"KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan IJAZAH Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Sekarang beliau merupakan penggiat seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengarah muda yang sangat berbakat yang telah mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pihak, antaranya, ASWARA telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi menjadi pengarah teater muzikal berkenaan tokoh besar negara ‘MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK (2008) – di Panggung Eksperimental Aswara’, manakala pengarah filem popular yang hebat dan terkenal, Erma Fatima juga memberikan berkali-kali kepercayaan kepada beliau dengan melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada pengarahnya, Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dengan pementasan ‘TEATER SIRAH JUNJUNGAN’, ‘SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA’ dan ‘TEATER NATRAH’. Khairunazwan Rodzy juga merupakan seorang pendidik yang baik, beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan reality tv ‘PILIH KASIH 1 dan 2’- RTM. Rasa kepercayaan kepada beliau layak diberi, ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater, antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘PEGAWAI KHALWAT (ASWARA)’ , ‘TEATER EKSPERIMENTAL – MANUSIA HINA (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (aswara)’, ‘No Exit (aswara)’, ‘Romeo dan Juliet (Aswara)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (Aswara)’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka(mtc)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (aswara. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASAWARA)’ , ‘Projek koken – pokok kelapa sayang (stor dbp)’, ‘projek koken – tanda – ikan paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (stor Dbp)' , ‘POKOK KELAPA SAYANG (UM, SOLARIS, ASWARA)’ , ‘MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam teater, beliau juga merupakan guru teater, serta jurulatih lakonan di sekitar Kuala Lumpur."

-garapan PeTA-

Selasa, 2 Jun 2009

MuDaH!!! SeBeNaRnYa MuDaH!!!

masa sedang berjalan meng'tua'kan nombor diriku. padaku, nombor setiap manusia adalah jangka masa yang memberitahu sudah lama mana diri manusia itu telah berada di dalam tempoh ujian tuhan sebelum merasai satu keindahan abadi nanti.
sudah berapa kali ujian di hadapkan dan sudah beberapa kali kita gagal dan sudah berapa kali kita ulang ujian dengan kegagalan.
manusia hanyalah manusia. kesedaran bukan satu perkara yang setiap manusia dapat rasakan tapi kesedaran adalah milik semua insan.
fikirkan pasal ujian yang aku lalui sebelum-sebelum ini, setiap ujian aku harungi dan aku tempuh dengan berjalan dan melepasinya telah mengtafsirkan tentang satu istilah 'mudah' dalam menjalani kehidupan.
hidup ini mudah, aku yang kata. aku yakin. aku sangat pasti. setiap ujian yang datang adalah kerana kita masih mampu menghadapi ujian itu. maka ujian kita tempuhi. samada gagal atau berjaya atau kita larikan diri, itu terpulang pada kesedaran yang aku katakan tadi.
aku pernah bermimpi, yang mana diberitahu aku bagaimana untuk menghadapi kehidupan. aku terjaga dari tidur dengan gembira dan berkata, mudah. gembira aku untuk meneruskan hidup. hidup ini mudah, kita mampu dapatkan apa yang kita mahukan, pokoknya semuanya pada kita. dengan usaha, perwatakkan kita, perhubungan kita, kepercayaan kita, keyakinan kita, kesungguhan kita dan kesedaran tentang apa yang kita buat sekarang. ya sekarang ini apa yang anda sedang buat? cuba sedar, apa sedang anda buat skarang? ya sekarang ini... tangan anda sedang buat apa, mata sedang buat apa, mulut? kaki, perut, telinga, seluruh anggota..... setiap masa kena sedar tentang semua yang ada pada badan kita..... cuba bawak sedar sikit. cubalah... mudah sebenarnya....

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

check e-mail-ccz

Saichou berkata...

1st comment kt cni, tgh baca blog ni ...mood keje lom smp :(

roydy berkata...

wan, ni aku punya blog..senang2 jenguk la..http://roydyanuar.blogspot.com

Penjejak Badai berkata...

wei..mana hang pi lama x update...aku da show 21 ni kat umah p.ramli...

PemBaCa SeTia