"KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan IJAZAH Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Sekarang beliau merupakan penggiat seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengarah muda yang sangat berbakat yang telah mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pihak, antaranya, ASWARA telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi menjadi pengarah teater muzikal berkenaan tokoh besar negara ‘MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK (2008) – di Panggung Eksperimental Aswara’, manakala pengarah filem popular yang hebat dan terkenal, Erma Fatima juga memberikan berkali-kali kepercayaan kepada beliau dengan melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada pengarahnya, Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dengan pementasan ‘TEATER SIRAH JUNJUNGAN’, ‘SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA’ dan ‘TEATER NATRAH’. Khairunazwan Rodzy juga merupakan seorang pendidik yang baik, beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan reality tv ‘PILIH KASIH 1 dan 2’- RTM. Rasa kepercayaan kepada beliau layak diberi, ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater, antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘PEGAWAI KHALWAT (ASWARA)’ , ‘TEATER EKSPERIMENTAL – MANUSIA HINA (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (aswara)’, ‘No Exit (aswara)’, ‘Romeo dan Juliet (Aswara)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (Aswara)’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka(mtc)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (aswara. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASAWARA)’ , ‘Projek koken – pokok kelapa sayang (stor dbp)’, ‘projek koken – tanda – ikan paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (stor Dbp)' , ‘POKOK KELAPA SAYANG (UM, SOLARIS, ASWARA)’ , ‘MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam teater, beliau juga merupakan guru teater, serta jurulatih lakonan di sekitar Kuala Lumpur."

-garapan PeTA-

Sabtu, 27 Disember 2008

terBang ke daLam kemuDian terBang ke LuaR!

tanggal 24 hari bulan aku bersama sherryfah telah pergi ke pulau mutiara untuk persembahan festival monodrama. satu perkerjaan aku telah selesai dari pada lima itu. Allamdulillah perjalanan pergi dan proses aktiviti di sana berlaku dengan tenang dan santai...

Pada mulanya a kami hanya tahu itu adalah satu festival dimana kami hanya perlu pergi kesana untuk membuat persembahan tetapi apabila sampai kami diberitahu ia adalah pertandingan...huh terkedu dan terkejut. hati aku jadi gelisah. tak tahu kenapa gelisah. aku tak gemar sangat mempertandingkan seni ni...

lalu aku cakap pada sherryfah "mau menang ka?" Sherry kata "tak kot". kemudian aku kembali tenang..

keadaan angin di sana memang satu kurniaan tuhan yang aku sangat syukuri.. melembutkan hati yang runsing, menenangkan jiwa yang parah...Allah aku bersyukur padamu kerana aku semakin tenang.

selepas tamat aktiviti kat sana, aku dan sherryfah terus terbang ke Padang, Indonesia. kami naik flight kembali ke kl dulu kemudian terbang ke padang pula. semasa mendarat sampai di kl aku mengalami satu kejadian dimana kepala aku macam nak pecah... (macam kena ketuk dengan batu berulang kali) berdoa dan memohon ketenangan dan aku dapat menahan sebentar kesakitan itu dari terjerit keluar. air mata sebelah kiri aku sudah mengalir terus dan terus... aduh sakitnya...!!! kemudian semakin lama semakin beransur kurang.....

P/s: aku akan pergi check doktor apa masalah dalam kepala otak aku sebelah kiri ini... doakan aku sihat...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semoga sihat selalu...

PemBaCa SeTia