"KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan IJAZAH Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Sekarang beliau merupakan penggiat seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengarah muda yang sangat berbakat yang telah mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pihak, antaranya, ASWARA telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi menjadi pengarah teater muzikal berkenaan tokoh besar negara ‘MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK (2008) – di Panggung Eksperimental Aswara’, manakala pengarah filem popular yang hebat dan terkenal, Erma Fatima juga memberikan berkali-kali kepercayaan kepada beliau dengan melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada pengarahnya, Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dengan pementasan ‘TEATER SIRAH JUNJUNGAN’, ‘SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA’ dan ‘TEATER NATRAH’. Khairunazwan Rodzy juga merupakan seorang pendidik yang baik, beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan reality tv ‘PILIH KASIH 1 dan 2’- RTM. Rasa kepercayaan kepada beliau layak diberi, ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater, antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘PEGAWAI KHALWAT (ASWARA)’ , ‘TEATER EKSPERIMENTAL – MANUSIA HINA (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (aswara)’, ‘No Exit (aswara)’, ‘Romeo dan Juliet (Aswara)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (Aswara)’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka(mtc)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (aswara. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASAWARA)’ , ‘Projek koken – pokok kelapa sayang (stor dbp)’, ‘projek koken – tanda – ikan paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (stor Dbp)' , ‘POKOK KELAPA SAYANG (UM, SOLARIS, ASWARA)’ , ‘MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam teater, beliau juga merupakan guru teater, serta jurulatih lakonan di sekitar Kuala Lumpur."

-garapan PeTA-

Ahad, 1 Februari 2009

1 HaRi 2 KaLi - TeRakHiR.

gambar dari:-
http://enciksani.wordpress.com/

terakhir hari ini dan ada dua kali petang dan malam. datang lah. sila hadirkan diri bagi berkongsi selera kita.

4 ulasan:

theblabber berkata...

sedara,
sy bukanlah peminat teater.tp teater ni best, mengubah minat sy.superb!! sy sudah menonton 2 kali.
ingin menegur smlm, tp keseganan.

apapun, kalau ada teater terbaru, silalah inform ye. am looking forward.

oh ye, kem salam sherry ye. dia sgt berbakat :)

25tahunPada2010 berkata...

cayalah miezi. sori tak perasan yang mana satu nak tegur. saya ni jenis pemalu skit. apapa hal pun tq sebab sama-sama menikmati jus yang kami perah.

Vol 2 akan terbit, pasti ada tunggu ja.

Penjejak Badai berkata...

maaf la sedara wan,saya pon bukan la peminat teater seperti miezi ni...tapi bila saya tgk abg wan belakon saya terus teruja...kalau senang bgtau la lagi bila2 ada show...wahahhahaha.....TU DIA!!

25tahunPada2010 berkata...

woit azrul sejak bila hang ni pandai panggil aku abg ni.. wahahaha..

PemBaCa SeTia