"KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan IJAZAH Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Sekarang beliau merupakan penggiat seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengarah muda yang sangat berbakat yang telah mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pihak, antaranya, ASWARA telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi menjadi pengarah teater muzikal berkenaan tokoh besar negara ‘MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK (2008) – di Panggung Eksperimental Aswara’, manakala pengarah filem popular yang hebat dan terkenal, Erma Fatima juga memberikan berkali-kali kepercayaan kepada beliau dengan melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada pengarahnya, Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dengan pementasan ‘TEATER SIRAH JUNJUNGAN’, ‘SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA’ dan ‘TEATER NATRAH’. Khairunazwan Rodzy juga merupakan seorang pendidik yang baik, beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan reality tv ‘PILIH KASIH 1 dan 2’- RTM. Rasa kepercayaan kepada beliau layak diberi, ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater, antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘PEGAWAI KHALWAT (ASWARA)’ , ‘TEATER EKSPERIMENTAL – MANUSIA HINA (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (aswara)’, ‘No Exit (aswara)’, ‘Romeo dan Juliet (Aswara)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (Aswara)’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka(mtc)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (aswara. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASAWARA)’ , ‘Projek koken – pokok kelapa sayang (stor dbp)’, ‘projek koken – tanda – ikan paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (stor Dbp)' , ‘POKOK KELAPA SAYANG (UM, SOLARIS, ASWARA)’ , ‘MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam teater, beliau juga merupakan guru teater, serta jurulatih lakonan di sekitar Kuala Lumpur."

-garapan PeTA-

Khamis, 11 Disember 2008

Hancur dan Rosak Jiwa

aku kembali kali ini membawa satu kegagalan yang menghancur jiwa dan merosak jiwa. kejadian pada 3 disember 2008. pukul 12.30 pm. jalan Yap Kwan Seng.


kawan, orang tua, cikgu, saudara, motivator, dan manusia lain berkata:
jangan kau menyanyangi orang yang kau cinta sepenuh hati, jangan kau mencintai orang yang kau sayang sepenuh hati, jangan kau memberi seluruh hati cinta sayang kau padanya. sebab kalau dia tinggalkan kau, kau akan kecewa teramat dan merana.

aku berkata:
pembohong. penipu. pembelit. mana ada sesuatu yang seperti itu..... teori kehidupan ada 2. ya.. ataupun tidak.. itu sahaja. mana ada cinta yang tak diberi sepenuh jiwa, ia mesti berlaku dengan sepenuh jiwa. kalau tidak berlaku dengan sepenuh jiwa dan hati, itu bukan cinta namanya...

pada waktu itu. saat itu. tempat itu. cahaya itu. angin itu. bunyi itu. keadaan itu. mata ini. mulut ini. otak ini. jiwa ini. hati ini. jasad ini. semangat ini. perasaan ini. dan situasi detik itu aku terhenti seperti mati. seperti mati yang ditembak di kepala ketika aku sedang ketawa dan letupan kuat tiba-tiba singgah di kepala aku dan tak sempat berkata apa-apa aku mati....kerana..
jiwa aku terlihat jiwa perempuan aku bersama dengan jiwa jantan lain seolah bercumbu, berpelukkan, meraba, nafsu rakus, merelakkan satu sama lain, di depan jiwa aku yang termati sejak tadi...

p/s :aku akan kembali sambung kisah ini....
maaf aku sakit ketika menulis ini jadi aku perlu berhenti...
aku akan kembali.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukan satu jiwa yang merana...malah ada jiwa lain yang terseksa..

wan berkata...

jiwa yang satu lagi itu merana kerana kalah dengan pilihan serta ujian yang diberi tuhan... maka jiwa itu seperti bunuh dirinya sendiri....maka jangan salahkan jiwa ini... namun jiwa ini mahu berpesan pada jiwa itu jagalah maruah jiwa itu yang hampir digadainya. salam.

PemBaCa SeTia