"KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan IJAZAH Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Sekarang beliau merupakan penggiat seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengarah muda yang sangat berbakat yang telah mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pihak, antaranya, ASWARA telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi menjadi pengarah teater muzikal berkenaan tokoh besar negara ‘MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK (2008) – di Panggung Eksperimental Aswara’, manakala pengarah filem popular yang hebat dan terkenal, Erma Fatima juga memberikan berkali-kali kepercayaan kepada beliau dengan melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada pengarahnya, Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dengan pementasan ‘TEATER SIRAH JUNJUNGAN’, ‘SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA’ dan ‘TEATER NATRAH’. Khairunazwan Rodzy juga merupakan seorang pendidik yang baik, beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan reality tv ‘PILIH KASIH 1 dan 2’- RTM. Rasa kepercayaan kepada beliau layak diberi, ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater, antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘PEGAWAI KHALWAT (ASWARA)’ , ‘TEATER EKSPERIMENTAL – MANUSIA HINA (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (aswara)’, ‘No Exit (aswara)’, ‘Romeo dan Juliet (Aswara)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (Aswara)’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka(mtc)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (aswara. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASAWARA)’ , ‘Projek koken – pokok kelapa sayang (stor dbp)’, ‘projek koken – tanda – ikan paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (stor Dbp)' , ‘POKOK KELAPA SAYANG (UM, SOLARIS, ASWARA)’ , ‘MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam teater, beliau juga merupakan guru teater, serta jurulatih lakonan di sekitar Kuala Lumpur."
-garapan PeTA-
Selasa, 14 April 2009
MaAf BuAt YaNg sAkiT DaN DisAkiTi.
aku tahu sakit.... aku tahu semua orang pernah mengalami sakit itu... setiap wajib merasa kesakitan itu... dan kita tahu bagaimana rasa sakit itu...
jadi kita patut lebih memahami kesakitan itu... jangan di keji orang yang sakit... dan orang yang menyakiti mu... kerana orang yang menyakiti mu itu juga pernah rasa kesakitan itu...
tiada guna permusuhan juga pendendaman berlarutan... relakan sahaja... ada ketentuan tuhan serta ada hadiah buat mu nanti...
yang sudah banyak makan garam.... dan bangga dengan kepahitan garam yang dirasakan dan ditelan dulu.... janganlah menyindir yang pada yang baru merasa kepahitan garam yang sama kau rasa dulu...
ingatlah, bahawa selagi hidup kita masih bernyawa dibumi tuhan maka selagi itulah banyak lagi jenis garam yang kau akan telan....
mengusik boleh tapi jangan sampai pula yang baru merasa garam itu meludah semula garam dan berputus asa... ingan kita patut membenarkan dia merasa garam itu sehingga kenal bagai mana luasnya pantai bertahan dengan pukulan ombak garam di dadanya setiap detik dan masa....
1 ulasan:
check e-mail anda.tq.dh
Catat Ulasan