"KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan IJAZAH Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Sekarang beliau merupakan penggiat seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengarah muda yang sangat berbakat yang telah mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pihak, antaranya, ASWARA telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi menjadi pengarah teater muzikal berkenaan tokoh besar negara ‘MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK (2008) – di Panggung Eksperimental Aswara’, manakala pengarah filem popular yang hebat dan terkenal, Erma Fatima juga memberikan berkali-kali kepercayaan kepada beliau dengan melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada pengarahnya, Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dengan pementasan ‘TEATER SIRAH JUNJUNGAN’, ‘SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA’ dan ‘TEATER NATRAH’. Khairunazwan Rodzy juga merupakan seorang pendidik yang baik, beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan reality tv ‘PILIH KASIH 1 dan 2’- RTM. Rasa kepercayaan kepada beliau layak diberi, ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater, antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘PEGAWAI KHALWAT (ASWARA)’ , ‘TEATER EKSPERIMENTAL – MANUSIA HINA (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (aswara)’, ‘No Exit (aswara)’, ‘Romeo dan Juliet (Aswara)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (Aswara)’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka(mtc)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (aswara. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASAWARA)’ , ‘Projek koken – pokok kelapa sayang (stor dbp)’, ‘projek koken – tanda – ikan paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (stor Dbp)' , ‘POKOK KELAPA SAYANG (UM, SOLARIS, ASWARA)’ , ‘MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam teater, beliau juga merupakan guru teater, serta jurulatih lakonan di sekitar Kuala Lumpur."
-garapan PeTA-
Sabtu, 4 April 2009
AnTaRa DuA!!!
apa korbankah percintaan? apa korbankah kesetiaan? mengapa aku masih diduga dan terus diperuji, sedangkan semua telah ku bukti.... hingga tersisih diri sendiri!
kekasih yang menghuni di dasar hati, apa mampu ku usir hingga pergi.... belum sempat di usapi belai rindu kasih ini, percintaan tergugur mati....
apa korbankah kesetiaan? apa korbankah percintaan? mengapa aku masih diduga dan terus diperuji, sedangkan cinta telah ku rasai.... hingga tergelam diri sendiri!
bagaimanakah harus ku menyatakan pada dirinya..., setia yang ku hadapkan sedangkan cinta harus ku butakan.
5 ulasan:
tak bleh blah... lagu pGL yang ko tarukKk!@!
Bukan niat untuk ku menipu pada dirimu
Tak perlu kau fikir beban hidupmu
Bila kau sedari ceritaku yang sedih itu
Semuanya palsu belaka
Bukan niat untuk ku mengelak menjauhkanmu
Itu hanyalah rancanganku
Pasti kau fahami seandainya bisa kau tahu
Ada udang di sebalik batu
Terlalu lamakah hubungan yang kita bina
Seperti kau tahu ku pasang dua
Bukannya mudah melakukan segalanya
Untuk pastikan semuanya rahsia
Di sini aku meluahkan
Di sana aku permainkan
Tapi kedua-duanya istimewa bagiku
Di sini membahagiakan
Di sana tersangatlah tampan(cun lah)
Sukarnya bagiku untuk melupakan keduanya
ye ye ye ye ye ye Antara dua..
(lirik lagu antara dua - farah AF)
pergilah pada cinta barumu kerana kekasih yang sedia ada kau tidak merasai cinta lagi padanya... bukan cinta tapi kesetiaan dan kejujuran yang kau dah tanam dalam jiwamu...aku rela, semua rela dan alam akan rela..
ada masa lapang tolong baca e-mail abg..dewi hanan
no comment!!
Catat Ulasan