"KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan IJAZAH Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Sekarang beliau merupakan penggiat seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengarah muda yang sangat berbakat yang telah mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pihak, antaranya, ASWARA telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi menjadi pengarah teater muzikal berkenaan tokoh besar negara ‘MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK (2008) – di Panggung Eksperimental Aswara’, manakala pengarah filem popular yang hebat dan terkenal, Erma Fatima juga memberikan berkali-kali kepercayaan kepada beliau dengan melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada pengarahnya, Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dengan pementasan ‘TEATER SIRAH JUNJUNGAN’, ‘SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA’ dan ‘TEATER NATRAH’. Khairunazwan Rodzy juga merupakan seorang pendidik yang baik, beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan reality tv ‘PILIH KASIH 1 dan 2’- RTM. Rasa kepercayaan kepada beliau layak diberi, ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater, antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘PEGAWAI KHALWAT (ASWARA)’ , ‘TEATER EKSPERIMENTAL – MANUSIA HINA (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (aswara)’, ‘No Exit (aswara)’, ‘Romeo dan Juliet (Aswara)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (Aswara)’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka(mtc)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (aswara. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASAWARA)’ , ‘Projek koken – pokok kelapa sayang (stor dbp)’, ‘projek koken – tanda – ikan paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (stor Dbp)' , ‘POKOK KELAPA SAYANG (UM, SOLARIS, ASWARA)’ , ‘MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam teater, beliau juga merupakan guru teater, serta jurulatih lakonan di sekitar Kuala Lumpur."

-garapan PeTA-

Rabu, 24 Disember 2008

diBunuh Lagi JiWa aku!

mulanya kau datang dan kemudian kau pergi
kemudian kau datang dan bahagia tetiba kau pergi pula selepas itu
akhirnya dengan tangisan kau datang dan sekarang aku menangis sebab kau pergi.

aku harus tegas dan perlu kasihankan jiwa aku yang diperolok-olokkan dari mulanya kau datang dan pergi.

jiwaku
kasihan jiwa
aku mengerti jiwaku sakit dan bernanah
tangisnya membawa diri yang sepi

jiwaku
kuatkan, kentalkan diriku
biar dia tinggalkan jiwaku
biar dia hilang permata
kerana tertipu dengan kiluan sementara kaca.

jiwaku
jangan terimanya lagi
jangan tunggunya lagi
jangan percayanya lagi
jangan cintanya lagi
jangan cemburukannya lagi
jangan fikirnya lagi
jangan simpan kenangannya lagi
jangan simpan wajahnya lagi
jangan mengharap lagi
jangan bunuh diri sendiri lagi.

jiwaku
aku tahu jiwa sepi
aku tahu jiwa sunyi
aku tahu jiwa kosong
aku tahu jiwa mati
tapi biarkan dia
dia yang berdosa
dia yang berjanji
dia yang mungkiri
dia yang bersumpah
dia dimakan sumpah
kosongkan jiwa
kosongkalah
sudahlah jangan bunuh jiwa aku lagi!!


P/s: tenang...mungkin tenang....senyum... mungkin senyum....apa yang mahu aku buat ini....mungkin berlalu dan mengikut sahaja.....

Tiada ulasan:

PemBaCa SeTia