"KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan IJAZAH Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Sekarang beliau merupakan penggiat seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengarah muda yang sangat berbakat yang telah mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pihak, antaranya, ASWARA telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi menjadi pengarah teater muzikal berkenaan tokoh besar negara ‘MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK (2008) – di Panggung Eksperimental Aswara’, manakala pengarah filem popular yang hebat dan terkenal, Erma Fatima juga memberikan berkali-kali kepercayaan kepada beliau dengan melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada pengarahnya, Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dengan pementasan ‘TEATER SIRAH JUNJUNGAN’, ‘SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA’ dan ‘TEATER NATRAH’. Khairunazwan Rodzy juga merupakan seorang pendidik yang baik, beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan reality tv ‘PILIH KASIH 1 dan 2’- RTM. Rasa kepercayaan kepada beliau layak diberi, ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater, antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘PEGAWAI KHALWAT (ASWARA)’ , ‘TEATER EKSPERIMENTAL – MANUSIA HINA (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (aswara)’, ‘No Exit (aswara)’, ‘Romeo dan Juliet (Aswara)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (Aswara)’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka(mtc)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (aswara. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASAWARA)’ , ‘Projek koken – pokok kelapa sayang (stor dbp)’, ‘projek koken – tanda – ikan paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (stor Dbp)' , ‘POKOK KELAPA SAYANG (UM, SOLARIS, ASWARA)’ , ‘MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam teater, beliau juga merupakan guru teater, serta jurulatih lakonan di sekitar Kuala Lumpur."

-garapan PeTA-

Isnin, 30 Ogos 2010

RevoLuTion StaGe... Api MeNyaLa LaGi..

Api yang ada padaku, api yang ada padamu, api yang ada pada dia, api yang ada pada kita semua suatu ketika dulu.... api yang hebat bercahaya emas gemilang.... namun sesudah itu... api itu tiada lagi pada kalian, kalian mencari api baru untuk menumpang cahayanya..... pada aku api itu maseh ada, hanya aku simpan dihati bagi mematangkan api agar bakarnya ia nanti bisa bakar yang sempurna, bukan bakar yang membuta.....

kini api dihati aku ini makin matang, makin bijak membakar, makin sempurna dipakai, selama tiga tahun aku mengawal api ini, menempuh air tangis, menempuh caci uji, merela kini guna curi, segala matangkan diri...... api sudah bisa menyala terang..... api yang sedia untuk berjuang....

kalian aku pinta izinkan aku bawa api ini bersama api yang baru.... kerana aku lihat kalian semakin selesa dengan api yang kalian tumpang itu.... izinkan aku kemudinya seorang... kerana ini satu perjuangan maka aku tak mahu susahkan kalian.... dan juga aku mahu mulakan berseorangan seperti dulu mulanya sebelum kalian tiba...

kini api baru sudah ku temui, bagi semangat!!! doakan perjuangan api-api kami yang baru ini bagi menjadi satu pembakaran besar-besaran di seluruh mega!!!!

Sabtu, 28 Ogos 2010

PiSah RamaDhan

langit itu gelap
bila akal tercerna
saat ini kalam bicara
tika jiwa mula menolak
yang ada hanya nafsu
yang wujud hanya aku
yang mati hanya kamu.

langit bernada cerah
akal mula tangkap
kalam tiba kedu
jiwa rengek sunyi
yang ada kenang manja
yang wujud hanyawajahmu
yang mati adalah aku.

langit tatapan mendatang
doakan aku senyum
rayukan bahagia doaku
untukmu segala terbaik
bintang-bintang harapan sinarlah renungkanku
lapisan awan selimutlah pilu pisah
malaikat tiuplah tenang dijiwa aku dan kamu
aku dan kamu ialah satu maka kamu itu aku
pujuk kembalilah pada asalku.

Ahad, 15 Ogos 2010

Sakinah bt Abdan - Mama... BuLan PuaSa BuAt RinDuku Makin..

hari ini adalah puasa yang ke lima.... rindu buat mama yang selalu ada bila bulan puasa menjelma... rindu pada sibuknya mama sedang memasak, rindunya pada masakkan mama, rindunya pada bunyi mama bangun pagi untuk hangatkan makanan berbuka utk sahur, rindunya pada mama kejutkan kami adik beradik bangun sahur, rindunya pada kelam kabut kita bersama kerna lewat sahur, rindunya pada makanan yang bersama kita mengeluh sebab membazir, rindu saat mama gembira melihat anak-anak makan... rindunya pada mama... rindu....

buat mama,
mama wan nak ucapkan terima kaseh yang yak terhingga kerana melahirkan wan, dan menjaga wan sehingga menjadi seorg insan yang hebat kini... mama wan tahu wan banyak buat mama terasa, terluka, menangis... wan minta maaf... mama tahu, wan selalu rindukan mama, rindukan mama berbual dgn wan rindukan mama beri prihatian kat wan.... mama wan sayang mama sgt2!!

Sakinah Bt Abdan,
nama mama ku, syukur nya tak terkira dilahirkan oleh ibu sprti dirinya... di sini aku mahu buat perakuan yang aku memang anak mak... sebab aku ni manja, manja dengan mama, sebab segala masalah mama org pertama aku bagi tahu...

waktu kali terakhir aku balik kampung hari tu... tetiba satu perasaan menyelubungi aku, mama waktu itu kena pergi kursus, naik flight, aku hantar mama pagi tu ke lapangan terbang, dalam kreta, mama seperti biasa sama mcm dulu kelam kelibut, kalut, terkejar-kejar masa, takut terlambat, aku tahu mama memang tak suka lambat, mama memang seorang yang patuh pada janji, aku cuma diam melihat mama... waktu kelam kabut mama itu, tetiba dalam naluri dalam ku, dalam jiwa perasaanku, terpukul oleh satu kenangan ketika aku waktu sekolah rendah, - kelamkabut, pagi kelam kabut itu kakak, aku, adik aku semuanya bersiap nak keluar satu kereta untuk pergi sekolah, mama dan abah hantar kami dan lepas tu mama abah pergi kerja. - suasan itu menyingah sebentar bila melihat kelam kabut mama, aku seperti mahu menangis... ya aku rindukan mama, memang aku rindukan mama....

sampai saja kat airport.... bila mama nak masuk ke ruangan penerbangan aku peluk mama, cium mama, aku tahu aku rindu mama... tapi mama kena pergi kerja...

bila aku balik aku berdoa, ya Allah, selmatkan perjalanan mama pergi dan balik kerna aku tak puas jumpa mama... selepas aku berdoa, aku teringat kata-kata mama, "wan puas sembang dgn wan, tak puas duduk dengan wan ni, wan nak balik KL dah... balik lewat sikit lah...." Ya Allah, aku sedar mama pun selama ini tak puas bersama aku biala aku balik kampung, sebab aku balik kampung sekejap saja, lepastu terus balik KL. mama wan mintak maaf...

mama, adalah insan yang aku hormati, insan yang paling cekal, manja dan sangat penyayang dan tak pernah berkira, mama terima kaseh kerana terima wan kembali saat wan menjadi insan yang paling hina terhadap agama dan keluarga dulu, wan berubah ma, wan nak berubah lebih baik....

kenanganku dengan mama, memang banyak, perbualan kami, luahan perasaan kami, buat aku lebih rapat dengan mama.... mama adalah penyeri hidupku.

demi Allah, sekarang ini hingga bila-bila aku selalu merasakan aku terlalu banyak salah dengan mama!! sehinggakan aku merasakan mama takkan bisa habis memaafkan dosa aku. dosa yang membuat mama menangis dan kecewa dengan aku anak lelaki sulong. MAMA WAN MINTAK MAAF DUNIA AKHIRAT YA...... MAAFKAN WAN YA MAMA........

mama setiap kali mama cium wan, wan akan rasa happy mama, mama wan sayang mama, terima kaseh atas segala pengorbanan mama buat kami adik beradik... banyak tak terhidung seumur hidup kami, wan berjanji akan jadi anak yang taat pada ibunya. mama wan janji akan buat segalanya terbaik untuk mama...

mama,
kala hitam contengku,
kala hilang mataku,
kau lah memberi warna,
kau lah pemberi rasa,
membawa hidup aku terasa ada,
menjadikan hidup aku penuh syurga,
mama adalah malaikat hidupku,
rumput yang hijau di padang hatiku,
mama,
tika adek, kakak, katakan kau sayang lebih padaku,
aku jua merasakan itu, aku syukur tak tersyukur,
aku jua tahu kamu juga lebih sayang adek, kakakku,
namun kerna aku paling bermasalah, perhatian patut kau lebih padaku,
terima kaseh mama.
mama segala dosaku, salah, derhaka, segala nistaku....
ampunlah daku, terimalah daku, beri daku peluang, kerna niat asalku mahi membalas dengan kebahagiaanmu...





















mama i love u!!
aku tak malu mahuberi tahu semua orang yang aku anak mak!! dan aku rindu mama!!!

Isnin, 9 Ogos 2010

haBiS haPPy dAn maLaM demaM

sekian pementasan Short Eyes,

‎"nama aku JUAN, kau panggil aku Juan" - character JUAN - Pementasan Teater SHORT EYES

aku tutup kisah ini dengan keadaan yang agak happy lah semalam... yelah show dah habis... nak fokus next show lak... dalam happy semalam tu... aku pergi makan banyak!!! makan burger 3 dua bijik... ayam dua ketol... pastu malam aku lantak dua bijik durian pulok.... pergh!!

malam semasa tido aku sedar aku demam... kepala sakit... mata rasa panas... huhuhu :(

siang tadi susah rasa nak bangun... aku pun mesej member aku yang aku tak dapat hadir kelas... alasannya demam yang teruk...

dan sekarang :) aku rasa dah semakin ok... 'demam' yang aku rasa tu mungkin rasa tak selesa badan pasal mungkin perot aku tengah proses makanan yang aku sumbat kot semalam.. :)

sekarang!!! TESIS aku kena Fokus!!! hantar hari Rabu!!!

Jumaat, 6 Ogos 2010

Pelik!! FiRst tiMe JaDi kAt aKu.. ARGH!!

malam ni show kedua SHORT EYES, malam ini pertama kali aku lupa terus dialog aku!!!! WEii!! apa ni!!! pastu partner dialog aku, Amar pun lost jugak!!! hahahaha!!! tapi nasib baik partner dialog aku, Amar, layan je berdialog benda yang bukan-bukan... hahahaha!!! layan karut sesama sendiri sementara nak dapat balik dialog asal... hahahaha!!! pastu bila dah ingat... apa lagi layan emasi terlebih lah pulak... hahahaha!!! aku yakin penonton tak perasan situasi kami waktu tu.... tapi dalam otak dan hati kami cuba kalian fikir??!! hahahaha!!! klakar nak mampos!!

pastu bila dah kembali normal, dalam hati aku.... "apa yang tak kena dgn aku ni... ke sebab aku makan wendy's tadi... kahkahkah!! tak kot... yelah mcm aku bg tau post yg lepas... otak aku tengah full.... tadi tetiba jem lah tu... hahaha...

apapun malam tadi aku ucap tahniah lah pada patner aku.... sebab layan aku mengarut tadi... haha... yang menjadi masalahnya babak tu hanya aku dgn dia... itu yang gelabah habis...!!

terima kaseh amar ye... semoga karut itu takkan ada lagi esoknya dan seterusnya....

Khamis, 5 Ogos 2010

buanG DialOg di pentaS.

malam ini adalah malam pertama teater SHORT EYES berlangsung.... agak penat, siang aku fokus pada TESIS aku, menaip satu persatu perkataan bagi menjadi ayat, satu persatu ayat bagi menjadi perenggan, satu per satu perenggan bagi menjadi laman, satu persatu laman bagi menjadi kajian, kajian yang akan dihantar tak lama lagi.... membaca, membaca bagi mencari isi, bagi menulis erti, bagi menjaga kualiti.. oatak penuh dgn tulisan bacaan, bayak perkataan bermain difikir, diotak...

akibatnya? aku berdialog dgn kata-kata aku sendiri, aku buat story sendiri la pulak masa atas pentas... tapi tak lari cerita la... maseh berjaya!!!

yang kelakarnya semua pelakon mlm ini mcm mabok... mungkin nervous.. bukan nervous pasal show, atau audien, tapi nervous pasal kena UBAH PERANGAI TU!!!

show ni akan terus berlansung... sila lihat link ini... SHORT EYES

sebuah show yang akan beri kesan pada Mata, Telinga, Hidung dan Jantung anda....
pastikan hadir!!! dan tolong invite kawan2 lain dalam FB. ;)

aku akan kembali.... aku sedang sgt sebuk sekarang.... c u!!

Ahad, 1 Ogos 2010

TerLintas Kembali

Assalamualaikum sekalian yang aku hormati.... setelah separuh menikmati umurku yang ke 25 ini, terlintas kembali untuk membaca tulisan yang tertulis oleh aku yang lepas-lepas. merenung jauh kedalam pergerrakkan hidup aku yang mana jatuhnya, yang mana bangunnya, yang mana sukanya, yang mana kecewanya, yang mana tawanya, yang mana nangisnya, dan banyak yang sudah aku rakamkan.

Namun, kembali itu membuatkan aku tersedar yang mana tulisan yang tertulis itu tidak pernah aku taipkan tentang keluarga aku yang sangat aku sayangi. yang banyaknya aku peduli mengenai orang luar, kawan-kawan, kenalan-kenalan, musuh, kekaseh, semuanya orang asing bagi keluarga aku, tapi langsung tak peduli mengenai keluarga sendiri..... bukan begitu, pintas akalku yang cuba mencipta alasan, berpusing ketika itu aku mencari sebab, mengapa begitu, sehingga aku sedar yang sekarang aku sudah menganggap bahawa KUALA LUMPUR adalah tempat tinggal aku, tempat yang tetap untuk aku dan kampung sudah menjadi tempat kedua dan itu telah menjadikan aku kurang balik ke kampung Kedah, seolah segala kebaikkan di sana dikosongkan terus.....!!! Panas pipi secara tiba-tiba dengan airmata yang mengalir deras bila terfikir mengenai perbahan aku mengenai tempat tinggal aku dan kekejaman yang aku wujudkan terhadap keluarga.

Dalam sudut hati dan dalam kotak fikir kini, keluhan dan tangisan rindu pada keluarga menerjah kuat, berebut-rebut mahu melintasi kenangan seolah-olah telah lama menahan waktu untuk pecah, bagaikan laluan pantas menghiasi pemikiran, memaksa tangis yang membeku terus cair oleh pelbagai peristiwa yang telah menjadi kenangan dalam diri ini bersama keluarga. Saat ini aku rindukan mama, abah, kak Tasya, Mimi, bang chik, dik Aina. YA ALLAH Aku rindu kalian. kali ini aku nangis kerana terlalu rindukan kalian!!!!

InsyaAllah, kehadiran tulisan yang mendatang, aku ingin menulis mengenai kalian, seorang demi seorang.... rakaman mindaku sedari kecil sehingga kini.... akan aku abadikan diruangan tulisku ini, aku mahu semua kenalan aku mengetahui kesemua Ahli Keluargaku.

sekian.
dengan janji,
KhairuNazWan Rodzy

PemBaCa SeTia