan hati aku meronta mahu.... jadi ya jawapan aku... sedar tak sedar aku rupa2nya menunggu kehadirannya... mungkin mengharap dapat berjumpa lagi... rindu mungkin yang memaksa aku.... kemudian setelah beberapa jam dia call lagi....suara aku masih aku tidak tahu bagaimana mahu lenggokkan... aku rindu...aku sayang... tapi suara lain yang keluar.... kemudian dia letak setelah pastikan aku mahu jumpanya dimana....... 2minit kemudian aku mendapat mesej yang menyatakan bahawa... perjumpaan itu tidak ditunaikan lagi....katanya aku seolah tidak mahu berjumpanya.... apa dia tak kenal aku yang tak sabar mahu jumpa dia selama ini...mungkin dia dah lupa aku... aku jadi marah pada diri sendiri... kenapa aku mahu membunuh jiwa aku... kenapa aku masih menunggu kehadirannya ketika itu.... kenapa aku mahu berjumpa dengannya lagi...kenapa jiwa aku tak dapat lupakan nya...

malam tadi aku ada persembahan makyong....apabila selesai persembahan... secara tidak sengaja mata aku mencari seseorang yang tiada disitu.... jiwa aku menjadi kacau oleh perbuatan aku tadi... aku tidak sengaja tetapi mungkin sudah biasa.....

DULU... kebiasaannya apabila aku habis sesuatu persembahan mata aku akan menilau mencari seseorang yang aku sayang... dan aku jumpa lalu aku akan lemparkan senyuman padanya dahulu... dan aku akan pergi padanya dengan manjaku yang kepenatan setelah berlakon di pentas.....kemudian kasihmanjaku akan berbalas....

TADI... adalah persembahan pertama yang aku terkena pada diri sendiri...sakit atas perbuatan sendiri....rindu pada kenangan....rindu pada seseorang....mungkin dia tidak tahu kasih aku masih melimpah....lepas kecewa atas perbuatan sendiri yang mahu mencari kenangan tadi... aku turun pentas dan menuju kebelakang dan aku merasa sunyi walaupun dalam keadaan ramai...

AKU MAHU DIA KEMBALI PADA AKU!!!!TUHAN!!!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kerana sumpah untuk meninggalkanmu...aku terseksa

Tanpa Nama berkata...

..kebodohan apakah ini!!!..
belenggu antara CINTA Tuhan dan cinta manusia..
sesat!!

25tahunPada2010 berkata...

Ya Allah...sesungguhnya siapa yang berkata SESAT atas kesakitan ujian yang kau berikan ini,dia adalah bukan seorang manusia tetapi adalah sesuatu yang tiada perasaan... saudara seagama dengan ku.... ujian yang aku lalui ini adalah satu kesakitan yang indah dimana aku telah sedar dimana INDAHnya NIKMAT CINTA YANG DIKURniakan ALLAH....lalu kesakitan itu ada keindahan kerana ujian berlaku keatasan diriku kerana sayang dan cintanya ALLAH pada aku supaya dapat mengenangkan CINTA ku pada ALLAH...
SAUDARA SEDARAH SEAGAMA KU.., jangan terlalu cepat melabelkan sesuatu perkara dengan kejam...Jangan membuang yang busuk sebelum menilai ada yang baik didalam busuk itu dan masih boleh di elokkan..... terimalah semua orang dan saling betul dan memperbetulkan....setiap manusia tidak sempurna...NASIHAT KEPADA MU...MUNGKIN KAU TELAH MEMBUANGKU SATU KETIKA DULU DENGAN TERSALAH TAFSIR DIRIKU......

PemBaCa SeTia