"KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan IJAZAH Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Sekarang beliau merupakan penggiat seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengarah muda yang sangat berbakat yang telah mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pihak, antaranya, ASWARA telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi menjadi pengarah teater muzikal berkenaan tokoh besar negara ‘MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK (2008) – di Panggung Eksperimental Aswara’, manakala pengarah filem popular yang hebat dan terkenal, Erma Fatima juga memberikan berkali-kali kepercayaan kepada beliau dengan melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada pengarahnya, Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dengan pementasan ‘TEATER SIRAH JUNJUNGAN’, ‘SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA’ dan ‘TEATER NATRAH’. Khairunazwan Rodzy juga merupakan seorang pendidik yang baik, beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan reality tv ‘PILIH KASIH 1 dan 2’- RTM. Rasa kepercayaan kepada beliau layak diberi, ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater, antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘PEGAWAI KHALWAT (ASWARA)’ , ‘TEATER EKSPERIMENTAL – MANUSIA HINA (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (aswara)’, ‘No Exit (aswara)’, ‘Romeo dan Juliet (Aswara)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (Aswara)’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka(mtc)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (aswara. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASAWARA)’ , ‘Projek koken – pokok kelapa sayang (stor dbp)’, ‘projek koken – tanda – ikan paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (stor Dbp)' , ‘POKOK KELAPA SAYANG (UM, SOLARIS, ASWARA)’ , ‘MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam teater, beliau juga merupakan guru teater, serta jurulatih lakonan di sekitar Kuala Lumpur."

-garapan PeTA-

Isnin, 30 Jun 2008

Ke Revolusi Jiwa

KeseDaraN DirI AkU untuk menghidupkan hidup aku dalam dunia apungan-dunia internet ini, merasakan satu kekuatan baru untuk menjadi manusia yang lebih manusia, yang lebih bermaruah, yang lebih berjiwa, yang lebih ingatan, yang lebih positif yang selama ini semakin hilang maruah dan kejatuhan ego yang merudum. Sebab aku membuka ruang ini sengaja mahu kongsi segala diri aku untuk muhasabah diri serta mencatat perkara yang kedepan yang bakal aku lakukan sebab kebanyakkan kejadian kebelakang semakin aku lupakan…. Apa yang baik, jahat, seronok, sedih, nak hidup, nak mati, musuh, kawan, aneh, pelik, suka, meluat, dendam, hutang, orang hutang aku, ilmu, cikgu, rumah lama, perasaan cinta yang pertama, perasaan benci yang pertama, haram, halal, kena tangkap, kena pukul, bergaduh, bermanja, dosa pada mak, dosa pada abah, dosa pada Allah, dan banyak benda lagi, ini yang aku ingat nak tulis apa yang aku lalui, yang aku tak ingat berapa ntah juta lagi… mungkin jutaan juga yang aku dah lupakan.

Ada beberapa kejadian atau perkara yang kita ingat atau teringat sampai bila-bila, mungkin sampai mati, mungkin juga akan diungkit semula oleh malaikat apabila kita disoal semasa hari perhitungan nanti. Kejadian yang terpaksa kita ingat itu sudah tentu memberi satu pukulan yang kuat pada jiwa kita sampai melekat tetap dalam otak fikiran kita biarpun kita suka atau tak suka…. Tapi pada perkara atau kejadian yang 'biasa', 'kecil', 'takdehal', 'pejam mata jer', ataupun kejadian 'boleh settle punya' pula kita ambil mudah serta biarkan ia kita lupakan tanpa berfikir mengenainya… Kata aku, kejadian yang besar yang beri kesan kat jiwa tadi adalah daripada kejadian-kejadian kecil yang kita lakukan… ia sama seperti anugerah, balasan ataupun hukuman kalau kita suka sebut. Perkara-perkara yang kecil yang selalu kita lupakan itulah yang sebenarnya merosakan jiwa serta hidup kita sikit demi sikit…. Sama macam dosa kecil 'yang kita kira halal itu' lama kelamaan telah terhimpun menjadi besar. Ataupun macam kau nak jadi kaya, maka kau tak boleh terus jadi kaya tapi perlu step by step melalui kejayaan kecil demi kejayaan kecil, jadi terkumpulnya kejayaan kecil tadi akan terhasil sebuah kejayaan serta kekayaan yang kau mahu tadi... Fikir balik tengok………

Misi aku adalah untuk mencatat segala perubahan jiwa serta hidup aku dari masa ke semasa. Aku membuka serta mengharap teguran serta cadangan untuk aku sekiranya pembaca tersedar bahawa aku tersasar, terpesong, termati, tersilap dari landasan sebenarnya… segala pertukaran pendapat juga akan aku terima… segala hormat jadikanlah diri aku sebagai bahan eksperimen dalam kehidupan… dan projek ini aku namakan Ke RevoLusI JiwA….

PemBaCa SeTia