"KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan IJAZAH Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Sekarang beliau merupakan penggiat seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengarah muda yang sangat berbakat yang telah mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pihak, antaranya, ASWARA telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi menjadi pengarah teater muzikal berkenaan tokoh besar negara ‘MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK (2008) – di Panggung Eksperimental Aswara’, manakala pengarah filem popular yang hebat dan terkenal, Erma Fatima juga memberikan berkali-kali kepercayaan kepada beliau dengan melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada pengarahnya, Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dengan pementasan ‘TEATER SIRAH JUNJUNGAN’, ‘SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA’ dan ‘TEATER NATRAH’. Khairunazwan Rodzy juga merupakan seorang pendidik yang baik, beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan reality tv ‘PILIH KASIH 1 dan 2’- RTM. Rasa kepercayaan kepada beliau layak diberi, ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater, antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘PEGAWAI KHALWAT (ASWARA)’ , ‘TEATER EKSPERIMENTAL – MANUSIA HINA (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (aswara)’, ‘No Exit (aswara)’, ‘Romeo dan Juliet (Aswara)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (Aswara)’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka(mtc)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (aswara. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASAWARA)’ , ‘Projek koken – pokok kelapa sayang (stor dbp)’, ‘projek koken – tanda – ikan paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (stor Dbp)' , ‘POKOK KELAPA SAYANG (UM, SOLARIS, ASWARA)’ , ‘MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam teater, beliau juga merupakan guru teater, serta jurulatih lakonan di sekitar Kuala Lumpur."

-garapan PeTA-

Selasa, 22 Disember 2009

terulang teringat dari kejauhan zaman terjatuh...

dulu waktu zahir dan batin rela menempuh ombak besar...
rela berkayuh melawan arus...
paksa menelan masin...
teriak mahukan juga berenang...
berserah pada hidup yang membawa nanti...
namun ada lagi perasaan tidak jujur antara kau dan aku...
menanti kepulangan ku kerana mahu melihat wajahnya...
memasak untuk ku kerana mahu menerima pujiannya...
mengemas rumahku kerana mahu senyuman selesanya...
segalanya kau telah langkahi aku untuk menjenguknya...
namun...
aku juga waktu itu sama...
hanya berserah...
apa mau jadi seterusnya jadikanlah saja...
biar buta...
biar bisu...
biar mati segala kehidupan yang terangan-angankan...
sama tiada kejujuran dalam memberi kerana terlalu banyak memberi...
hingga tamak mau kau lebihi satu yang hanya untuk kita...
namun...
terfikir dulu sudah mati...
sudah busuk untuk dimakan...
sudah hilang segala terangan-angankan...
rupanya masih terlahir semula yang dulu haram dipercaya...
membuah semula kerana hidup ada caranya...
bangkit untuk terbang maseh boleh berlegar di langitmu yang penuh impian...
sertai segala kekurangan untuk dijadikan kekuatan kita...
namun bersinarlah semula pada mula dulu....

Tiada ulasan:

PemBaCa SeTia