"KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan IJAZAH Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Sekarang beliau merupakan penggiat seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengarah muda yang sangat berbakat yang telah mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pihak, antaranya, ASWARA telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi menjadi pengarah teater muzikal berkenaan tokoh besar negara ‘MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK (2008) – di Panggung Eksperimental Aswara’, manakala pengarah filem popular yang hebat dan terkenal, Erma Fatima juga memberikan berkali-kali kepercayaan kepada beliau dengan melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada pengarahnya, Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dengan pementasan ‘TEATER SIRAH JUNJUNGAN’, ‘SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA’ dan ‘TEATER NATRAH’. Khairunazwan Rodzy juga merupakan seorang pendidik yang baik, beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan reality tv ‘PILIH KASIH 1 dan 2’- RTM. Rasa kepercayaan kepada beliau layak diberi, ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater, antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘PEGAWAI KHALWAT (ASWARA)’ , ‘TEATER EKSPERIMENTAL – MANUSIA HINA (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (aswara)’, ‘No Exit (aswara)’, ‘Romeo dan Juliet (Aswara)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (Aswara)’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka(mtc)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (aswara. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASAWARA)’ , ‘Projek koken – pokok kelapa sayang (stor dbp)’, ‘projek koken – tanda – ikan paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (stor Dbp)' , ‘POKOK KELAPA SAYANG (UM, SOLARIS, ASWARA)’ , ‘MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam teater, beliau juga merupakan guru teater, serta jurulatih lakonan di sekitar Kuala Lumpur."

-garapan PeTA-

Jumaat, 17 April 2009

BuAt KiTa....

Bagiku dalam medan cinta. Tak siapa menang atau kalah. Yang ada hanya rindu dan lara. Andainya tak siapa yang beralah. Berbalah bukanlah sengketa. Hanya rahmat Tuhan buat kita. Supaya jadi lebih mesra. Antara kita nanti tiada lagi. Jurang yang memisah. Demi satu jiwa. Satu alunan irama. Melamar kasih seharum mawar. Demi satu jiwa. Satu impian yang indah. Mencipta hari. yang paling sempurna. Bagiku dalam medan cinta. Tak siapa gagah aatu lemah. Yang ada hanya keluh dan resah. Andainya tak siapa yang percaya. Segala punyai natijah. Dari niat hingga gerak langkah. Cemburu juga buruk sangka. Sekelip mata kita terleka. Lalu di rundung kecewa. Jangan sesekali. Kau anggapkan wahai kasih. Kata-kata rayuanku. Hanya mainan alasanku. Menjeratmu. Supaya jadi lebih mesra Antara kita nanti tiada lagi. Jurang yang memisah.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

A'kum abg..
Hentikanlah sedihmu, dukamu, kecewamu..aku sudah memaafkan mu dan sentiasa mendoakanmu. Bait-bait sedihmu menganggu ketenanganku. Abaikan dewilara..dia sengaja kucipta untuk mencari ketenangan ku sendiri.Jangan lagi abang bersedih.Cahaya itu kepunyaan abang.kita sama-sama berkongsi cahaya.Bangunlah balik dalam sebuah semangat juang yang lebih teguh. Abaikan nista orang-orang yang membencimu.Jagalah hati-hati yang menyayangimu.Jika kau bersedih ada wajah yang sentiasa boleh mengembirakanmu.Lihatlah dia walau dari jauh.Tentang cintamu,kau jangan biar ia membunuhmu lagi.Tetapkan hati.Aku sentiasa mendoakan mu.Kepada yang telah memilikimu,usah khuatir.Dia sudah tidak merajai.Jangan diganggu dia dengan keraguanmu.Jika lelaki ini mengkhianati, itu adalah kerana masa mudanya masih ada untuk dikecapi.Seru mu masih ada sehingga terpanggil untuk aku tampil.Namun kali ini biarlah untuk sekiannya.Jangan ada lagi bait-bait duka.Kekesalan tidak akan merubah apa-apa selagi kau biarkan ianya menguasai dirimu.Walau ada hati-hati yang pernah terluka akibat cinta silam mu maka ketahuilah, hati-hati itu telah dihibur dan ditenangkan oleh yang Maha Mengasihani.Ayuh..Jangan ikutkan hati lagi. Aku permisi diri. CCZ

azura berkata...

lupakan je...jangan pk k..

NoR NaJwA berkata...

salam...

abang, siapa 'b' ni? nape emosinya macam tu... ?

abang, jangan lupa buat assigment and baca buku coz exam dah nak dekat sangat. hope, u dapat 3 pointer lagi k.... kita sama-sama mesti dapat the best.

PemBaCa SeTia