"KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan IJAZAH Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Sekarang beliau merupakan penggiat seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengarah muda yang sangat berbakat yang telah mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pihak, antaranya, ASWARA telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi menjadi pengarah teater muzikal berkenaan tokoh besar negara ‘MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK (2008) – di Panggung Eksperimental Aswara’, manakala pengarah filem popular yang hebat dan terkenal, Erma Fatima juga memberikan berkali-kali kepercayaan kepada beliau dengan melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada pengarahnya, Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dengan pementasan ‘TEATER SIRAH JUNJUNGAN’, ‘SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA’ dan ‘TEATER NATRAH’. Khairunazwan Rodzy juga merupakan seorang pendidik yang baik, beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan reality tv ‘PILIH KASIH 1 dan 2’- RTM. Rasa kepercayaan kepada beliau layak diberi, ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater, antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘PEGAWAI KHALWAT (ASWARA)’ , ‘TEATER EKSPERIMENTAL – MANUSIA HINA (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (aswara)’, ‘No Exit (aswara)’, ‘Romeo dan Juliet (Aswara)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (Aswara)’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka(mtc)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (aswara. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASAWARA)’ , ‘Projek koken – pokok kelapa sayang (stor dbp)’, ‘projek koken – tanda – ikan paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (stor Dbp)' , ‘POKOK KELAPA SAYANG (UM, SOLARIS, ASWARA)’ , ‘MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam teater, beliau juga merupakan guru teater, serta jurulatih lakonan di sekitar Kuala Lumpur."

-garapan PeTA-

Khamis, 18 Disember 2008

SESAT-kata ORanG ItU pada AKu...SAUdara TERIMAlah semua manusia dan perBETULkan jangan BUANGnya...

SAUDARA SEAGAMA DENGANKU....
apabila kita menerima ujian daripada NYA maka kita perlu menerimanya dengan tabah dan berserah kepadanya...ya itu adalah benar....tetapi sebagai manusia yang dikurniakan perasaan kita jua merasa sakit atas ujian yang diberikan...jika tiada rasa kesakitan itu maka mungkin tiada kesedaran yang akan berlaku pada diri kita....
meletakkan SESAT atas apa yang terjadi padaku adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab....kerana dikau terus menghukum dan melabelkan itu tanpa menanya dan mengambil tahu menahu didalam kejadian dan kisah. lau dikau telah menyatakan sesat padaku....dan meninggalkan aku dengan gelaran SESAT yang kau gelarkan pada aku.. tanpa mengajak untuk berbuat baik dan kembali kepadanya....???..jika aku benar bersalah......???

SAUDARA SEAGAMA DENGANKU...
terimalah setiap insan didunia dengan cara yang betul... sedangkan ISLAM itu sendiri mengajar kita supaya berbuat baik sesama manusia walaupun bukan seagama dengan kita kecuali mereka cuba untuk merosakkan serta meruntuhkan agama ALLAH. akan tetapi jika kau bercita-cita ingin menjadi semulia MUHAMMAD maka berdepanlah dengan mereka dan perbetulkan haluan hidup mereka walaupun kau diancam, dipukul, dihina....

SAUDARA SEDaRAH SEAGAMA DENGANKU...
lihatlah lebih mendalam tentang keindahan tuhan dan agama yang dikurniakannya...
kita dilahirkan sebagai KHALIFAH di muka bumi untuk memimpin, menjaga, menghormati, memanfaatkan sesama sendiri.... kita bukan sebagai seorang yang boleh meletakkan hukum pada orang lain... HUKUM ALLAH sudah TETAPKAN cuma kita perlaksanya sahaja...
JADI SAUDARA SEAGAMA DENGANKU
sesiapa sahaja boleh menjadi baik jika mereka mahu menjadi baik... jadi bimbinglah mereka bukan menjauhkan mereka....

P/S : JANGAN JADI BODOH SOMBONG SAUDARA...DAN JANGAN JADI PANDAI YANG KEDEKUT...JANGAN HANYA MENJAGA KESELAMATAN KELUARGAMU SAHAJA, TAPI KAU TERLUPA AKU JUGA TERGOLONG DALAM KELUARGAMU YANG BESAR....
DARIKU IKHLAS MENEGUR...
WAN

Tiada ulasan:

PemBaCa SeTia