"KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan IJAZAH Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Sekarang beliau merupakan penggiat seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengarah muda yang sangat berbakat yang telah mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pihak, antaranya, ASWARA telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi menjadi pengarah teater muzikal berkenaan tokoh besar negara ‘MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK (2008) – di Panggung Eksperimental Aswara’, manakala pengarah filem popular yang hebat dan terkenal, Erma Fatima juga memberikan berkali-kali kepercayaan kepada beliau dengan melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada pengarahnya, Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dengan pementasan ‘TEATER SIRAH JUNJUNGAN’, ‘SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA’ dan ‘TEATER NATRAH’. Khairunazwan Rodzy juga merupakan seorang pendidik yang baik, beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan reality tv ‘PILIH KASIH 1 dan 2’- RTM. Rasa kepercayaan kepada beliau layak diberi, ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater, antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘PEGAWAI KHALWAT (ASWARA)’ , ‘TEATER EKSPERIMENTAL – MANUSIA HINA (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (aswara)’, ‘No Exit (aswara)’, ‘Romeo dan Juliet (Aswara)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (Aswara)’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka(mtc)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (aswara. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASAWARA)’ , ‘Projek koken – pokok kelapa sayang (stor dbp)’, ‘projek koken – tanda – ikan paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (stor Dbp)' , ‘POKOK KELAPA SAYANG (UM, SOLARIS, ASWARA)’ , ‘MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam teater, beliau juga merupakan guru teater, serta jurulatih lakonan di sekitar Kuala Lumpur."

-garapan PeTA-

Rabu, 22 Disember 2010

aKiBat LoGik Mu, KaU SesATkAn AkU.

mudahnya logikmu menyatakan aku sesat. mudahnya logikmu menghukum aku sesat, katamu sesat mencari cahaya, siapa kamu untuk menyatakan aku sesat... siapa kamu mahu menghukumi dan menyatakan perintah. mudah kamu hukumi aku semudah kamu merampas kuasa maha kuasa... tika sesat kamu kata perjalanku tika itu kamu sudah jauh aku tinggalkan dalam kejahilan yang takut. aku bergerak.. waima sesat pun pasti aku mahu mencari kebenaran... ayuh orang yang menyatakan aku sesat.... sertailah aku... supaya kau tidak terus takut dalam jahil yang jahanam!!

Selasa, 14 Disember 2010

mAhu AkHiRkAn Di SiNi...

























Penilaian Tahun Akhir Ijazah Sarjana Muda
PeTA 2010
19 Disember 2010
Panggung Eksperimental
ASWARA
8.30 malam
MASUK PERCUMA

PemBaCa SeTia