"KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan IJAZAH Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Sekarang beliau merupakan penggiat seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengarah muda yang sangat berbakat yang telah mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pihak, antaranya, ASWARA telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi menjadi pengarah teater muzikal berkenaan tokoh besar negara ‘MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK (2008) – di Panggung Eksperimental Aswara’, manakala pengarah filem popular yang hebat dan terkenal, Erma Fatima juga memberikan berkali-kali kepercayaan kepada beliau dengan melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada pengarahnya, Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dengan pementasan ‘TEATER SIRAH JUNJUNGAN’, ‘SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA’ dan ‘TEATER NATRAH’. Khairunazwan Rodzy juga merupakan seorang pendidik yang baik, beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan reality tv ‘PILIH KASIH 1 dan 2’- RTM. Rasa kepercayaan kepada beliau layak diberi, ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater, antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘PEGAWAI KHALWAT (ASWARA)’ , ‘TEATER EKSPERIMENTAL – MANUSIA HINA (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (aswara)’, ‘No Exit (aswara)’, ‘Romeo dan Juliet (Aswara)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (Aswara)’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka(mtc)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (aswara. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASAWARA)’ , ‘Projek koken – pokok kelapa sayang (stor dbp)’, ‘projek koken – tanda – ikan paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (stor Dbp)' , ‘POKOK KELAPA SAYANG (UM, SOLARIS, ASWARA)’ , ‘MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam teater, beliau juga merupakan guru teater, serta jurulatih lakonan di sekitar Kuala Lumpur."

-garapan PeTA-

Rabu, 29 September 2010

PeremPuan-PeremPuan SeOraNg KeKaSeh - di jaLan SuLuk

AmeraHanani -
Ayah hilang kata ibu... hilang katanya untuk cinta sejatinya.... ayah pergi kata ibu... pergi kerana cinta sejatinya.... dulu aku peduli, sekarang bila makin besar aku tak peduli..... ibu kata ayah akan kembali... aku beritahu ayah aku terus hilang.... untuk apa kembali ada kepada aku jika aku dah hilangkan kau....

NurHuda -
malam tu abg balik tak bercakap... abg diam... saya tengok abg macam keliru... abg yang sebelum ni sangat periang.. sekarang macam mati... diam.. kaku.. berfikir... bila lembut saya panggil.... "abang.... " kau menoleh lembut.... merenung tajam mata ku.... memegang lembut pipiku dgn dua tanganmu..... jauh abg meneliti wajah saya tenang... senyum.... dari mata abg saya dapat lihat abg seolah perlu buat kata putus.... plihan yang berat pilihan yang melibatkan saya..... abg, saya takut.....

Faten -
Tok Habib ni memang cool.... orang yang terpilih ja dia mau ajar... macam aku.... nanti aku akan jadi hebat macam dia.... tapi kenapa aku... banyak budak lain kat kolej ni... tapi aku yang dia pilih... tok habib ni memang semua orang kenal dia.... dulu waktu dia muda... takde sape boleh lawan.... otak pun gila-gila...

Hamimah -
AdiBahri senang sekarang... kita je nampak dia susah... tapi dia senang... miskin? katanya alam mati je miskin2 ni.... kalau lihat alam hidup, kaya lah...

PuanAfsu -
adi memang raja gerudi... kami kawan-kawan memang berebut bila dia datang sini... dia pun tak lokek...

Ibu -
ayah kau dulu tinggalkan kau!!! dia tu pemalas... mana boleh aku ni bini dia tahan!! kau tak payah lah nak ikut sgt perangai dia tu... berenti lah dari berfikir yang itu.....

Tiada ulasan:

PemBaCa SeTia