"KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan IJAZAH Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Sekarang beliau merupakan penggiat seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengarah muda yang sangat berbakat yang telah mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pihak, antaranya, ASWARA telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi menjadi pengarah teater muzikal berkenaan tokoh besar negara ‘MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK (2008) – di Panggung Eksperimental Aswara’, manakala pengarah filem popular yang hebat dan terkenal, Erma Fatima juga memberikan berkali-kali kepercayaan kepada beliau dengan melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada pengarahnya, Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dengan pementasan ‘TEATER SIRAH JUNJUNGAN’, ‘SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA’ dan ‘TEATER NATRAH’. Khairunazwan Rodzy juga merupakan seorang pendidik yang baik, beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan reality tv ‘PILIH KASIH 1 dan 2’- RTM. Rasa kepercayaan kepada beliau layak diberi, ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater, antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘PEGAWAI KHALWAT (ASWARA)’ , ‘TEATER EKSPERIMENTAL – MANUSIA HINA (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (aswara)’, ‘No Exit (aswara)’, ‘Romeo dan Juliet (Aswara)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (Aswara)’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka(mtc)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (aswara. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASAWARA)’ , ‘Projek koken – pokok kelapa sayang (stor dbp)’, ‘projek koken – tanda – ikan paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (stor Dbp)' , ‘POKOK KELAPA SAYANG (UM, SOLARIS, ASWARA)’ , ‘MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam teater, beliau juga merupakan guru teater, serta jurulatih lakonan di sekitar Kuala Lumpur."

-garapan PeTA-

Khamis, 7 Oktober 2010

MeNgeJar CyinTa uTk PeLuk.

sedang mengejar cinta azali sambil didatangi cinta-cinta kecil yang pintakan budi bagi melestarikan hidup ini.. budi bukan masalah... tapi cinta dari jasa budi buat sesuatu bakal berlaku dalam diri.... diri yang terhapus akibat mencari cinta bakal mengenang logik kembali.. itu yang aku tak mahu... cinta kecil yang bakal mengenang cinta dunia... dan seterusnya bakal melupakan cinta azali....

yang dikejar untuk memeloki adalah azali.... yang hadir menguji yang itu lagi.... kerna itu aku sering ingatkan cinta kecil yang asal nya dari azali jua ini kembalilah mengenang cinta azali yang bisa sama-sama kita pelok dan dakap dgn mulia cinta agung...

budi bisa terjadi dan ia akan menjadi alamat pemudah bagi bersuluk kenal diri kenal cinta... maka biarkan budi melestarikan hidup tapi jgn terperangkap dalamnya.. kerna keliru bisa timbul...

aku bicara bersama logikku bukan logik rosak dunia... logikku adalah logik maha satu yang agung!! AKU MENGEJAR YANG ITU MAKA HADIRKAN YANG ITU....

1 ulasan:

CintaZulaikha berkata...

cinta hanya sekadar ungkapan kalau tidak dirasa...walaupun cinta itu cinta azali...

PemBaCa SeTia