"KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan IJAZAH Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Sekarang beliau merupakan penggiat seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengarah muda yang sangat berbakat yang telah mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pihak, antaranya, ASWARA telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi menjadi pengarah teater muzikal berkenaan tokoh besar negara ‘MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK (2008) – di Panggung Eksperimental Aswara’, manakala pengarah filem popular yang hebat dan terkenal, Erma Fatima juga memberikan berkali-kali kepercayaan kepada beliau dengan melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada pengarahnya, Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dengan pementasan ‘TEATER SIRAH JUNJUNGAN’, ‘SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA’ dan ‘TEATER NATRAH’. Khairunazwan Rodzy juga merupakan seorang pendidik yang baik, beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan reality tv ‘PILIH KASIH 1 dan 2’- RTM. Rasa kepercayaan kepada beliau layak diberi, ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater, antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘PEGAWAI KHALWAT (ASWARA)’ , ‘TEATER EKSPERIMENTAL – MANUSIA HINA (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (aswara)’, ‘No Exit (aswara)’, ‘Romeo dan Juliet (Aswara)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (Aswara)’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka(mtc)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (aswara. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASAWARA)’ , ‘Projek koken – pokok kelapa sayang (stor dbp)’, ‘projek koken – tanda – ikan paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (stor Dbp)' , ‘POKOK KELAPA SAYANG (UM, SOLARIS, ASWARA)’ , ‘MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam teater, beliau juga merupakan guru teater, serta jurulatih lakonan di sekitar Kuala Lumpur."

-garapan PeTA-

Khamis, 8 Januari 2009

tuLiSan Dari KeIndaHan..

27 hari bulan 2008, aku telah sampai di Padang, Indonesia. Pergh!!! Pada pandangan pertama aku lihat kesukaran yang bakal kami akan lalui… kerana dengan kedaifan suasana kampong dan gaya kehidupan di kampong ini membuatkan aku tersedarkan bahawa kita semua masih mempunyai kemampuan yang besar bagi meneruskan kehidupan kita di Malaysia… samada kita nak atau taknak...itu ja. Aku bercakap begitu bukan untuk menghina dengan kedaifan mereka tetapi aku kagum dengan kecekalan untuk meneruskan hidup sebagai manusia walau dalam keadaan mana sekali pun.. manusia sedarlah, pilihan masih pada kita. Samaada kau mahu ataupun mengalah dan kalah pada ujian indah tuhan pada hambanya. Keadaan pada kampong ini dengan suasana jitu kemasyarakatannya membuatkan aku bertanya dimana jati diri kita sebagai anak jati Malaysia yang asyik dan sering mengeluh untuk salahkan orang lain sedangkan kita masih mampu!!! Kita asyik mempersoalkan masalah yang tidaklah begitu masalah pada kita.

Aku berkata bergini pula bukan untuk mengutuk masyarakat kita, Malaysia, tetapi dimana sikap berdikari kita dan sikap survivor yang mana kita punya suatu masa dahulu.. bukankah kita mempunyai sikap yang lembut dan keras kita sendiri. oooHH sayang tersangat sayang! Jangan jadikan alasan bahawa kita yang memegang kepimpinan maka hilang sikap yang hebat itu… jika itu dijadikan alasan maka kita telah memilih untuk memanjakan diri sendiri dan memupuk sifat meminta dan menunggu kelebihan tanpa berusaha untuk mendapatkannya. AAAHH!! Sayang keperwiraan melayu yang pantang dicabar.. pantang menyerah telah dicabul oleh melayu sendiri…

Aku bukan mahu mempersoalkan hanya pada bangsa melayu sahaja tetapi bangsa aku inilah yang telah hilang keperibadian hebat.

Di Padang ini masih mempunyai jatidiri yang kuat walaupun mereka tidak menyedari ataupun mereka sedar yang hidup mereka tertekan dan ditekan, mungkin, tetapi keperliharaan budaya dan warisan bangsa masih terpelihara yang mana kuat memegang biar mati anak jangan mati adat.. WAU!!!! Randai sangat hidup disini yang mana aku melihat budak kecil dari usia 5,6 tahun pandai melangkah pendekar dan pandai tarikan silat pahlawan jantan. Mahu aku katakan kami yang besar ini di pukul habis dengan kelincahan gerak tangkas tubuh serta gerak pantas ingatan otak.

Malam ini aku menulis yang mana baru sahaja selesai menjerit kekaguman dengan suasana luar biasa spiritualnya… biar pecah kepala aku menerima keindahan kemasyarakatannya dan biar sumbing mulut aku penat puji kekuatan ikatan padu bersama adat, budaya, bangsa, tradisi dan agama!! Penerimaan mereka terhadap orang luar sangat berbudi. Penglibatan dari semua golongan dari yang tua uzur berkopiah jujur untuk akhirat hingga ke ibu-ibu bersama anak yang masih dahagakan putting susu yang berkhasiat. HAH!! Sebuah kejujuran yang aku lihat jernih mengalir dari mata yang hidupnya begitu perih. ALHAMDULILLAH!!!

Contoh yang baik untuk mereka yang fasih mempersoalkan masalah yang bukanlah bergitu masalah, yang miskin yang tak begitu fakir, yang meminta dan petah menyalahkan orang yang juga manusia yang sama tahap keadilan pemberian tuhan pada semua manusia. Kita semua manusia… semuanya adalah pilihan dan usaha keyakinan.

P/S: selagi ada yang kita harapkan usahalah kalau ia yang kita paling mahukan. jangan merungut, jangan putus asa, buktikkanlah apa yang kau mahu. semua adalah usahamu untuk mengubah hidupmu.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

JGNLAH KAU PERGI PADA DIA YANG AKAN BERI KAU DERITA YANG KAU SENDIRI PASTI...KERANA IA BENAR2 PASTI BERLAKU..

Tanpa Nama berkata...

jangan matikan blog ini kerana kau mahu pergi dariku....

wan berkata...

aku tahu aku adalah aku. aku tahu apa yang aku mahukan. risauku lebih padanya yang sekarang telah tiada yang menjaganya seperti aku jaganya dulu. aku hanya boleh berharap dan berdoa agar dia pandai nilai yang mana baik dan yang mana jahat untuk dirinya. dan aku berharap dia kuat untuk menjadi dirinya yang aku kenal dulu, mencari kembali dirinya yang dulu. siapa dia dimata orang lain bukan penting bagi aku tapi aku melihat apa dia dimata ALLAH. aku harap dia menyedarinya. doakan dia.

PemBaCa SeTia