"KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan IJAZAH Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Sekarang beliau merupakan penggiat seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengarah muda yang sangat berbakat yang telah mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pihak, antaranya, ASWARA telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi menjadi pengarah teater muzikal berkenaan tokoh besar negara ‘MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK (2008) – di Panggung Eksperimental Aswara’, manakala pengarah filem popular yang hebat dan terkenal, Erma Fatima juga memberikan berkali-kali kepercayaan kepada beliau dengan melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada pengarahnya, Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dengan pementasan ‘TEATER SIRAH JUNJUNGAN’, ‘SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA’ dan ‘TEATER NATRAH’. Khairunazwan Rodzy juga merupakan seorang pendidik yang baik, beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan reality tv ‘PILIH KASIH 1 dan 2’- RTM. Rasa kepercayaan kepada beliau layak diberi, ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater, antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘PEGAWAI KHALWAT (ASWARA)’ , ‘TEATER EKSPERIMENTAL – MANUSIA HINA (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (aswara)’, ‘No Exit (aswara)’, ‘Romeo dan Juliet (Aswara)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (Aswara)’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka(mtc)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (aswara. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASAWARA)’ , ‘Projek koken – pokok kelapa sayang (stor dbp)’, ‘projek koken – tanda – ikan paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (stor Dbp)' , ‘POKOK KELAPA SAYANG (UM, SOLARIS, ASWARA)’ , ‘MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam teater, beliau juga merupakan guru teater, serta jurulatih lakonan di sekitar Kuala Lumpur."

-garapan PeTA-

Selasa, 13 Januari 2009

Projek KoKEN - Diskripsi Projek

Projek Komuniti Kental (KoKen) adalah nama yang diberikan kepada sekumpulan pengiat muda seni persembahan yang menganggotai Rumah Anak Teater (RAT). Projek ini adalah sebagai satu landasan atau tapak bagi mereka berkongsi idea dan pemikiran dalam kerja-kerja seni persembahan dengan ahli masyarakat. Teater Kompilasi Vol. 01 adalah karya Projek KoKen yang bersifat kolektif ini adalah himpunan kerja-kerja 4 pengarah teater yang dipersembahkan dalam satu pertunjukan selama 2 jam. Disebabkan Teater Kompilasi ini bersifat jangka panjang maka penggunaan Vol. 1 adalah mewakili kerja pertama yang akan disusuli dengan kerja-kerja lain dengan pendekatan yang sama di masa hadapan.

1 ulasan:

EddyRusdiAkuHanyaManusiaBiasa berkata...

wan... hari tu.. ada job utk wan... kejaan negeri dan wilayah nak mtak wat show utk memperingati detik 14 mei dan mcm2 la konsep dia... umaian gak... tp dia nak cepat... masa tu try cri wan tp tak dpt... pastu ada kawan eddy dah ambik sbb lambat... eddy tak blh ambik sbb dah nak wat fina projek kat um ni... apa pun good luck pada wan... n jgn putus asa dgn hidup... wan boleh!! eddy kena wan dah lama... jgn kerana cinta wan mengalah k... cayok adik ku!! (apa yg aku mengarut ni... huhuh sorry terbaca puisi kat blog wan)...

PemBaCa SeTia