baru menjelma keindahanmu di hatiku,
baru muncul ketenanganmu di jiwaku,
baru terbit kenikmatanmu di kalbuku,
baru jengah kesedaranku didalam mu,
baru ku sedar mahu kehilanganmu.

Pada saat-saat kehilanganmu,
patutnya sedih bergenang insan,
patutnya sayu berdendang nada,
patutnya hening meniti pagi,
patutnya rindu kehadiranmu yabf baru,
tapi aku berasa gembira dan suka.
Bahagia kerana mendapat,
suka kerana dirahmat
syukur kerana ternikmat,
gembira kerana terlihat,
alangkah syukur yang tertinggi pada Ar Rahman!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan