"KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan IJAZAH Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Sekarang beliau merupakan penggiat seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengarah muda yang sangat berbakat yang telah mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pihak, antaranya, ASWARA telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi menjadi pengarah teater muzikal berkenaan tokoh besar negara ‘MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK (2008) – di Panggung Eksperimental Aswara’, manakala pengarah filem popular yang hebat dan terkenal, Erma Fatima juga memberikan berkali-kali kepercayaan kepada beliau dengan melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada pengarahnya, Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dengan pementasan ‘TEATER SIRAH JUNJUNGAN’, ‘SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA’ dan ‘TEATER NATRAH’. Khairunazwan Rodzy juga merupakan seorang pendidik yang baik, beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan reality tv ‘PILIH KASIH 1 dan 2’- RTM. Rasa kepercayaan kepada beliau layak diberi, ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater, antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘PEGAWAI KHALWAT (ASWARA)’ , ‘TEATER EKSPERIMENTAL – MANUSIA HINA (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (aswara)’, ‘No Exit (aswara)’, ‘Romeo dan Juliet (Aswara)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (Aswara)’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka(mtc)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (aswara. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASAWARA)’ , ‘Projek koken – pokok kelapa sayang (stor dbp)’, ‘projek koken – tanda – ikan paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (stor Dbp)' , ‘POKOK KELAPA SAYANG (UM, SOLARIS, ASWARA)’ , ‘MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam teater, beliau juga merupakan guru teater, serta jurulatih lakonan di sekitar Kuala Lumpur."

-garapan PeTA-

Sabtu, 31 Julai 2010

SeSuatu Yang HaDir

suatu rasa yang hadir,
memberi salam, memberi ramah,
hulurnya teman, hulur dirinya,
sambutnya ubat, sambutnya senyum terubat,
senyum yang lama menipu senyum,
senyum yang jarang singgah dulu,
kini tampil kini mengusik kembali,

suatu rasa antaranya,
terlepas antara masa yang ada,
namun rasa redha menunggu masa yang lain tiba,
antara percaya atau tidak, kini mata mencari rasa,
jiwa meminta rasa, hati menaruh rasa, rasa menambah rasa.

sedarnya suatu itu terasa,
memujuk aku perlahan tanpa buru,
jika ada senyumlah, jika tiada syukur kerna singgahnya,
namun Tuhan, aku punyai kamu yang selalu mencintaiku.

3 ulasan:

Hazira berkata...

hadirnya sesuatu,
memberi rasa,
lalu kau tersenyum,
ah! manisnya.. semanis rasa itu.

hadirnya sesuatu,
lalu mata terpaku,
hati terdetik.. timbulnya suka.

hadirnya sesuatu,
akal terbelit logika,
misteri!.. ianya menambah rasa,
kau ingin tahu.. siapa dia.

hadirnya sesuatu,
lalu ikatan perkenalan terbina,
itu inginmu,
lalu terbit sayang.

hadirnya sesuatu,
serasi melingkari ikatan,
rasa berbunga bahagia di hati,
lalu terpatri pautan kasih.

namun,
rasa itu kadang kala pahit,
kadang kala menyakitkan,
kala itu tiada lain yang di ingat,
Dia, Tuhan yang satu,
kerna, cinta mu hanya untuk-Nya,
yang menanti mu di alam sana.

suka, sayang, kasih dan cinta.

(maaf! saya merapek di blog kamu..)

nazwan berkata...

hhmm.... takpe... saya faham maksud itu.... tapi yg sudah itu sudah lah ye.... kalau kita sendiri tak pujuk hati kita, tiada siapa akan pujuk.... kembalikan senyum itu agar kelihatan akan aku termanisnya dirimu....

nur kasih berkata...

salam, saya sangat suka puisi ni..
:P

PemBaCa SeTia