"KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan IJAZAH Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Sekarang beliau merupakan penggiat seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengarah muda yang sangat berbakat yang telah mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pihak, antaranya, ASWARA telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi menjadi pengarah teater muzikal berkenaan tokoh besar negara ‘MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK (2008) – di Panggung Eksperimental Aswara’, manakala pengarah filem popular yang hebat dan terkenal, Erma Fatima juga memberikan berkali-kali kepercayaan kepada beliau dengan melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada pengarahnya, Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dengan pementasan ‘TEATER SIRAH JUNJUNGAN’, ‘SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA’ dan ‘TEATER NATRAH’. Khairunazwan Rodzy juga merupakan seorang pendidik yang baik, beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan reality tv ‘PILIH KASIH 1 dan 2’- RTM. Rasa kepercayaan kepada beliau layak diberi, ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater, antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘PEGAWAI KHALWAT (ASWARA)’ , ‘TEATER EKSPERIMENTAL – MANUSIA HINA (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (aswara)’, ‘No Exit (aswara)’, ‘Romeo dan Juliet (Aswara)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (Aswara)’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka(mtc)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (aswara. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASAWARA)’ , ‘Projek koken – pokok kelapa sayang (stor dbp)’, ‘projek koken – tanda – ikan paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (stor Dbp)' , ‘POKOK KELAPA SAYANG (UM, SOLARIS, ASWARA)’ , ‘MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam teater, beliau juga merupakan guru teater, serta jurulatih lakonan di sekitar Kuala Lumpur."

-garapan PeTA-

Isnin, 12 Oktober 2009

bila tiada yang mahu...

dalam kekacauan... dalam kegelisahan... dalam kesunyian...dalam tiada yang mahu... dalam maseh tidak bertemu... dalam maseh tidak yakin.... dalam maseh tidak percaya..... dan dalam tiada siapa yang mahu... dalam maseh tidak berjumpa............. dalam kesemuanya tadi, jika itulah sebabnya kau memilih untuk kembali, aku pasti akan melihat kau insan yang paling hina dalam muka bumi ini kerana tidak tahu apa yang kau mahukan....

jangan nanti bila hilang kekacauan..... bila hilang kegelisahan.... bila hilang kesunyian.... bila ada yang mahu.... bila sudah bertemu...bila sudah yakin... bila sudah percaya.... bila ada seseorang yang mahu... bila sudah berjumpa............... bila mana semuanya tadi sudah kau dapatkan kerana atas wujudnya seseorang lain, kau akan kembali menjadi sifat asal yang pergi meninggalkan, aku lah manusia yang paling kejam untuk membunuh dan memastikan kau akan menderita seumur hidup......

ini bukan kata-kata ugut yang zalim bagi mendapat kepuasanku..... cuma meminta kau lakukanlah keputusan yang kau sangat suka dengan segera..... kerana bila masa sudah dimakan musim, bila jiwa sudah bersulam rapat maka itulah yang akan aku laksanakan buat hukuman kau yang menyusahkan orang lain.....

segerakan fikirmu.... jangan lagi lari dari berfikir....., jangan lari dari merancang...., jangan lari dari berazam....., jangan lari dari berjanji...., jangan lari dari percaya....., dan jangan lari dari setia yang semuanya berkenaan apa yang kau mahu...... supaya aku tidak menghina, supaya aku tidak kejam, supaya kau tidak menerima hukuman dari aku dan diri-NYA......

masa sedang berlalu..... jika kau ingin masa memakan musim, mahu jarum saat berpusing bertahun.... teruskan.... aku tetap menunggu bagi mendengar apa yang kau mahu sebenarnya.....

jangan lakukan itu bila sudah tiada siapa yang mahu.....
aku bukan tidak ada jiwa manusia... tapi juga punya jiwa binatang!!!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kamu ni mungkin sakit jiwa..apa yang kamu beratkan?kita sudah tiada apa-apa..kamu dunia kamu dan aku dunia aku.kau bukan Tuhan untuk menghukum. Kau yang sedang dihukum. Aku tak sakit seperti mana kau tulis. Kau yang sakit!

Tanpa Nama berkata...

alamak kata-kata ku telah dibaca oleh orang yang mungkin tersentuh.... secara jujurnya aku tidak tujukan tulisan ini pada sesiapa.... hehehehe.... maaf kalau tetiba ada kaitan dengan hidup dan mati lak.... maaf ya...-wan-

PemBaCa SeTia