"KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan IJAZAH Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Sekarang beliau merupakan penggiat seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengarah muda yang sangat berbakat yang telah mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pihak, antaranya, ASWARA telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi menjadi pengarah teater muzikal berkenaan tokoh besar negara ‘MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK (2008) – di Panggung Eksperimental Aswara’, manakala pengarah filem popular yang hebat dan terkenal, Erma Fatima juga memberikan berkali-kali kepercayaan kepada beliau dengan melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada pengarahnya, Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dengan pementasan ‘TEATER SIRAH JUNJUNGAN’, ‘SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA’ dan ‘TEATER NATRAH’. Khairunazwan Rodzy juga merupakan seorang pendidik yang baik, beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan reality tv ‘PILIH KASIH 1 dan 2’- RTM. Rasa kepercayaan kepada beliau layak diberi, ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater, antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘PEGAWAI KHALWAT (ASWARA)’ , ‘TEATER EKSPERIMENTAL – MANUSIA HINA (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (aswara)’, ‘No Exit (aswara)’, ‘Romeo dan Juliet (Aswara)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (Aswara)’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka(mtc)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (aswara. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASAWARA)’ , ‘Projek koken – pokok kelapa sayang (stor dbp)’, ‘projek koken – tanda – ikan paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (stor Dbp)' , ‘POKOK KELAPA SAYANG (UM, SOLARIS, ASWARA)’ , ‘MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam teater, beliau juga merupakan guru teater, serta jurulatih lakonan di sekitar Kuala Lumpur."

-garapan PeTA-

Rabu, 10 Februari 2010

pertunjukkan pertunjuk.

bergegar katil, sedar aku tengah duduk dalam keadaan berpeluh sambil menarik nafaz kasar yang mendalam, yang tadi seperti disekat... seperti lemas, seperti mahu mati. mata berkedip cuba menyedarkan otak antara realiti atau mimpi yang dlihat lagi dan lagi sekarang ini.... nafaz kasar tadi maseh disedut, seperti tidak puas menghela udara yg ada di peparu hitamku... akibat sedutan rokok bertahun.... akal terjemahkan bahawa sekarang adalah realiti.... dibalik realiti mimpi tadi aku hampir dirasuk kecewa yang menikam bertubi-tubi akibat sesuatu yang didakap hilang dengan regutan ganas dan kejam... dibawa bersama jiwa melayang keluar ke alam realiti semula... apa maksud itu... adakah aku akan hilang, aku kurang fasih untuk berbicara tentang ramalan... yang aku percaya adalah detik hati ketika ini.... detik yang terdetik akibat kejadian realiti mimpi tadi.... detik yang menjadi punca titisan peluh ku laju mengalir, membasah.... mata tadi yang mencari kini sama mengalirkan cecair panas yang bercampur dengan cecair resah aku.... aku resah menunggu ia di realitikan detik tadi.... aku menunggu ia terjadi... aku perlu bersedia... aku kena sedia... kuatkan hati....

Khamis, 4 Februari 2010

Mawar Busuk!!

seduri mu dulu tajam melindung...
kelopak melambai membelai...
harum wangi sehidu syurga...
pesanan masa merubah yang dulu...

membusuk membungkang diam menyinga...
berkerut sesayaitan membengis kuasa...
hilang seindah bahasa menghembus jiwa...
pusat terbalik sifat anaknya kembali...

marah kami buatmu mawar busuk menusuk...
mau rasa kencing umpama siram manjaku...
siram kencing membaja tahi buatmu...
rasalah dendam manja anak buahmu yang geram...

busuk sudah tiada lagi cium hidu...
mau saja ludah hiasi mukamu...
mau saja kentut ku jadi penyaman...
kalau hidupmu seandai dosa buat kau dan buat ku....

kata seindah selamat mampus terbaik...
kata yang semolek pergi jahanam tertanam...
terimalah doa kami kau tertujam...
mencipta dosa kami dan dosa engkau....

PemBaCa SeTia