
12 hari sahaja beri peluang untuk aku mengenangmu,
selama itu sahaja aku pinta peluang untuk mengingatimu,
cuma beberapa hari itu sahaja aku harap dapat lepaskan rinduku,
berikanlah masa yang singkat itu untuk aku mencabul jiwamu,
terimalah untuk beberapa ketika itu bagi aku mencintaimu,
makilah sehingga hari yang ku pinta kerana aku masih mengasihimu,
ludahlah aku untuk kesekian hari itu apabila aku telah menjilat ludahku untukmu,
bencilah sehinga berganda hari-hari kupinta itu agar aku dapat lupakan mu.
katak : pokok kelapa aku tu masih hidup segar dalam hati dan ingatan aku. biarlah pokok kelapa yang aku tahu itu hanya sayang aku berada dalam hati aku. sudah. korang semua sudah tak boleh kacau pokok kelapa aku lagi kerana aku tanamnya didalam hati terbenam. tiada lagi siapa yang boleh korek pokok kelapa aku. dia sentiasa di dalam hati biarpun aku mahu buang dari ingatan 12 hari lagi.
pasir, halusmu masih ada kasarnya
laut, lembutmu masih ada ganasnya
angin, nyamanmu masih ada kalutnya
mentari, cerahmu masih ada panasnya
manusia, sempurnamu masih ada cacatnya
Alam, dunia, kehidupanku...
kau adil ada semua perkara...
kau buktikan keseimbangannya...
habis apa yang ku cari lagi??kesempurnaan yang sempurna??
halusmu pasir aku tahu kasarmu
lembutmu laut aku tahu ganasmu
nyamanmu angin aku tahu kalutmu
cerahmu mentari aku tahu panasmu
sempurnamu insan aku tahu kita cacat,jijik,kotor, dan hamba yang abadi.
P/S : RINDU, KASIH, CINTA, MAAF, UNTUK POKOK KELAPA SAYANG YANG TELAH TINGGALKAN AKU.
2 ulasan:
jangan sesiapa cuba-cuba lagi mengganggu aku dan dia... laknat padamu syaitan jahanam ke neraka kira sekali lagi kau sentuh hubungan ini....
jgn kamu samakn p hbgn ni dgn pokok, katak dll...dan pd anonymous jgn ingat ko tu sapa..ingat pd tuhan...jodoh p tmuan d tgn tuhan...
Catat Ulasan