"KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan IJAZAH Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Sekarang beliau merupakan penggiat seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengarah muda yang sangat berbakat yang telah mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pihak, antaranya, ASWARA telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi menjadi pengarah teater muzikal berkenaan tokoh besar negara ‘MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK (2008) – di Panggung Eksperimental Aswara’, manakala pengarah filem popular yang hebat dan terkenal, Erma Fatima juga memberikan berkali-kali kepercayaan kepada beliau dengan melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada pengarahnya, Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dengan pementasan ‘TEATER SIRAH JUNJUNGAN’, ‘SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA’ dan ‘TEATER NATRAH’. Khairunazwan Rodzy juga merupakan seorang pendidik yang baik, beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan reality tv ‘PILIH KASIH 1 dan 2’- RTM. Rasa kepercayaan kepada beliau layak diberi, ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater, antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘PEGAWAI KHALWAT (ASWARA)’ , ‘TEATER EKSPERIMENTAL – MANUSIA HINA (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (aswara)’, ‘No Exit (aswara)’, ‘Romeo dan Juliet (Aswara)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (Aswara)’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka(mtc)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (aswara. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASAWARA)’ , ‘Projek koken – pokok kelapa sayang (stor dbp)’, ‘projek koken – tanda – ikan paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (stor Dbp)' , ‘POKOK KELAPA SAYANG (UM, SOLARIS, ASWARA)’ , ‘MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam teater, beliau juga merupakan guru teater, serta jurulatih lakonan di sekitar Kuala Lumpur."
-garapan PeTA-
Isnin, 22 Disember 2008
KesiBukkan!!! WoooOO!!!
sudahlah... lupakan kisah itu dulu... sejak kebelakangan ini sehingga bulan 3 depan aku amat sibuk dengan perkerjaan yang akan aku muliakan pada orang yang mengkejinya ini.. iaitu Teater. terdapat 5 buah teater yang perlu aku kerjakan... aku tahu ia nampak terlalu tamak untuk melakukan semua dalam satu masa yang sama sedangkan teater itu sendiri perlukan ruang masa untuk prosesnya... selalunya aku menolak semuanya untuk mencari ruang untuk satu itu tetapi sekarang aku ingin merasa bagaimana kalau aku mencari ruang untuk lima. mungkin perkara ini terjadi sebab aku perlukan duit untuk bayar duit pengajian aku sekarang... tapi tidak mengapa kesibukkan ini kerena aku suka akan kesibukkan...kerana ia mungkin juga rezeki...dan mungkin aku akan rindukan saat ini....
sejak kebelakangan ini juga aku amat rindukan mama, abah, adik beradik dan juga orang tersayang itu... rindu untuk ketawa bersama, gurau bersama, berkelah bersama, makan bersama, dan segala perbuatan bersama... aku rasa mereka ini adalah kebahagiaan yang tuhan beri kepada aku...dan aku perlu jaga dan menghargai mereka semua...
YA ALLAH AKU MENSYUKURI NIKMAT YANG KAU BERI... YA ALLAH YA TUHAN KU BAHAGIAKAN LAH MEREKA SEMUA DAN JADIKANLAH AKU ORANG YANG SENTIASA MENGHARGAI DAN MEMBAHAGIAKAN MEREKA!!! TUHAN KEMBALIKAN NAJWA KEPADA AKU! AMIN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan