"KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan IJAZAH Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Sekarang beliau merupakan penggiat seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengarah muda yang sangat berbakat yang telah mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pihak, antaranya, ASWARA telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi menjadi pengarah teater muzikal berkenaan tokoh besar negara ‘MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK (2008) – di Panggung Eksperimental Aswara’, manakala pengarah filem popular yang hebat dan terkenal, Erma Fatima juga memberikan berkali-kali kepercayaan kepada beliau dengan melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada pengarahnya, Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dengan pementasan ‘TEATER SIRAH JUNJUNGAN’, ‘SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA’ dan ‘TEATER NATRAH’. Khairunazwan Rodzy juga merupakan seorang pendidik yang baik, beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan reality tv ‘PILIH KASIH 1 dan 2’- RTM. Rasa kepercayaan kepada beliau layak diberi, ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater, antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘PEGAWAI KHALWAT (ASWARA)’ , ‘TEATER EKSPERIMENTAL – MANUSIA HINA (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (aswara)’, ‘No Exit (aswara)’, ‘Romeo dan Juliet (Aswara)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (Aswara)’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka(mtc)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (aswara. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASAWARA)’ , ‘Projek koken – pokok kelapa sayang (stor dbp)’, ‘projek koken – tanda – ikan paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (stor Dbp)' , ‘POKOK KELAPA SAYANG (UM, SOLARIS, ASWARA)’ , ‘MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam teater, beliau juga merupakan guru teater, serta jurulatih lakonan di sekitar Kuala Lumpur."

-garapan PeTA-

Selasa, 1 Julai 2008

BuMi ni Slalu BerPusiNg beb...

Malam ini aku tak dapat tidur sebab otak aku masih tidak dapat dikawal dengan sempurna. Aku berfikir yang bukan-bukan yang segalanya perkara yang buruk….
Bukan sengaja aku nak fikir tapi ada sebabnya…. Aku tak sedap hati ni…eksperimen aku terganggu sekejap kala semua orang dah tutup lampu nak tidur….

Aku dah tak ada rumah sewa dah dekat 2 bulan, kena halau dengan geng adik beradik daa…. Aku dulu sebelum kena halau, aku tinggal dua orang dengan kawan aku… aku dan k’en…. Aku fikirlah.. aku dengan k’en ni sajalah boleh kekal bersama sebagai housemate… yang lain semua tikam belakang… haram jadah punya orang… kami dua dah sepakat nak stay dua orang saja mulai saat itu….

Lepas tu tiba-tiba ada pulak budak masuk sewa rumah kami lagi…. Dia tu kawan k’en… k’en ni jenis yang lembut hati sikit dengan orang ni…(tapi kalau politik jgn harap siapa nak ubah pendirian dia)… dia dah tahu kawan dia ni jenis haprak punya… itu pun dia bagi peluang… aku nak kata apa… rumah ni pun bukan rumah aku saja… tambah lagi bila k’en kata kalau kita tak bagi peluang untuk budak tu berubah macam mana dia nak buktikan dia dah berubah… aku pun layan jelahh…

Sebulan, 2 bulan, 3 bulan aku memang tak bagi muka kat budak ni… sebab aku dah tak letak kepercayaan pada sapa-sapa lagi nak tinggal dengan aku kecuali k’en… aku buat layan luar-luar jelah… tak main layan dalam-dalam… k’en biasalah lembut hati jadi layanlah hati ke hati dengan budak tu…

4 bulan, lima bulan budak tu tak langsung bayar sewa jadi dah bertimbunlah duit sewa bahagian dia yang tertanggung… aku dengan k’en kalau sangkut pun kami gerenti cover balik dengan tuan umah baik-baik… tiba satu malam aku takdak kat umah… geng adik beradik ni pun sudah serang rumah kami… si budak tu dah sembunyi dalam bilik…yang hadap diorang k’en lah. Ckp punya ckp dia bagi tempoh… aku dengan k’en pendekkan cerita blah dari umah tu…. Budak haram jadah tu dah lesap mana pun tak tau…

Akhirnya aku dengan k’en lepaklah kat umah member kat cheras… dah 2 bulan beb… aku dengan k’en memang zaman kejatuhan dengan duit satu haram pun takdak…selama 2 bulan… dipendekkan cerita member sudah sound kita orang dengan kata-kata sesuai untuk orang yang tak da apa-apa….(beb aku percaya dunia ni asyik pusing, lu ingat beb) aku dengan k’en memang buat macam dia berguraulah cakap benda tu kat kitaorang… aku dalam sudah panas…. (beb dulu lu susah gua tak de mau ungkit apa-apa yang lu makan ka, lu bising ka skrg lu ludah orang yang pernah sama nasib lu dulu)
aku rasa sebab itulah aku tak sedap hati kot… tak salah lu rasa kitaorang susahkan lu jadi lu mau tegur…. Ada caranya beb… jangan fikir lu punya hati saja…..
bahalol betul lah…. Ingat… aku ingat benda ni…..

antara amerul, lan, ayam, yusman, wandi ni... antara diorang sudah sound kita orang...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau lu tau orang buat macam tu....blah cepat2! ubah diri1 bertindak dengan lebih baik....

PemBaCa SeTia