"KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan IJAZAH Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Sekarang beliau merupakan penggiat seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengarah muda yang sangat berbakat yang telah mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pihak, antaranya, ASWARA telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi menjadi pengarah teater muzikal berkenaan tokoh besar negara ‘MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK (2008) – di Panggung Eksperimental Aswara’, manakala pengarah filem popular yang hebat dan terkenal, Erma Fatima juga memberikan berkali-kali kepercayaan kepada beliau dengan melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada pengarahnya, Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dengan pementasan ‘TEATER SIRAH JUNJUNGAN’, ‘SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA’ dan ‘TEATER NATRAH’. Khairunazwan Rodzy juga merupakan seorang pendidik yang baik, beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan reality tv ‘PILIH KASIH 1 dan 2’- RTM. Rasa kepercayaan kepada beliau layak diberi, ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater, antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘PEGAWAI KHALWAT (ASWARA)’ , ‘TEATER EKSPERIMENTAL – MANUSIA HINA (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (aswara)’, ‘No Exit (aswara)’, ‘Romeo dan Juliet (Aswara)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (Aswara)’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka(mtc)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (aswara. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASAWARA)’ , ‘Projek koken – pokok kelapa sayang (stor dbp)’, ‘projek koken – tanda – ikan paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (stor Dbp)' , ‘POKOK KELAPA SAYANG (UM, SOLARIS, ASWARA)’ , ‘MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam teater, beliau juga merupakan guru teater, serta jurulatih lakonan di sekitar Kuala Lumpur."

-garapan PeTA-

Ahad, 26 September 2010

PeLokLah CinTa iTu TaNia

terlalu banyak sengsara cuba dikongsi, yang nyata telah ditempuhi, yang mentahku hingga adanya sekatang. manis mukamu menjadi keruh membungkam sepi bagai dendam tak sudah dengan tangis manjamu pinta belai bersama harapmu minta bukakan jalan...... duhai sahabatku, lihat adanya dirimu sekarang ini, buat aku juga sedih, aku kan nangis, aku tiba tak fasih, aku bagai kawan yang gagal menyatakan padamu hidup ini indah yang bagi aku juangkan..... MENCARI JALAN KE CINTA dasar keluhan jiwamu, mengintai yang telah lama berlalu, bagai menunggu yang sudah tiada. walaupun itu lakumu, mengintai ruang dan peluang untuk dicintai dan mencintai.... ada juga yang sedang mengintaimu dari ruang yang mega,yang sentiasa memberi peluang nikmat cinta itu... dia lah maha pemberi cinta...
dari jerihmu berduka, yang tersembunyi oleh senyummu di khalayak yang tak mengerti, aku bisa melihat dgn takat tarafku yang maseh mentah, yang maseh jahil ini menyatakan TUHAN amat sayang kamu... TUHAN amat cinta kamu.... TUHAN cemburu kamu menilai cinta yang lain kerana dia sgt ingin bercinta dgnmu.... sahabatku Tania... peloklah Cinta itu.... dakaplah tenang itu... berikan dirimu, jiwamu, jasadmu, kalbumu, fikirmu, hatimu, nafsumu pada yang Maha... ia ada dalammu... hanya bukakan dirimu untuknya... Bahagia abadi akan menyelimutimu... cinta insan akan mendampingimu berserta walikaseh yang menuju ke arah Tuhan satu....

sahabatku Tania..... Peloklah dahulu CINTA ini bagi mendapatkan cinta yang itu.... setelah tenang semestamu Tania... berdamping lah insan yang dikurnia tuhan nanti.... itu nasihat mentahku buat mu sahabat yang aku sayang..... Allah Maha Penyayang.

2 ulasan:

Unknown berkata...

serbak bile bace...speechless

nazwan berkata...

tak lah sengal sgt aisyah...

untuk kawan-kawan yang kite sayang....dia perlu ada kite..

PemBaCa SeTia