"KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan IJAZAH Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Sekarang beliau merupakan penggiat seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengarah muda yang sangat berbakat yang telah mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pihak, antaranya, ASWARA telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi menjadi pengarah teater muzikal berkenaan tokoh besar negara ‘MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK (2008) – di Panggung Eksperimental Aswara’, manakala pengarah filem popular yang hebat dan terkenal, Erma Fatima juga memberikan berkali-kali kepercayaan kepada beliau dengan melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada pengarahnya, Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dengan pementasan ‘TEATER SIRAH JUNJUNGAN’, ‘SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA’ dan ‘TEATER NATRAH’. Khairunazwan Rodzy juga merupakan seorang pendidik yang baik, beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan reality tv ‘PILIH KASIH 1 dan 2’- RTM. Rasa kepercayaan kepada beliau layak diberi, ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater, antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘PEGAWAI KHALWAT (ASWARA)’ , ‘TEATER EKSPERIMENTAL – MANUSIA HINA (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (aswara)’, ‘No Exit (aswara)’, ‘Romeo dan Juliet (Aswara)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (Aswara)’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka(mtc)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (aswara. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASAWARA)’ , ‘Projek koken – pokok kelapa sayang (stor dbp)’, ‘projek koken – tanda – ikan paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (stor Dbp)' , ‘POKOK KELAPA SAYANG (UM, SOLARIS, ASWARA)’ , ‘MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam teater, beliau juga merupakan guru teater, serta jurulatih lakonan di sekitar Kuala Lumpur."

-garapan PeTA-

Rabu, 17 Disember 2008

TeLeFon BerDering Yang Tak Dijawab...dan Aku Fikir....

lagu yesterday-The Beatles sebagai ringtone aku sering berbunyi seolah-olah dia memanggil aku dengan penuh manja.... dulu bila terdengar lagu yesterday, aku akan tersenyum untuk menjawab dan mencari telifon bimbit aku untuk menjawab dengan mesra walaupun kadang-kadang salamku disambut kemarahan olehnya...tapi sekarang ini bila bunyi lagu tu kat telefon aku.... aku jadi bodoh...jadi dungu.....jadi tak faham dengan diri sendiri....jadi semacam bahalol.... seperti aku berjumpa dengan orang yang tetiba nak bagi duit 50juta tapi aku diam tak mau menerima walaupun aku mau.... aku fikir..... kenapa... mengapa.... kenapa dan mengapa masih ada panggilan manja itu memanggil ku....aku fikir..... aku fikir... tetapi aku tak mendapat jawapan.... apa sebabnya.... berulang kali berdering menyanyikan lagu itu..... sekali...duakali....5kali... 6...7...sehari...2hari.... 3...4hari berlanjutan... aku tak faham... aku tak mahu fikir kenapa..... biarlah....mungkin jiwa aku tak mau sakit bila mendengar suara manjanya yang sebelum ini aku idam-idamkan dan aku percaya aku masih idamkannya....biarlah... cuma aku mau cakap... JAGALAH MARUAH DIRI DAN MARUAH KELUAGAMU....AKU PERNAH MERASAINYA DULU DAN IA SAKIT....JANGAN BIARKAN MAHKOTAMU DAN KULIT SUCIMU DISENTUH LAGI....KALAU KAU BIARKAN LAGI...... BODAH!!!!!

P/S : aku masih berfikir tentangnya dan aku rasa masih rasa kosong di ruang hati aku....sakit juga masih....sayang juga masih... aku tak mengerti...

Tiada ulasan:

PemBaCa SeTia