
insan yang menyentuh hatiku
insan yang membelai jiwaku
insan yang pupuk semangatku
insan yang bina angan masa depanku
insan yang cipta cita-cita kejayaanku
insan yang dikurniakan untukku,
ada dirinya buat aku mengharungi hidup dengan tabah.

insan yang adakan kenangan indahku
insan yang ada untuk rinduku
insan yang lahir untuk tadirku
insan yang hadir untuk pengorbananku
insan yang hidupku hanya mencari kesempurnaanku
insan yang diilhamkan untuk fikiranku,
ada dirinya buat seluruh semangat hidup mencari keindahan tuhan menjadi misiku.

insan ini doakanlah menjadi milik kekalku didunia
insan ini doakanlah mejadi isteri sahku
insan ini doakanlah menjadi penyambung yang terputus
insan ini doakanlah dirinya perlukan aku kerana aku perlukannya
insan ini doakanlah agar sunnah nabi dapatku teruskan
insan ini secara harapanku terbitkanlah kesedaran perhambaanku pada pencipta ku
kurniaan tuhan yang paling aku hargai selepas kedua orang tuaku.
P/S : HARAPAN YANG MENGGUNUNG, DOA KU YANG TERFASIH, CITA-CITAKU YANG TERJELAS, KEHENDAKKU YANG TERINGINKAN... MEMILIKI INSAN INI.
4 ulasan:
INSYAALLAH... aku selaku sahabat, doakan aja. Moga kalian bersatu dan bersemadi sama hingga ke akhir dunia... wat elok2... jaga molek2...
amin!!
Alhamdulillah... akak tumpang happy giler... dah lepas nih, walau ape pun masalah yg datang, sit and discuss.... dalam hidup mesti akan ada masalah, dugaan, halangan, rintangan, cubaan... letakkan akal di hadapan hati untuk menyelesaikan semua masalah...
akak doakan korang kekal hingga ke akhir hayat, dunia dan akhirat.. ape lagi, bila mau makan nasik minyak?... hehehehe
ada jugak hang keinginan noh..ingat kan x dak!!wahahahaha
Catat Ulasan