"KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan IJAZAH Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Sekarang beliau merupakan penggiat seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengarah muda yang sangat berbakat yang telah mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pihak, antaranya, ASWARA telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi menjadi pengarah teater muzikal berkenaan tokoh besar negara ‘MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK (2008) – di Panggung Eksperimental Aswara’, manakala pengarah filem popular yang hebat dan terkenal, Erma Fatima juga memberikan berkali-kali kepercayaan kepada beliau dengan melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada pengarahnya, Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dengan pementasan ‘TEATER SIRAH JUNJUNGAN’, ‘SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA’ dan ‘TEATER NATRAH’. Khairunazwan Rodzy juga merupakan seorang pendidik yang baik, beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan reality tv ‘PILIH KASIH 1 dan 2’- RTM. Rasa kepercayaan kepada beliau layak diberi, ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater, antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘PEGAWAI KHALWAT (ASWARA)’ , ‘TEATER EKSPERIMENTAL – MANUSIA HINA (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (aswara)’, ‘No Exit (aswara)’, ‘Romeo dan Juliet (Aswara)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (Aswara)’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka(mtc)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (aswara. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASAWARA)’ , ‘Projek koken – pokok kelapa sayang (stor dbp)’, ‘projek koken – tanda – ikan paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (stor Dbp)' , ‘POKOK KELAPA SAYANG (UM, SOLARIS, ASWARA)’ , ‘MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam teater, beliau juga merupakan guru teater, serta jurulatih lakonan di sekitar Kuala Lumpur."

-garapan PeTA-

Jumaat, 30 Oktober 2009

Hooooiiiiiiii Jaanngann buat kami Macam Anjing!!!

bising pening hawing otak runsing...
gelisah marah buang sedar jauh tertekan dalam...
hilang tak tahu bila dan apa mau buatku....
sudah cuba buat terkadang terkiri terkanan bosan bila tertengah...
gila gila rasa bila benci itu aku lakukan juga aku tak suka....
bawak aku terputih tendang terhitam sampai dimata...
ini dah lama terjadi tapi buta bila anjing jalan layan anjing kurap...
bila mana otak tersebelah tidak seimbang gila untuk sendiri saja...
buang jauh cepat jangan sampai jadi orang benci kau pun gila...
gila gila jangan sama kami anjing bangsat kau yang kencing termulut untuk ditelan...
apalagi yang salah mahu aku terhuyung hayang menanti keputusan angin anjing kentut...
pengangguran menganggu bertahun mencipta pengadilan bersama hilang berjalan...
semakin hari hilang bertambah keruan...
baling baling gila gila...
semua nya sudah gila .... mungkin anjing dinegeri ini apa saja bisa terjadi...
yang hitam terhitam yang terputih semakin terhilang...
nyata cerita lama hingga kini makin sama...
apa sahaja bisa ter jadi!!!!!

4 ulasan:

Penjejak Badai berkata...

ish..btol2 marah ni..

Tanpa Nama berkata...

dari hati turun kemulut turun kejari...... hehehehe....-wan

Penjejak Badai berkata...

awat yang hang selalu balas coment x log in..

wan berkata...

hahaha saja ja...

PemBaCa SeTia